DIMA Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIPselama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

DIMA GARDEN TARIKAN MENARIK TERBARU DI KEDAH

PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI DAN WAJIB DIKUNJUNGI

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

AM berkesempatan untuk singgah ke DIMA GARDEN  bagi menerokai aktiviti-aktiviti menarik dan menginap di DIMA GARDEN . Dengan berkonsepkan Hiasan Taman, DIMA GARDEN  yang terletak di Kuala Ketil ini mengambil masa kira-kira 47 minit dari Pekan Baling manakala dari Pekan Sungai Petani mengambil masa 26 minit.

Lokasi yang sangat strategik ini diasaskan oleh Dato’ Ir Mansor Musa. Malahan perkataan DIMA itu merupakan gabungan nama beliau dan juga isterinya iaitu Afiza. Keseluruhan keluasan DIMA GARDEN ini adalah 12 hektar yang merangkumi penginapan, kawasan ruangan majlis, fasiliti dan aktiviti yang terdapat sini.

D’TERRACE DIMA GARDEN TAWAR PAKEJ MAJLIS PERKAHWINAN DAN MAJLIS RASMI.

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Meskipun baru beroperasi selama 6 bulan, DIMA GARDEN telah mendapat sambutan dari masyarakat sekitar untuk menginap dan ruangan tempahan untuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi. Terdapat 3 pakej perkahwinan iaitu PAKEJ JASMINE, PAKEJ LAVENDER dan PAKEJ AZALEA bermula dari harga RM 4900 – RM 24, 900 mengikut bilangan tetamu yang hadir dan menu sajian pilihan yang pelbagai.

Malahan tetamu yang hadir juga boleh menginap di DIMA GARDEN akan mendapat pengurangan harga sebanyak 10% utk tempahan chalet pd tarikh kenduri. Untuk booking & info lebih lanjut boleh tempah di https://wa.me/60124236675 (Aunty Normi)

  • FB: Dterrace Dima Garden
  • IG: dterracedimagarden

PENGINAPAN EKSKLUSIF DI DIMA GARDEN

DIMA GARDEN mempunyai 23-unit chalet mengikut kategori chalet iaitu Cengal, Kabin, Akasia dan Kapsul. Harga bermula dari RM 155 ke RM 295. Setiap chalet punyai keunikan dan seni rekabina tersendiri.

DIMA Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah
Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

AM memilih untuk menginap di Chalet jenis Kabin. Ruangan bilik yang agak luas lengkap siap tersedia 2 katil jenis Queen yang boleh memuatkan 4 orang dewasa, tuala, saterika, penyangkut baju dan tandas berada di dalam bilik lengkap dengan pemanas air bilik mandi.

FASILITI DIMA GARDEN

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Terdapat pelbagai fasiliti lengkap di sini termasuklah kolam renang, vending machine, ruangan makan, ruangan BBQ, surau, tandas awam dan dewan terbuka.

KOLAM MANDI

Menariknya kolam mandi ini sangat luas dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dewasa dan kanak-kanak. Kolam mandinya memang luas, cantik dan selesa untuk anak-anak mandi. Waktu untuk mandi tiada had masa tau!

Dima Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Memandangkan bilik AM jenis Kabin betul-betul berhadapan dengan kolam mandi jadi boleh mandi jam 12 tengah malam pun.

AKTIVITI MENARIK YANG WAJIB DILAKUKAN DI DIMA GARDEN

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di DIMA GARDEN. Antaranya adalah:

MENUNGGANG KUDA

DIMA Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Bagi yang pertama kali menunggang kuda, jangan risau kerana di DIMA GARDEN ada jurulatih yang mahir dan berpengalaman. Menunggang kuda dikhaskan di DIMA STABLE dan AM juga berpeluang melihat dan mendekati kuda-kuda yang diletakkan di dalam kandang kuda. 

Caj yang dikenakan untuk menunggang kuda (2 pusingan) adalah sebanyak:

  • Dewasa : RM 12
  • Kanak-kanak: RM 10 (tidak melebihi had umur 12 tahun)

MENUNGGANG ATV

DIMA Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Laluan Trek bagi ATV ada yang santai dan agak mencabar. Memang menguji skill dan tahap pengawalan ATV. Caj yang dikenakan untuk menaiki dan menyelusuri trek-trek yang telah tersedia adalah:

  • RM 20 / 5 pusingan
  • RM 45 / 30 minit

MEMANAH

DIMA Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

Semestinya AM tidak melepaskan peluang untuk belajar memanah. Caj yang dikenakan Cuma RM 10 / 7 arrows. Perasaan lain macam bila dapat memanah tepat ke bulatan!!

KATA ALONGMURNI

DIMA Garden Tarikan Menarik Terbaru Di Kedah

AM sangat berpuas hati sepanjang menginap selama 2 hari 1 malam di DIMA GARDEN. Penginapan yang selesa, fasiliti yang serba lengkap dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di DIMA GARDEN. InsyaAllah, kalau tiada aral, AM akan menginap lagi di sini bersama dengan keluarga AM.

Untuk mendapat Pakej Nature-Based Travelers bagi menerokai lokasi menarik di Baling, Kedah, boleh hubungi

📱+60174079734

📱+60193036008

📩 : qttgroup.management@gmail.com

LOKASI :

Lot 3472, Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, 09400 Sungai Petani, Kedah

TELEFON :

010 461 0838 / 0124236675

NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak. 

#DimaGarden #DimaStable #DimaATV #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

0 Comments