Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada 29 Syaaban 1445H

Seluruh umat Islam di Malaysia dijangka akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2024) mulai pada tarikh 12 Mac 2024 (Masihi), Hari Selasa Bersamaan 1 Ramadhan 1445 (Hijrah)

APLIKASI THINK QURAN LANCAR KEMPEN #FAHAMKHATAMALQURAN SEMPENA RAMADHAN

Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan

AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Kempen #FAHAMKHATAMALQURAN bertempat di Karangkraf Mall, Shah Alam. Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Think Quran melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran beserta terjemahan oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Haji Ali. AM sangat menyokong Kempen dengan usaha sama Kumpulan Karangkraf ini untuk memanfaatkan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan mula belajar dan memahami bahasa Arab Al-Quran dengan kaedah mudah Think Quran. 

Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan

Menggunakan kaedah pengulangan dengan modul yang berkesan, Think Quran menyasarkan pengguna aplikasinya dapat mengimarahkan bulan puasa tahun ini dengan lebih berkesan.

Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat.

TINGKATKAN PENGHAYATAN KITAB AL-QURAN DENGAN KAEDAH MUDAH DAN TERBUKTI

Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan

Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa membolehkan pembelajaran dan penghayatan Al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadhan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.

“Bulan Ramadhan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal Al-Quran. Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran.

Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan

Kempen tersebut dilancarkan oleh Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran bersama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Kumpulan Karangkraf. Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.

Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma Al-Quran Amazing dengan setiap langganan seumur hidup Think Quran pada harga RM 399. Ayuh bersama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dengan penghayatan penuh Al-Quran.


Post a Comment

0 Comments