Baru-baru ini AlongMurni
berpeluang menyertai Bengkel ‘CHRISTMAS JINGLE U.S. POTATOES ALL THE WAY’ yang
bertempat di Fun Fun Event Space Bandar Puteri, Puchong, Selangor. Menariknya
AM berpeluang belajar memasak menggunakan U.S Potatoes sebagai bahan
utama.
PENGALAMAN SERTAI BENGKEL
‘CHRISTMAS JINGLE U.S. POTATOES ALL THE WAY’.
Bengkel yang berlangsung selama 3 jam ini bermula dari jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi memasak, demonstrasi mengukir, permainan interaktif dan sebagainya.
PENGETAHUAN DAN INFORMASI U.S POTATOES - RUSSET, RED & PURPLE
Encik Eddie Saw, yang merupakan Country
Representative U.S. Potatoes menyatakan US Potatoes merupakan sangat
berkualiti tinggi ianya disebabkan oleh pokoknya dari biji benih yang melalui
proses penilaian yang sangat ketat di US.
Begitu juga dengan kosistensi ubi yang diambil di ladang mengikut USDA standard. Hasil yang diambil di ladang disimpan fasiliti yang direka dengan berhati-hati yang mana mengikut kesesuaian haba, cahaya, kelembapan dan pengaliran udara yang baik untuk memastikan ubi kekal segar.
Ubi kentang bukan sahaja baik untuk dimakan tetapi baik untuk kesihatan. Ianya makanan yang sesuai kepada semua peringkat umur dan semua jenis masakan. Kandungan kalori hanya 110 dan lapisan berdekatan lapisan kulit terdapat Vitamin C. Sepatutnya Ubi kentang di makan bersama-sama dengan kulitnya.
Ubi mengandungi Potasium paling
tinggi mengatasi brokoli, pisang dan juga tomato di samping merupakan sumber
terbaik Vitamin C. Ubi berukuran medium 148g mampu memberikan 30%
Vitamin C untuk kegunaan harian. Begitu juga dengan vitamin B6 dan Protein.
AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL ‘CHRISTMAS JINGLE U.S. POTATOES ALL THE WAY’.
SESI BELAJAR MEMASAK BERSAMA CHEF ZIEZIE
Chef ZieZie menunjukkan cara
penyediaan dan memasak ‘Baked US Potatoes with Cheese’ dan ‘Twinkle US Potatoes
Stars’. AM suka tengok cara penyampaian Chef ZieZie dalam memasak. Segalanya
nampak mudah dan jelas selepas melihat Chef ZieZie. Boleh la, AM memasak untuk
anak-anak di rumah nanti.
Berikut AM kongsikan resepi yang
AM dapat dari Chef ZieZie.
SESI BELAJAR MENGUKIR MENGGUNAKAN US POTATOES BERSAMA CHEF TAUFIQ HALIM
Sepanjang sesi bersama Chef
Taufiq, AM belajar mengukir bentuk menggunakan bahan utama iaitu US Potatoes.
Nampak mudah yea tapi bila buat sendiri, mau bengkok tangan AM meliuk lentok
nak mengukir yea. Chef Taufiq ajar nak buat ukiran rusa tapi tengoklah sendiri
apa yang AM ukir kan?! Dah jadi bentuk unicorn la pulak!! Ini kes Namanya ‘lain
yang diajar, lain yang dibuat’. Hahahahaha.
PERMAINAN INTERAKTIF – SUSUN DAN MENANG
AM suka permainan interaktif ini.
AM diminta berlawan susunan ubi kentang yang tertinggi berdasarkan masa yang
telah ditetapkan. Bukan mudah yea. Sebab maklumlah, ubi kentang bentuknya tidak
sekata. Silap susun boleh ‘runtuh’ Menara yang AM cuba buat.
Bila menang susun atur ubi
kentang tadi, AM berpeluang membuat cabutan dan hadiah diberikan mengikut hasil
dari nombor cabutan AM. Yeayy!! AM dapat T-Shirt US Potatoes yang lawa seperti
yang AM inginkan.
Sebagai acara penutup setiap yang
hadir menerima cenderamata dan sijil penyertaan dari pihak Potatoes USA. Sijil
disampaikan oleh Chef ZieZie
KATA ALONGMURNI.
Banyak pengalaman dan informasi
yang AM dapat dari Bengkel ‘Christmas Jingle U.S. Potatoes All The Way’ kali
ini terutamanya berkenaan khasiat dan kelebihan yang ada pada ubi kentang.
Semoga di masa hadapan akan ada bengkel seumpama ini yang dianjurkan dan AM
pasti ingin turut sama sertai bengkel seperti ini. Tahniah buat Potatoes USA
dan terima kasih pada Ms. Sabrina Quigley Chin kerana menjemput AM untuk turut
sama hadir memeriahkan bengkel ini.
0 Comments