Buffet Ramadan 2024: Saprah Restaurant Bertemakan “Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung”

Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian masakan adalah Saprah Restaurant bertempat di Zebra Square Kuala Lumpur.

BUFFET RAMADAN 2024: SAPRAH RESTAURANT BERTEMAKAN “SEAFOOD GRAND BUFFET X MASAKAN KAMPUNG”

Buffet Ramadan 2024: Saprah Restaurant Bertemakan “Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung”

Lokasinya agak strategik kerana terletak di dalam kawasan bulatan Kampung Pandan, KL. Dengan bertemakan ‘Seafood Grand Buffet x Masakan Kampung’, menjadi tarikan kepada tetamu untuk memilih iftar di Saprah Restaurant. Malahan ianya merupakan satu- satu restoran yang mempunyai air terjun di tengah bandar Kuala Lumpur.

Buffet Ramadan di Saprah Restaurant telah bermula pada 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024. Saprah Restaurant sangat dikenali ramai kerana keenakan masakan tradisional melayu dengan pilihan menu yang pelbagai dan menarik.

MENU SAJIAN YANG PELBAGAI DAN ANEKA PILIHAN

Terdapat lebih daripada 200 hidangan juadah ala kampung & Seafood dengan sajian menu utama bertukar setiap hari dan lebih 20 gerai aneka pilihan disediakan.

Antaranya adalah:

💥Gerai Roti

💥Gerai Mak Wan Cucur

💥Gerai Nasi Kenduri

💥Gerai Ais Tanjak

💥Gerai Sajian Mee

💥Gerai Sushi

💥Gerai Oden

💥Gerai Tempura

💥Gerai Yakitori

💥Gerai Kambing Golek

dan pelbagai menu juadah menarik lain.

KEMUDAHAN SERBA LENGKAP.

Berkonsepkan iftar dalam taman di tengah bandaraya dan hiasan dekorasi yang menarik, tetamu dapat menikmati suasana berbuka puasa yang sangat selasa dengan mempunyai kemudahan ruang makan lebih 500 - 800 tetamu (berhawa dingin), surau yang besar, tempat parking kereta yang besar (private), ruangan permainan kanak-kanak dan sangat sesuai untuk menjamu selera bersama seisi keluarga.

Buffet Ramadan 2024: Saprah Restaurant Bertemakan “Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung”

Tambah unik bila setiap kali iftar, tetamu turut dihiburkan dengan coleteh dari ‘Dee Jangan Ketawa’ yang pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi dengan jenaka Dee. Pakej Iftar di Saprah Restaurant juga lengkap dengan LED Screen dan PA System.

Buffet Ramadan 2024: Saprah Restaurant Bertemakan “Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung”

Jadi, mana-mana syarikat, pertubuhan dan organisasi samada Kerajaan ataupun swasta boleh berbuka puasa di sini dengan pakej dan kelengkapan kemudahan sedia ada. Memang berbaloi dan harga sangat berpatutan dengan menu sajian yang enak dan pelbagai.

HARGA BUFFET DI RESTORAN SAPRAH @ ZEBRA SQUARE KL

Dewasa: RM89.00

Kanak-kanak: RM59.00

Buffet Ramadan 2024: Saprah Restaurant Bertemakan “Seafood Grand Buffet X Masakan Kampung”

Info Tambahan: Terdapat juga ‘Menu Premium’ ialah RM250 untuk Tomahawk, RM199 untuk Daging Lembu Premium, dan RM199 untuk Makanan Laut Premium

Untuk tempahan, boleh hubungi: 011-9879 9987

📍SAPRAH RESTAURANT,

Zebra Square 18 & 20, Jalan Kampung Pandan,

Off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur.

Post a Comment

1 Comments

  1. Your blog has become an essential part of my daily reading. Access FAQs and troubleshooting tips for Aviator on our blog platform.

    ReplyDelete