Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

DANGAU LANGKAWI PUNYAI KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN TERSENDIRI.

MENU SELERA KAMPUNG

Kali ini AM berkesempatan untuk singgah ke Dangau Langkawi yang merupakan kedai makan kampung di tengah bendang dan menyajikan juadah tradisi masakan melayu. Nama ‘Dangau’ itu sendiri membawa maksud pondok kecil di tengah sawah. Lokasi Dangau Langkawi ini terletak di bahagian belakang Makam Mahsuri dan dikelilingi sawah padi yang menghijau.

Secara peribadi AM kagum dengan dekorasi klasik yang cuba diketengahkan oleh Pemilik Dangau Langkawi iaitu Encik Zaidi Hassan atau lebih mesra dipanggil CikDi. AM dimaklumkan asal kedai makan yang seluas 9000 kaki persegi ini merupakan tapak rumah. 

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.
Pemilik Dangau Langkawi : Encik Zaidi Hassan (CikDi)

Kemudiannya CikDi mengubah menjadi Kedai Makan di tengah bendang bagi berkongsi sajian masakan melayu yang menjadi warisan turun temurun.

KEUNIKAN DANGAU LANGKAWI

Lokasi Dangau Langkawi ini turut menjadi pusat perhatian para pengunjung untuk bergambar kerana pemandangan yang indah dan port-port yang menarik terdapat di sini. Malahan sementara menunggu menu sajian siap, pengunjung boleh bermain permainan congkak yang telah tersedia. 

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Menarik juga bila pada setiap hari Rabu, akan ada Live Band yang akan turut menghiburkan pengunjung yang datang dengan lagu-lagu klasik dan tradisional melayu asli.

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Pelanggan yang datang untuk menjamu selera boleh memilih untuk makan di pondok pondok kecil yang disediakan atau boleh ke ruangan atas yang boleh menyaksikan kehijauan sawah padi di sekeliling dengan pemandangan yang cukup indah. Tambah unik bila CikDi dan semua kakitangan turut memakai pakaian tradisonal melayu. Memang nampak manis dan segak bergaya!

MENU SAJIAN DANGAU LANGKAWI

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Antara menu sajian makanan yang AM cuba adalah :

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.
Ikan Bakar Dua Benua (Buttermilk + Sambal)

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.
Gulai Ikan

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.
Udang Sambal Petai

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Masak Lemak Siput Retak Seribu


Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Sotong Goreng Kunyit


Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.
Kangkung Goreng Belacan

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Set Ulam Talam

Secara keseluruhannya, masakan di sini memang sedap dan wajib dicuba jika ke Dangau Langkawi. Harganya sangat berpatutan dan juadah yang begitu padu. 

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

Layanan mesra dari kakitangan yang servis yang pantas juga menjadi perhatian. InsyaAllah, AM akan datang semula ke Dangau Langkawi bersama keluarga dan sahabat handai ke sini.

DANGAU LANGKAWI

Lot 70, Mukim, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam setiap hari (kecuali Selasa)

IG: https://www.instagram.com/dangau_langkawi

FB: https://www.facebook.com/dangaulangkawi

🗓️ Makluman: Dangau Langkawi menghentikan operasi sementara dari 5 Mac hingga 16 April 2024 kerana memberi laluan untuk meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Operasi disambung semula seperti biasa mulai 17 April 2024 dan seterusnya.

Dangau Langkawi Punyai Keunikan dan Keistimewaan Tersendiri.

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY


Post a Comment

0 Comments