Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

GALERI RUNDINGAN BALING LOKASI TEMPAT BERSEJARAH WAJIB DIKUNJUNGI

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

RUNDINGAN BALING 1955

Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 merupakan detik bersejarah dalam usaha menamatkan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dimana rundingan ini melibatkan pihak Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Sir Tan Cheng Lock dan David Marshall dengan pihak PKM yang terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

GALERI RUNDINGAN BALING LOKASI TEMPAT BERSEJARAH

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

Secara peribadi, AM merasakan tempat bersejarah seperti Galeri Rundingan Baling wajib dikunjungi kerana:

💥dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi semasa melawat ke tempat- tempat yang bersejarah ini.

💥boleh memupuk semangat patriotisme dalam diri dan semangat cintakan negara.

💥menghargai jasa pemimpin negara yang telah menabur bakti kepada negara dan telah berkorban masa, harta dan nyawa untuk memerdekakan negara daripada penjajahan

💥dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi
Pengarah Muzium Negeri Kedah: En Suhaidi Shukri

Pengarah Muzium Negeri Kedah, En Suhaidi Shukri berkata dalam mengingati peristiwa bersejarah ini, maka Galeri Rundingan Baling ini dibuka dalam mempamerkan pelbagai peristiwa bersejarah berkaitan Baling yang berlaku sebelum kemerdekaan seperti Darurat di Tanah Melayu, Sejarah PKM, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kezaliman Komunis, Pembanterasa Komunis di Tanah Melayu, Kesan Darurat, Kepimpinan Tempatan di Negeri Kedah dan Peristiwa Rundingan Baling.

Terdapat ruang replika didirikan bagi menunjukkan tempat rehat pemimpin PKM semasa rundingan tersebut berlaku dan pemakaian penduduk kampung samada lelaki atau dan tempat bersejarah sebegini harus dipelihara untuk tatapan generasi pada masa hadapan.

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

Galeri Rundingan Baling ini hanya dibuka pada setiap hari Ahad memandangkan masih terdapat kerja-kerja penambahbaikan dan naiktaraf infrastruktur giat dijalankan dalam memastikan keselesaan para pengunjung kelak.

Kemasukan juga adalah percuma dalam mempromosikan Galeri Rundingan Baling yang baru dibuka ini dimana galeri ini turut mempamerkan sejarah asal usul nama Baling disamping memaparkan tentang kisah hidup masyarakat dan kegiatan ekonomi pada zaman dahulu di sekitar daerah Baling.

Galeri Rundingan Baling Lokasi Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi

Lokasi:

GALERI RUNDINGAN BALING

Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Kampung Banggol Lada, 09100 Baling, Kedah


NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#GaleriRundinganBaling #LembagaMuziumNegeriKedah #GuaSirehBaling #GuaSirehIsBeautiful #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel


Post a Comment

0 Comments