Semestinya telah mulai ada banyak
pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar
sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat
berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian
masakan adalah HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR.
BUFFET RAMADAN 2024: HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR BERTEMAKAN “CITARASA KLASIK”
Hotel Royal Kuala Lumpur sering
menjadi tarikan kerana lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah Pusat
bandar Kuala Lumpur dan berdekatan dengan pusat beli belah. Dengan bertemakan ‘Citarasa
Klasik’, Hotel Royal Kuala Lumpur menjangkakan sambutan terhadap Buffet
Ramadhan kali ini menggalakkan seperti tahun sebelumnya.
Majlis tersebut turut dihadiri
oleh beberapa pelanggan korporat hotel tersebut. Chef Eksekutif Hotel, Mohd
Hafif Mohd Saleh dan briged dapurnya menyediakan hidangan istimewa yang pastinya
membuka selera semasa Bulan Ramadhan ini.
SAJIAN MENU TRADISIONAL DI HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR
Hotel Royal Kuala Lumpur menampilkan
pilihan hidangan tradisional yang sangat digemari oleh pelbagai kumpulan etnik
di Malaysia termasuk Nasi Biryani, Kambing Kuzi yang menarik dan Asam Laksa
yang cukup popular dan sering mendapat perhatian pengunjung.
Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan Kerabu yang menyelerakan seperti Kerabu Mangga Muda, Kerabu Daging dan Kerabu Ayam.
Bagi penggemar pencuci mulut, nikmati pelbagai jenis Agar-Agar seperti Cendol Agar-Agar, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan banyak lagi pilihan lain.
Mee Panas dan Goreng Gorengan juga akan menjadi tarikan di Gerai Signature. Terdapat lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dalam buffet kali ini. Ada juga ROti Canai Durian yang wajib dicuba.
Chef sedang membuat roti canai durian |
Selain hidangan buffet yang hebat, hotel ini juga akan menyediakan persembahan artis jemputan khas iaitu Kelly Azman dan Ani Mayuni untuk berhibur semasa tetamu berbuka puasa.
Buffet Ramadan 'Citarasa Klasik'
boleh didapati di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezzanine Hotel Royal Kuala
Lumpur dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Buffet ini berharga RM108.00
bersih untuk dewasa dan RM58.00 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak. Untuk
tempahan berkumpulan 10 pax, 1 pax percuma akan diberikan (maksimum 3 pax
sahaja).
Untuk tempahan early bird,
(sehingga 5 Mac 2024) harga yang ditawarkan adalah RM88 sahaja.
Sebarang pertanyaan dan pembelian
boleh Whatsapps ke nombor talian +60 16-520 0579 atau klik link ini: https://api.whatsapp.com/send?phone=60165200579
HOTEL ROYAL KUALA
LUMPUR
Jalan Walter Granier,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
TEL: 603 2148 5888
EMAIL: info@hotelroyalkl.com
WEBSITE: https://www.hotelroyalkl.com/
INSTAGRAM: https://instagram.com/hotelroyalkl
0 Comments