Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan ke Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG yang bertempat di MStore Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bagi memperkasakan individu dan perniagaan melalui perkhidmatan secara interaktif dengan dedikasi dan kepakaran yang sedia ada.

PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN BERSEPADU EKONOMI GIG

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

United Man Family Global Venture Sdn Bhd (UMF) telah mengumumkan pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig yang inovatif dan kolaborasi bersama pelbagai pihak dalam menjayakannya. Sidang media ini turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk Pusat Pengurusan (PGDM) dan pemegang kepentingan lain.

Antara wakil yang turut hadir dalam Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG adalah:

Encik Mohamad Yusof bin Khamis UNITED MAN FAMILY GLOBAL VENTURE SDN BHD (UMF)
Datin Seri Harnie Mohamed PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA (PGDM)
Toh Puan D Heryati Abdul Rahim YAYASAN KARTIKA SRI TUN GHAFAR BABA
Puan Anita Binti Sapari KOMUNITI PROGRAM SUBSIDI PEMBANGUNAN MALAYSIA (KPSPM)
Mr Chin Chun Jye MCCAINE SDN BHD
Mr Tan Eng Gee MSTORE - VENUE SPONSOR


KOLABORASI UMF DAN PGDM

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara PGDM dan UMF untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi gig. MOU ini dilaksanakan bagi meningkatkan sinergi antara kedua-dua entiti dalam mewujudkan peluang dan memberikan faedah kepada masyarakat.

PGDM bersama UMF memberi tumpuan kepada melahirkan usahawan sosial melalui program yang memberi peluang perniagaan dengan keuntungan lumayan dan selamat. PGDM bersama UMF memberikan latihan yang kos efektif untuk membantu individu menjadi usahawan berjaya di dalam ekonomi gig yang berkembang.

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

Pengerusi UMF, Encik Mohamad Yusof bin Khamis berkata “Melalui usaha bersama, kita memahami dinamiknya perubahan di dalam ekonomi digital dan menyusun strategi pemasaran yang relevan dengan keperluan masyarakat masa kini. Kolaborasi dengan rakan usahasama perniagaan membantu kita mengeksplorasi potensi pembelajaran digital teknologi iaitu artificial Intelligence sebagai alat pemasaran yang efektif, memperluas jangkauan khalayak, dan meningkatkan kesedaran terhadap produk dan perkhidmatan yang kita ada.

Pentingnya pembelajaran pemasaran digital Artificial Intelligence di platform seperti TikTok tidak hanya membuka peluang perniagaan baru, tetapi juga memperkaya cara kita berinteraksi dengan pelanggan. Kreativiti dalam mencipta kandungan yang menarik dan bersesuaian dengan platform ini adalah aspek penting yang telah kita kembangkan bersama”.

Program pendidikan dan latihan PGDM - UMF dalam bidang pemasaran produk melalui kecerdasan buatan (AI) menunjukkan inisiatif dalam menghadapi era digital.

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

Pengerusi PGDM iaitu Datin Seri Harnie Mohamed menambah, “PGDM dan UMF berkolaborasi dalam merancang dan melaksanakan projek kompleks E-sport bernilai 50 juta RM dan permainan Virtual Reality di tapak seluas 3.7 ekar. Terdapat juga Akademi Latihan dan Kemahiran dengan sijil profesional dalam pemasaran produk melalui AI dengan bantuan geran 60 juta dari KPSPM, Aplikasi Khidmat E Dobi pertama di Malaysia, dan program sukan bertaraf antarabangsa.

Program ini memberikan harapan untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat melalui inovasi dan kolaborasi antara UMF, PGDM, dan pelbagai pemegang kepentingan. Pelbagai inisiatif yang dilancarkan menandakan komitmen mereka untuk membentuk masa depan yang lebih baik dalam era digital ini”.

PENERIMAAN MOCK UP CHECK GERAN PENDIDIKAN 60 JUTA DARI KPSPM

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

PGDM bersama usahama UMF menerima mock-up check berjumlah 60 juta dari wakil KPSPM iaitu Puan Anita Binti Sapari sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan memberikan peluang pendidikan yang lebih luas.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOA) ANTARA PGDM DAN UMF DENGAN ARENA OF E-SPORT

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

Memorandum Persefahaman (MOA) antara PGDM dan UMF dengan Arena of E-Sport (AOE) untuk pembangunan bersama aplikasi permainan Virtual Reality. En Wan Rahmani Zarif bin Wan Zahiri yang mewakili AOE berhasrat ingin membentuk inovasi baru dalam E-Games mengkhususkan kepada VR yang semakin mendapat perhatian terutamanya golongan remaja masa kini. Sehingga kini sebanyak 25 programmer telah sama-sama terlibat dalam pembinaan teknologi dan inovasi E-Games.

PROGRAM MENARIK DIBAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN BERSEPADU EKONOMI GIG

Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi Gig UMF adalah satu langkah progresif dalam menghadapi cabaran dan peluang dalam ekonomi gig yang pesat berkembang.

PELANCARAN KAD GIG PGDM

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG

Pelancaran Kad Gig PGDM bertujuan memudahkan peserta ekonomi gig dalam mengakses pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kewangan. Kad ini mencerminkan inovasi dalam menyokong pertumbuhan sektor ekonomi gig.

PELANCARAN STUDIO TIKTOK UMF/MACCAINE/PGDM

Kolaborasi antara UMF, McCaine, dan PGDM dan rakan strategic MStore dalam melancarkan Studio TikTok bertujuan memanfaatkan platform ini sebagai alat pemasaran digital yang inovatif dan kreatif.

PELANCARAN ECOMMERCE PLATFORM CENDOL DAN MSTORE

PGDM bersama UMF memperkenalkan platform e-commerce, Cendol dan MStore, sebagai langkah untuk merambah pasaran digital dan memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan.

SOSIAL AKTIVITI PGDM BERBENTUK LOYALTY DAN REWARD PROGRAM

Program loyalty dan reward UMF dibentuk sebagai Me Point untuk memberikan ganjaran kepada masyarakat yang aktif serta berkesan dalam aktiviti penggunaan harian dan sosial yang positif.

KATA ALONGMURNI

AM sangat berhasrat kerjasama ini dapat membantu usahawan muda dalam menjana pendapatan seiring dengan teknologi dan inovasi terkini yang semakin mendapat perhatian masyarakat umumnya. Harap Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG ini menjadi penanda aras untuk melahirkan usahawan yang berdaya maju dan bersemangat waja.

Pelancaran Program Pembangunan Bersepadu Ekonomi GIG


Post a Comment

0 Comments