Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

BALING MOUNTAIN GARDEN VILLAGE PERCUTIAN MENARIK BERLATARBELAKANGKAN GUNUNG BALING

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Sepanjang program ‘Nature-Based Travelers Fam Trip’, AM berpeluang menginap selama 2 hari satu malam di Baling Mountain Garden Village yang terletak di Jalan Mahmud di tengah-tengah pusat bandar Pekan Baling, Kedah.

Berlatarbelakangkan Gunung Baling, penginapan ini menjadi pilihan tempat yang sesuai jika ingin mencari percutian yang menarik dan jauh dari kesibukan bandar.

PENGINAPAN DI BALING MOUNTAIN GARDEN VILLAGE

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Dengan menawarkan pemandangan indah Gunung Baling, Baling Mountain Garden Village di Baling mempunyai penginapan, taman, lounge berkongsi, teres dan restoran. 

Kedua-duanya WiFi dan tempat parking peribadi boleh diakses di Baling Mountain Garden Village secara percuma. Malahan Parking bagi orang kelainan Upaya (OKU) juga turut tersedia.

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Setiap bilik mempunyai bilik air peribadi lengkap dengan tisu tandas, tuala mandian, bidet, tandas, pancuran mandian dan set kelengkapan mandian.

AM menginap di bilik dengan katil jenis Queen Bed. Di dalam bilik terdapat kain sejadah, penyaman udara, TV Skrin rata, peti sejuk, seterika, dan pemanas air minuman. AM sangat sukakan warna dan dekorasi di dalam dan luar bilik yang ala-ala English Style.  

Baling Mountain Garden Village Percutian Menarik Berlatarbelakangkan Gunung Baling

Bab keselamatan di kawasan Baling Mountain Garden Village agak terjaga kerana terdapat CCTV di luar penginapan dan di kawasan umum. Malahan kaunter penyambut tetamu dibuka 24 jam untuk sebarang permasalahan mahupun pertanyaan.

Di bahagian luar bilik juga telah tersedia meja dan kerusi untuk santai berehat di luar sambil menjamu selera.

Alamat: Baling Mountain Garden Village, 09100 Baling, Kedah

Talian: 017-558 6428

KATA ALONGMURNI

AM sangat sukakan konsep penginapan ala-ala English style dengan pemandangan indah Gunung Baling. Lokasi sangat dekat dengan Pekan Baling. Jadi mudah untuk membeli barangan keperluan, untuk mendobi mahupun mencari lokasi gerai makan. Malahan AM perjalanan cuma mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke kaki Gunung Baling dan 2 minit menggunakan kereta.  

NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#BalingMountainGardenVillage #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

0 Comments