Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

 

Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian masakan adalah WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR.

BUFFET RAMADHAN 2024: WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR BERTEMAKAN “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

World Trade Centre Kuala Lumpur menyambut kedatangan bulan mulia, bulan Ramadan dengan buffet bertemakan “Selera Warisan Kampung”. Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi pada bulan yang mulia, Briged Kulinari WTCKL, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan hidangan yang istimewa dan pastinya menggoda deria rasa pada bulan ramadan nanti.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

MENU SAJIAN PILIHAN WTCKL

Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Selain itu, Briged Kulinari WTCKL juga menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 rotasi menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Tidak dilupakan hidangan paling popular yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Buffet Istimewa Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 MAC HINGGA 8 APRIL 2024. Ruang makan eksklusif kami terletak di Aras 2, Legar Putra, dan akan beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga buffet Ramadan yang sangat berpatutan. Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 nett seorang, manakala harga asal buffet ramadan “Selera Warisan Kampung” adalah RM128 nett seorang untuk dewasa dan RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside, atau hubungi talian 03 2614 6701/6702 atau klik pada pautan berikut: Easy Store: https://riverside.wtckl.com/  

PILIHAN PAKEJ BERBUKA PUASA ‘GET TOGETHER’

Menariknya untuk yang merancang ingin berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menyediakan pakej 'Get Together' Selera Warisan Kampung untuk diraikan bersama rakan perniagaan, jamuan persendirian, korporat atau keluarga dalam ruang dewan yang akan disediakan.

Pakej 'Get Together' Selera Warisan Kampung ditawarkan dari RM 138 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skrin LED, dan surau khusus.

TIFFIN CARRIER UNIK DARI WTCKL

Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih unik dengan 'Tiffin Carrier' edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Dengan setiap pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di buffet ramadan selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam buffet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur.

Buffet Ramadhan 2024: World Trade Centre Kuala Lumpur Bertemakan “SELERA WARISAN KAMPUNG”

Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.

KEMUDAHAN BERBUKA PUASA DI WTCKL

WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.

Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi

Emel untuk bufet Ramadan: riverside@wtckl.com

Emel untuk tempahan korporat: ask@wtckl.com

+603 2614 6999 / +603 2614 6173

WhatsApp: +6019 2678 960


Post a Comment

0 Comments