Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

 

Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian masakan adalah I’DAHLIA CORNER

BUFFET RAMADHAN 2024: I’DAHLIA CORNER BERTEMAKAN “IFTAR DALAM TAMAN”

I’dahlia Corner yang terletak di dalam kawasan kejiranan KLCC mengadakan buffet buka puasa dengan tema ‘IFTAR DI TAMAN DAHLIA’ bagi memeriahkan kedatangan bulan Ramadan bermula dari 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024.

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

I’Dahlia Corner yang dikenali ramai kerana keenakan masakan tradisional Melayu seolah-olah masakan ibu di rumah sendiri bakal membawakan lebih dari 30 juadah ala kampung. Antara menu yang ditunggu-tunggu adalah:

💥Sup daging Dahlia meletop

💥Masak lemak cili api siput sedut

💥Ikan bakar bersambal

💥Asam pedas ikan pari

💥Sambal udang petai

💥Ikan keli berlado

💥Kari ayam

💥Kuih muih tradisi

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

I’DAHLIA CORNER TAWAR RM59 UNTUK BUFFET RAMADHAN

Harga untuk Buffet Ramadhan di I’Dahlia Corner sangat berpatutan iaitu RM59.00 (Dewasa dan Warga Emas) dan RM39 (Kanak-Kanak) sahaja. Memang berbaloi kan? AM sendiri telah mencuba sajian masakan di I’Dahlia Corner dan sangat berpuas hati dengan rasa masakan sajian melayu yang sedap dan enak.

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”

Menurut Puan Dahliati Aliruddin yang juga merupakan Pemilik I’Dahlia Corner, harga RM 59 merupakan harga termurah setakat ini yang ditawarkan. Malahan peminat masakan kampung yang ingin iftar digalakkan untuk membuat tempahan awal bermula 5 Mac 2024 berikutan tahun sebelumnya ‘sold out’ kerana permintaan yang sangat tinggi untuk berbuka puasa di I’Dahlia Corner.

Buffet Ramadhan 2024: I’dahlia Corner Bertemakan “Iftar di Taman Dahlia”
Puan Dahliati Aliruddin : Pemilik I'Dahlia Corner

Berkonsepkan dalam taman, pengunjung dapat menikmati suasana berbuka puasa seolah-olah berada di dalam taman kerana dewan makan I’Dahlia dihiasi dengan bunga-bunga yang indah. Pengunjung bakal dihiburkan oleh persembahan dari buskers’ yang akan mengalunkan lagu-lagu indah.

Puan Dahliati Aliruddin

Pengunjung boleh berbuka puasa di dewan makan yang luas dan selesa, manakala kemudahan ruang solat dan parkir yang berdekatan juga turut disediakan. Buffet Ramadhan bermula pada jam 6.30 petang sehingga 10 malam.

Puan Dahliati Aliruddin

Untuk tempahan sila hubungi 012-3526397 dan 017-9913907.

Lokasi: I’DAHLIA CORNER

22, Persiaran Stonor KLCC,

50450 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments