Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah ‘Malam 1000 Kenangan
Jasamu Dikenang’ yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM)
bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang.
DPUM ANJURKAN ‘MALAM 1000 KENANGAN JASAMU DIKENANG’

Sejak awal penubuhan iaitu pada
2013, DPUM telah mempunyai seramai 15,000 ahli usahawan. DPUM sentiasa
melaksanakan pelbagai program bimbingan kepada golongan usahawan bagi membantu
mereka menjadi usahawan berjaya sekali gus mampu menghasilkan produk berkualiti
dalam pasaran.
Malahan DPUM turut menyediakan
platform dalam menyediakan seminar keusahawanan dan bengkel perihal pengurusan
perniagaan dari aspek kualiti, pembungkusan produk dan rangkaian perniagaan
supaya produk usahawan dapat dipasarkan di pasaran global.
AM dimaklumkan bahawa keahlian
terbuka kepada semua individu berusia 18 tahun hingga 75 tahun, dengan bayaran
yuran tahunan sebanyak RM150 bagi usahawan individu dan RM500 untuk usahawan
korporat.
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN ANUGERAH ‘MALAM 1000 KENANGAN JASAMU DIKENANG’
Dalam majlis tersebut, Presiden
Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) iaitu Dato’ Seri Abu Hasan Mohd Nor
turut menyatakan usahawan boleh mengambil peluang perniagaan lebih luas yang
disediakan pihak DPUM kerana DPUM mempunyai rangkaian ekonomi kukuh dan
menyeluruh di seluruh negara.

Dengan slogan DPUM iaitu Usahawan Nadi Negara, AM merasakan inisiatif dan pendekatan yang diambil dapat membantu dalam menjana ekonomi usahawan dan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Antara tetamu kehormat yang turut sama hadir memeriahkan majlis adalah Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim.
Antara agensi yang turut menerima
penganugerahan sepanjang majlis berlangsung adalah:
💥Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)
💥Majlis Amanah Rakyat (MARA)
💥Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA)
💥Small Medium Enterprise
Development Bank (SMEBank)
💥Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN)
💥Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA)
💥Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)
💥Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
💥Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
💥Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
💥Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya (MOTAC)
Manakala usahawan dari pihak
korporat pula yang menerima Anugerah adalah
💥Excel Way Worldwide Sdn Bhd (Anugerah
Usahawan Kilang GMP Terbaik)
💥SHRF Food Industries Sdn Bhd (Anugerah
Food Industri Korporat Terbaik)
Sepanjang program tersebut, tetamu yang hadir turut diraikan dengan sajian hidangan yang sedap dan menarik dari Hotel Grand Barakah, Ampang. Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan sketsa teater dari anak-anak DPUM, persembahan tarian dan persembahan nyanyian dari artis ternama seperti Haqiem Rusli, Dato Malek Redzuan, Keena Mentor dan Herman Tino.

KATA ALONGMURNI
AM sangat menyokong usaha yang
dilakukan oleh DPUM bagi membantu usahawan menaikkan taraf ekonomi dan memberi
input pengetahuan berkaitan perniagaan agar lebih berdaya maju seiring dengan teknologi
inovasi terkini. Agensi yang turut sama membantu sewajarnya mendapat
pengiktirafan atas jasa dan sumbangan bagi membantu usahawan di bawah naungan
DPUM.
0 Comments