Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

NAZARIAH GIGIH JUAL CENDAWAN PEKASAM BERJAYA TEMBUS PASARAN

Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran

Puan Nazariah seorang wanita yang sentiasa mencari peluang untuk maju kehadapan. Beliau tidak pernah melepaskan peluang yang luas didepan mata. Beliau merupakan salah seorang peserta didalam program EMPOWER NCER Malaysia batch kedua yang baru saja graduasi pada Desember 2023 yang lepas.

PENGLIBATAN DAN PERANAN NCER

Northern Corridor Economic Region (NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Sime Darby Berhad merupakan perancang induk proses penyediaan asas pelan pembangunan komprehensif NCER, yang akan dibangunkan daripada tahun 2007 sehingga tamat Rancangan Malaysia ke-12, pada 2025.

Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran
En Zairemy : Pegawai Pengurus Pejabat NCIA Kedah
Puan Nazariah : Pengusaha Cendawan Pekasam

AM dimaklumkan oleh Encik Zairemy Bin Yunus, Pegawai Pengurus Pejabat NCIA Kedah yang NCER memainkan peranan bagi:

  • Menjana pendapatan dan memberi bantuan bagi peserta memulakan perniagaan
  • Memberi kursus dan pendedahan kepada peserta berkaitan perniagaan
  • Memberi pendedahan kepada peserta untuk meluaskan perniagaan samada di pasaran setempat mahupun luar.

CENDAWAN PEKASAM NAZARIAH

Apabila ditanya macam mana tercetusnya idea, Puan Nazariah cakap sebab memang suka dengan cendawan sebab sedap. Beliau memulakan proses menternak cendawan dibengkel seluas 20ft x 30ft dan kini dah mula dieksport ke seluruh Malaysia.

Salah satunya ialah beliau tekad menyertai empowerNCER dengan harapan dapat sesuatu bagi mengembangkan perniagaan beliau. Sebelum ini, beliau pernah mencuba antaranya buah-buahan, barang-barang mainan kanak-kanak dan cendawan segar.

Selepas bersama NCER dengan usaha dan bantuan tunjuk ajar dari pegawai terlatih, Cendawan segar berjaya menarik perhatian dan mendapat sambutan luar biasa.

Hasil penjualan cendawan beliau semakin bertambah sehingga Puan Nazariah membuka bengkel untuk menternak cendawan kerana permintaan yang tinggi daripada pemborong & ejen. Beliau berjaya menebus pasaran di Negeri Kedah, Perlis & Perak.

Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran

Bukan saja telah berjaya menginovasikan produk cendawan segar kepada cendawan pekasam. Malah, kini beliau berjaya menambah 1 lagi bengkel cendawan dek kerana permintaan yang sangat tinggi iaitu memerlukan 100kg cendawan dalam sehari. Beliau mempunyai lebih 20 ejen pemborong di Kedah, Perlis & Perak.

AM teruja kerana berpeluang untuk melihat proses pembuatan dan proses membuat bongkah untuk menternak cendawan. Rupanya tidak mudah untuk menternak cendawan dan memerlukan penelitian dan pemilihan cendawan yang betul bermula dari benih sehingga ke proses semaian.

Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran

Nazariah Cendawan Pekasam terdiri daripada cendawan tiram putih dan kelabu. Pembelian boleh didapati dengan harga RM10.00 (140gm) dan RM15.00 (200gm) Cendawan Pekasam ini. Memandang jenis sejukbeku, jadi mudah keran perlu goreng bila ingin menikmati rasa Cendawan Pekasam ini.

Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran


KATA ALONGMURNI

Secara peribadi AM berasa kagum dengan semangat gigih dan jitu yang dilakukan oleh Puan Nazariah bagi memastikan produk yang dijual kekal dalam pasaran dan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Meskipun berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran, namun berkad dengan bantuan dari NCER sedikit sebanyak memberi keyakinan untuk mengetengahkan inovasi Cendawan Pekasam ke serata tempat.

Nazariah Gigih Jual Cendawan Pekasam Berjaya Tembus Pasaran

NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#NazariahCendawan #CendawanPekasam #CendawanSegar #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

0 Comments