Semestinya telah mulai ada banyak
pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar
sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat
berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian
masakan adalah HOTEL CONCORDE SHAH ALAM.
BUFFET RAMADAN 2024: HOTEL CONCORDE SHAH ALAM BERTEMAKAN “WARISAN IBUNDA”

Hotel Concorde Shah Alam
merupakan sebuah hotel kelas perniagaan yang terkenal di peringkat antarabangsa
yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Hotel bertaraf 4 bintang ini
sentiasa menjadi pilihan penginapan kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan malahan lokasi yang strategik bagi mengadakan program keraian,
majlis korporat mahupun majlis perkahwinan.
PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK 600 PAKET
![]() |
AM berpeluang menikmati bubur lambuk yang diagihkan |
Sempena bulan Ramadan yang bakal
tiba, Concorde Hotel Shah Alam mengedarkan Bubur Lambuk yang telah menjadi
tradisi sejak 20 tahun lalu pada 6 Februari 2024. Pihak pengurusan dan tuan
rumah hotel berkumpul sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang datang
untuk menerima Bubur Lambuk yang diberikan secara percuma.

Penyediaan Bubur Lambuk
disediakan oleh chef hotel yang pakar dengan bantuan daripada pihak pengurusan.
Penyediaan bermula seawal jam 7 pagi dengan 200 kg beras, dan banyak lagi bahan
lain yang dimasak dalam 19 periuk besar.

Pengagihan bermula di jalan masuk
hotel pada 12 tengah hari sehingga semua pakej Bubur Lambuk selesai diagihkan
kepada masyarakat dan penduduk sekitar.
"Seperti biasa, jalan masuk itu bertukar menjadi "drive-thru" untuk mengedarkan juadah Ramadan kegemaran kami secara efisien. Pada jam 2 petang, kesemua 6,000 paket Bubur Lambuk berjaya diedarkan kepada orang ramai." kata Cik Amilia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran.
BUFFET RAMADHAN DENGAN TEMA WARISAN IBUNDA
Tema pilihan Concorde Hotel Shah
Alam ialah 'Warisan Ibunda' untuk Buffet Ramadan 2024. "Warisan Ibunda'
ialah warisan ibu tradisional yang dimasak sendiri di rumah yang mendapat
tempat yang teristimewa di hati masyarakat kita.
Menu Buffet Ramadan terdiri
daripada 100 Hidangan yang menyelerakan. Antara hidangan yang disajikan dan
menjadi hidangan pilihan adalah Kari Kepala Ikan Jenahak, Telur Ikan Merah
Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh,
Kambing Panggang dan lain-lain.

Baucar Buffet Ramadhan Early Bird boleh dibeli dari 6 Februari 2024 hingga 11 Mac 2024 pada harga RM125 bersih setiap baucar.
Promo istimewa pada 3 hari pertama (12 -14 Mac 2024) dan 3 hari terakhir (07 - 09 April 2024)
Harga Buffet Ramadan Warisan Ibunda pada RM125 bersih setiap dewasa dan RM 65 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun). *tidak termasuk Senior Citizen*
Hari biasa dari 14 Mac hingga 6
April 2024. Harga buffet Ramadan Warisan Ibunda :
💥RM149 bersih seorang dewasa
💥RM 75 bersih setiap kanak-kanak
(5-12 tahun)
💥RM 115 bersih setiap warga emas

Concorde Hotel Shah Alam juga
menawarkan buffet Sahur dari 12 Mac - 09 April 2024 di Melting Pot Cafe dari
3.30 pagi hingga Imsak. Harganya ialah:
💥RM 66 bersih seorang dewasa
💥RM 33 bersih setiap kanak-kanak
(5-12 tahun)
Di samping itu, pada penghujung
Ramadan, untuk meraikan hari raya pertama dan kedua dengan Buffet
Hi-Tea pada harga RM95 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM 45 bersih bagi
setiap kanak-kanak (5-12 tahun)

Untuk pertanyaan
lanjut atau tempahan meja,
hubungi di 603-5520 8000 atau e-mel vasanthi@concorde.net.
Bagi mereka yang ingin berehat di
hotel pada bulan Ramadan, promosi bilik Ramadan daripada RM 188 bersih setiap
bilik setiap malam (Bilik Sahaja), atau daripada RM238 bersih setiap bilik
setiap malam termasuk bufet sarapan pagi untuk 2 orang untuk bukan Islam atau
sahur untuk tetamu muslim.
Tempoh tempahan: 6 Februari - 14
April 2024
Tempoh Penginapan: 1 Mac - 14
April 2024

Untuk pertanyaan
lanjut atau tempahan meja,
hubungi di
603-5520 8000 atau e-mel shah@concorde.net
0 Comments