Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI CHALET BALING HOTSPRING.

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Sepanjang melakukan aktiviti menerokai Baling, AM telah menginap selama 2 hari 1 malam di Chalet Baling Hotspring. AM memilih Chalet Pool View dengan harga RM 135 sehari. Chalet AM betul-betul menghadap kolam air panas.

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring
Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Antara kemudahan fasiliti yang ada adalah:

  • 2 Single Bed
  • Televisyen Langganan Astro
  • Penghawa Dingin
  • Mini Bar
  • Sejadah
  • Bilik Air

PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu Pusat Pelancongan di Daerah Baling, Kedah Darul Aman, yang mula beroperasi sejak Tahun 1998. Lokasinya terletak di Mukim Siong kira-kira 22KM dari Pekan Baling.

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

KOLAM MANDIAN AIR PANAS

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Kolam mandian air panas yang disediakan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:

KOLAM UTAMA

Kolam utama membekalkan sumber air panas kepada kolam-kolam yang lain. Berkeluasan 544.70 mps dan merupakan kolam yang terbesar. Para pengunjung tidak dibenarkan mandi di kolam ini kerana suhunya mencecah darjah kepanasan 50' C. Para pengunjung dapat melihat sumber mata air panas yang keluar di celah-celah batu sulfur yang terdapat di dalam kolam ini. Tahap kedalaman kolam ini ialah 1.6 meter.

KOLAM DEWASA

Kolam yang sesuai untuk pengunjung yang datang berkeluarga atau pun berkumpulan. Pihak pengurusan menyediakan 4 buah kolam yang berkeluasan 400mps.Kadar kedalaman kolam diantara 1.3-1.6-meter dengan suhu mencecah 40'C. Para pengunjung dapat merendamkan kaki dengan selesa dan akan merasai khasiat rendaman di dalam air panas semulajadi.

KOLAM WANITA

Kolam ini dikhaskan untuk pengunjung wanita yang tidak selesa untuk mandi di kolam dewasa. Penghadang diwujudkan bagi menghalang pandangan orang ramai.

KOLAM KANAK-KANAK

Kolam ini berkeluasan 148.17 mps dan suhu maksimum bagi kolam ini ialah 39'C. Kadar kedalaman kolam ini ialah 0.5-0.6 meter dan sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.Kanak-kanak yang mandi di kolam ini perlu diawasi oleh ibu bapa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

MAKAN MALAM DI KEDAI MAK MAH.

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Terdapat pelbagai gerai makan di dalam kawasan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini. AM dan team sempat singgah menjamu selera di Kedai Makan Mak Mah. Antara menu yang dipesan adalah Nasi Putih, Ayam Goreng Kunyit, Paprik Daging, Telur Dadar, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan Buah-buahan.

EMBUN AIS KRIM BUATAN SENDIRI

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Semasa AM santai merendam kaki di Kolam Air Panas, sempat juga mencuba keenakan ais krim buatan sendiri yang dijual di dalam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas ini. Memang sedap dan AM sarankan kalau ke sini kena rasa Embun Ais Krim ini. Harga cuma RM 1 sahaja bagi Kon AisKrim yang sedap ini. Boleh dapatkan Embun Ais Krim dari seorang pakcik yang menjual di sekitar kolam air panas dengan menggunakan kereta sorong.

KATA ALONGMURNI

Ribuan terima kasih buat QTT Group PLT yang menaja sepenuhnya penginapan AM dan yang lain sepanjang 2 hari 1 malam di Chalet Baling Hotspring termasuk dengan makan dan minum sepanjang di sana.

Untuk mendapat Pakej Nature-Based Travelers bagi menerokai lokasi menarik di Baling, Kedah, boleh hubungi

📱+60174079734

📱+60193036008

📩 : qttgroup.management@gmail.com


NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024–17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#UluLegongBalingKedah #UluLegongHotSpring #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

0 Comments