Jenama penjagaan wajah keluaran
Bumiputera, N Three Beauty mempunyai dedikasi yang tinggi untuk menjadikan
dunia kecantikan dapat dimiliki bagi segenap golongan, tanpa mengira usia,
jantina mahupun warna kulit.
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk duduk semeja bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif N Three
Beauty iaitu Puan Norhaslina Asma binti Mohd Hashim bagi berkongsi pengalaman dan
cabaran beliau sepanjang menguruskan N Three Beauty.
NORHASLINA ASMA PENERUS LEGASI
DUNIA KECANTIKAN N THREE BEAUTY
Pelbagai cabaran dan halangan
disahut oleh beliau yang juga merupakan anak kelahiran Kuantan Pahang begitu
gigih dan komited dalam mengambil alih dalam menguruskan jenama berkenaan sejak
beberapa tahun lalu. N Three Beauty yang telah berada di pasaran sejak 2005,
kini sedang menjalani proses pemasaran yang giat untuk menarik lebih ramai
peminat baru terhadap jenama berkenaan.
Norhaslina Asma berkata,
pembabitannya bersama N Three Beauty berlaku secara kebetulan kerana suaminya
sebelum itu merupakan rakan kongsi di dalam syarikat berkenaan. Namun selepas
pengasasnya meninggal dunia, suaminya meminta beliau untuk membantu memajukan N
Three Beauty.
“Jadi, saya menerima cabaran ini dengan hati yang terbuka, meskipun sekiranya diberi pilihan dalam menjalankan perniagaan, industri kecantikan adalah pilihan terakhir yang akan saya ceburi. Industri kecantikkan adalah industri yang sangat dinamik dan berkembang pesat. Tetapi tidak mudah dan banyak cabaran yang harus dilalui dan diatasi sebelum mendapat tempat dihati pengguna. Namun kerana minat yang mendalam di dalam dunia perniagaan dan sukakan cabaran, saya menerima cabaran ini dengan hati yang besar,” katanya.
Wanita pintar yang memiliki
pengalaman luas di dalam bidang pengurusan korporat itu berkata, setelah
mengambil alih pengurusan N Three Beauty, beliau mula jelas dengan hala tuju
untuk membawa jenama kecantikan ini ke tahap yang lebih tinggi.
Bersama moto ‘Beauty for All’ N
Three Beauty merupakan jenama produk kecantikan yang terdiri daripada Beauty
Soap, Beauty Scrub, Beauty Essence, Cleansing Milk, Moisturizer, Day Cream,
Acne Serum, Day Serum dan Night Serum.
Produk keluaran N Three Beauty
telah melalui proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang teliti dan
diberi kelulusan oleh pakar perubatan.
Apa yang nyata, produk kecantikan
N Three Beauty, sesuai untuk kulit masyarakat Asia dan tidak mengandungi kesan
sampingan yang berbahaya.
Menurut Norhaslina Asma, dia mahu
mengatasi persepsi masyarakat terhadap produk tempatan dengan memastikan produk
keluaran N Three Beauty adalah berkualiti tinggi dan sesuai dengan kulit
masyarakat Asia.
“Cabaran utama adalah persepsi masyarakat, kerana masyarakat telah dipengaruhi dengan persepsi bahawa produk tempatan adalah produk timbang kilo dan tidak berkualiti. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu sebenarnya Malaysia sendiri adalah antara negara pengilang produk kecantikkan yg berkualiti tinggi.
Saya ingin melihat N Three Beauty menjadi jenama pilihan dan setanding dengan jenama antarabangsa. Selain itu juga, saya ingin memastikan pengguna memilih produk yang selamat digunakan tanpa mengabaikan kesihatan diri,” katanya.
Beliau telah menyusun strategi
untuk menjadikan N Three Beauty setanding dengan jenama antarabangsa.
Menurut Norhaslina Asma, N Three
Beauty akan menjadi pilihan utama pengguna Asia dan mengubah pandangan
masyarakat tentang kecantikan, di mana kulit yang bersih dan sihat adalah
kecantikan sejati.
N Three Beauty akan terus
berusaha untuk memperluaskan pasaran mereka dan mencapai impian Norhaslina Asma
untuk menjadikan jenama ini sebagai empayar kecantikan global.
LATAR BELAKANG N THREE BEAUTY
Syarikat N Three Beauty Centre
pertama kali diasaskan pada tahun 2005. Di atas pemergian pengasas utama
berkenaan pada tahun 2016, legasi dan pengurusan N Three kemudiannya diteruskan
oleh rakan kongsi.
Jenama dan logo syarikat yang
terkenal sebagai 'N3 Beauty Care' kemudiannya berjaya didaftarkan dengan MyIPO
pada 2016 di bawah Akta Cap Dagangan 1976 di bawah Kelas 3 dan Kelas 35.
N Three Beauty adalah sebuah
jenama kecantikan yang kini dikelola dengan penuh dedikasi oleh Norhaslina Asma
binti Mohd Hashim, turut merupakan seorang pakar dalam bidang pengurusan dan
sumber manusia korporat.
Jenama ini muncul dalam industri
kecantikan Malaysia, menghadirkan 9 produk berkualiti tinggi yang sesuai untuk
semua jenis kulit.
Melalui penghasilan produk
bersesuaian untuk semua jenis kulit, produk Beauty Soap, Moisturizer dan Beauty
Essence merupakan antara tiga produk yang menjadi rebutan orang ramai.
N Three Beauty memperjuangkan
moto ‘Beauty For All’ dengan komitmen untuk membawa kecantikan kepada semua
lapisan masyarakat. Dengan pendekatan yang teliti dalam proses R&D dan
kelulusan produk dari Doktor Pakar, N Three Beauty telah memenangi hati
pelanggan dengan produk berkualiti tinggi yang selamat digunakan.
Dato’ Dr. Abdul Fahmi, Penasihat
N Three Beauty dan merupakan seorang Perunding Am dan Pakar Bedah Laparoskopik
bersama pengalaman 30 tahun dalam bidang perubatan dan pengetahuan yang luas
dalam produk farmaseutikal turut menyumbang manfaat besar terhadap syarikat.
Beliau benar-benar percaya bahawa
kecantikan mesti digabungkan dengan kesejahteraan yang lebih sihat diikuti
bahan-bahan yang selamat digunakan dalam produk penjagaan kecantikan N Three
Beauty memastikan setiap produk bebas daripada paraben berbahaya dan derivatif
haiwan.
Ia adalah matlamat untuk mencapai
keseimbangan yang baik antara kecantikan, kesihatan dan keselamatan.
N THREE BEAUTY CENTRE
(002540349-T)
NW-02-23, Cova
Square, Jalan Teknologi PJU 5,
Kota Damansara 47810
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Laman web: https://n3beauty.com/
Email: n3beautycentre@gmail.com
Phone: +6013 9026788
Facebook: N THREE Beauty
Instagram: @n3beauty_hq
0 Comments