SCSB Anjurkan Program Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia 2024

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Program WACANA SRIKANDI anjuran SACC Convec San. Bhd. (SCSB) bertempat di Pusat Konvesyen Shah Alam. Program ini diadakan bersesuaian dengan tema Hari Wanita 2024, 'Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender'.

SCSB ANJURKAN PROGRAM WACANA SRIKANDI SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2024

SCSB Anjurkan Program Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia 2024

Program WACANA SRIKANDI yang bersempena dengan Hari Wanita Sedunia ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 5 Mac 2024. Majlis yang penuh bermakna ini akan dirasmikan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Nancy Shukri.

SCSB Anjurkan Program Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia 2024

“Program Wacana Srikandi bertujuan untuk memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Dengan tema 'Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender', program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri” ujar Puan Azlina, Ketua Pegawai Eksekutif SCSB.

KEUNIKAN PROGRAM WACANA SRIKANDI

Program ini turut menampilkan secara eksklusif artis terkenal seperti Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel. Ketiga penyanyi kesayangan wanita di Malaysia akan menyampaikan beberapa lagu hits mereka yang bersesuaian dengan Hari Wanita.

SCSB Anjurkan Program Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia 2024

Antara intipati sepanjang program termasuklah forum dari tokoh-tokoh usahawan di Malaysia yang akan dikendalikan oleh personaliti terkenal iaitu Fedtri Yahya untuk membicarakan aspek ekonomi dan sosial.

3 Ikon Wanita yang bakal hadir adalah Aliza Ali (Pengasas Chatime Malaysia), Aleeya Zailan (Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd) dan penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor, Puan Mashitah Mohd Afandy.

Forum ini dijangka memberi pencerahan kepada para tetamu yang hadir mengenai peranan penting wanita dalam dunia yang kian mencabar ini. Panel yang hadir juga akan turut berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang meniti tangga kejayaan.

SCSB Anjurkan Program Wacana Srikandi Sempena Hari Wanita Sedunia 2024

Pusat Konvensyen Shah Alam akan turut menyajikan menu-menu istimewa yang dihasilkan oleh Cef terkenal bermula dari pembuka selera, hidangan utama hingga ke pencuci mulut.

Terdapat juga pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal iaitu Jedan dengan rekaan eksklusif bertemakan Cahaya di Aidilfitri yang akan memperagakan 30 pasang baju raya dan ianya direka khas sempena program Wacana Srikandi ini.

KERJASAMA PENAJA

Penaja yang terlibat terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Argania, Ferraflora dan dengan kerjasama Thrillerz dan Ticket2u.

Secara peribadi AM merasakan program WACANA SRIKANDI ini sangat bermakna kerana terdapat perkongsian pengalaman dari 3 ikon wanita yang sangat dikenali dan dikagumi oleh para wanita. Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat pembelian tiket melalui www.myticket.asia

Post a Comment

0 Comments