Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

 

Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian masakan adalah D’Pine Loghouse bertempat di Farm in The City.

BUFFET RAMADHAN 2024: D’PINE LOGHOUSE BERTEMAKAN “NOSTALGIA DESA”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Dengan bertemakan ‘Nostalgia Desa’, D’Pine Loghouse membawa semula kita semua mengingat tradisi dan kenangan yang tercipta semasa di kampung. Bermula 13 Mac hingga 7 April 2024, D'Pine Loghouse Farm di The City menawarkan pengalaman Buffet Ramadhan yang pastinya menyelerakan.

Pengalaman semasa "Balik Kampung" untuk Iftar semestinya mengamit kenangan seolah-olah sebuah oasis di tengah-tengah pusat bandar yang mempunyai banyak kehijauan yang subur.

Antara keunikan dan keistimewaan Iftar di D’Pine Loghouse adalah:

MASAKAN MELAYU ASLI

Dengan kerjasama bersama Hidayah Katering yang telah mempunyai kepakaran lebih 30 tahun dalam masakan Melayu. Daripada kegemaran klasik kepada ciptaan inovatif, setiap suapan memberi satu keenakan yang pastinya tidak dapat dilupakan. Lebih daripada 88 hidangan setiap hari, disajikan sebagai hidangan pilihan untuk tetamu yang hadir.

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Antara menu yang tersedia di Buffet Ramadan Nostalgia Desa ini termasuklah pilihan nasi, nasi putih, nasi hujan panas, nasi beriani dan nasi goreng. Sajian yang pastinya menarik perhatian adalah:

💥Ayam Masak Merah

💥Ayam Goreng Berempah

💥Ayam Geprek

💥Ayam Percik

💥Daging Masak Lemak

💥Daging Gulai Kawah

💥Daging Rendang

💥Daging Masak Merah

💥Daging Masak Hitam

💥Kambing Grill.

💥Sate

💥Ikan Bakar

💥Lontong.

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Ada juga sajian masakan berasaskan sayuran seperti kerabu dan manisan seperti bubur pulut hitam. Malahan terdapat pelbagai pilihan kuih muih tradisi, kek, agar-agar dan kuih tradisional.

PETTING ZOO DELIGHT

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

Dengan adanya petting zoo di Farm in The City, semestinya Buffet Ramadhan tambah meriah dengan haiwan kesayangan yang menjadi tarikan pengunjung yang datang. Keunikan yang tiada tandingan bila iftar bersama dan meluangkan bersama haiwan yang comel dan menghiburkan terutamanya kanak-kanak.

PERMAINAN TRADISIONAL KAMPUNG

Permainan tradisional seperti congkak dan batu Seremban turut mengimbau zaman kanak-kanak untuk warga 90-an yang tidak lapuk dihujan tak lekang dek panas. Permainan tradisional ini semestinya menjalinkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan yang erat.

SUASANA BALIK KAMPUNG

Suasana dan dekorasi yang terdapat di lokasi ruangan Buffet Ramadhan yang dihiasi dengan rumah kayu yang menggunakan 100% struktur kayu dan membawa suasana ala-kampung di Tengah-tengah bandar yang sedang membangun.

PERSEKITARAN MESRA KELUARGA

Ruang tempat kereta yang selesa dan luas sangat sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga dan sahabat handai bagi menjamu selera ketika Ramadhan menjelma.

D'Pine Loghouse teruja untuk mengumumkan promosi harga yang tiada tandingan untuk Nostalgia Desa Iftar, menjadikannya lebih mudah untuk keluarga dan kumpulan menikmati pengalaman unik ini.

HARGA BIASA :

💥Dewasa: RM 98.00

💥Kanak-kanak: RM 58.00

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”

HARGA PROMOSI TEMPAHAN AWAL (Tempahan sebelum 20 Mac 2024)

💥Dewasa: RM 88.00

💥Kanak-kanak: RM 55.00

Setiap Harga 1 pax Buffet Ramadhan berpeluang mendapat Voucher Beli 1 Percuma 1 untuk kemasukan ke Farm In The City.

Tawaran Istimewa untuk Keluarga Besar dan Kumpulan: Untuk setiap pembelian 10 pax secara pukal akan mendapat 1 pax percuma

D'PINE LOGHOUSE, FARM IN THE CITY

Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1,

Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Talian : https://wa.me/60107627612

Website: https://farminthecity.my/

Facebook: https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/farminthecitymalaysia/

TikTok : https://www.tiktok.com/@farminthecity_my

Buffet Ramadhan 2024: D’Pine Loghouse Bertemakan “Nostalgia Desa”


Post a Comment

0 Comments