Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

AM berkesempatan untuk menginap dan menikmati kemudahan yang di Hangouts Urban + Eco Langkawi yang sangat sesuai dijadikan tempat penginapan untuk bercuti bersama keluarga mahupun pasangan. Secara peribadi, AM sangat sukakan konsep gabungan rekabentuk perabot dan kelengkapan bilik yang diinspirasikan dari IKEA Malaysia.

HANGOUTS URBAN + ECO LANGKAWI JADI PILIHAN PENGINAPAN TERBAIK DAN PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Meskipun baru beroperasi selama 8 bulan, Hangouts Urban + Eco Langkawi sungguh menakjubkan kerana menawarkan pengalaman penginapan yang mewah dan selesa. Resort ini terletak di kawasan sawah padi dan berkeluasan 20 ekar. AM sangat sukakan dekorasi panorama yang indah dan suasana yang damai.

PENGINAPAN HANGOUTS URBAN + ECO

LOBI UTAMA

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

AM sangat sukakan rekaan dalaman yang terdapat di Lobi Utama. Segalanya serba lengkap dengan sofa dan hiasan pokok yang seolah-olah mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk menginap di Hangouts Urban + Eco Langkawi ini. Siap ada ruangan permainan Arcade Games, Football Table Games dan Pool & Snooker Table. 

FAMILY SUITES

Terdapat 28 jenis Family Suites yang boleh memuatkan sebanyak 8 orang dewasa bagi satu suite. Setiap Suite mempunyai dua bilik yang mempunyai katil jenis Queen dan Single Pull Out di dalamnya. Setiap bilik juga dilengkapi dengan sofa dan ruang meja kerja.

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

AM dan team Perempuan yang lain menginap di Family Suite Marrakesh manakala team lelaki menginap di Family Suite Zen Hoshinoya.

Family Suite Marrakesh

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri
Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Family Suite Zen Hoshinoya.

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri
Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Di dalam setiap suite lengkap tersedia ruang tamu yang luas dan meja makan yang besar. Antara fasiliti lain yang ada di dalam setiap suites termasuklah:

💥Peti Sejuk

💥Microwave

💥TV

💥Sofa

💥Jug Pemanas air minuman

💥Kemudahan Pantri lengkap

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Setiap Family Suite mempunyai dua bilik yang dilengkapi dengan bilik air peribadi. Antara kemudahanyang ada bagi setiap bilik air adalah: 

💥Shower

💥Pemanas Air Mandian

💥Bath and hair soap

💥 Tuala Mandian

STUDIO SUITES

Terdapat 16 jenis Studio yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Suite Studio ini dilengkapi dengan kemudahan pantri yang lengkap, bilik cantik yang boleh memuatkan 4 tetamu, bilik mandi yang cantik, ruang tamu TV dan katil sofa yang boleh memuatkan 4 orang. 

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri
Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Uniknya bagi tetamu yang menginap di Studio Suite adalah kolam mandi betul-betul di hadapan bilik. Boleh melompat terus ke kolam terjun pada bila-bila masa.

Malahan setiap suite samada menginap di Family Suite atau Studio mempunyai ruangan untuk letak kereta. Jadi sangat mudah untuk menguruskan barangan selepas proses check in dan check out di Lobi Utama.

FASILITI YANG TERDAPAT DI HANGOUTS URBAN + ECO

KEMUDAHAN MEMASAK

Memasak tidak dibenarkan di dalam suite. Walau bagaimanapun, tetamu yang menginap boleh memasak di mana-mana daripada enam dapur khusus, dilengkapi dengan peralatan berkualiti tinggi dan peralatan memasak. Tetamu berpeluang untuk membuat makanan peribadi dan menikmatinya bersama keluarga.

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Disesuaikan dengan pelbagai gaya dan pilihan memasak, dapur ini menawarkan pengalaman yang unik menjadikan Hangouts destinasi yang ideal untuk menikmati keseronokan memasak dan menjamu selera semasa percutian. Sewa dapur khas sebanyak RM30/jam.

KOLAM MANDI

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Hangouts Urban + Eco menawarkan tiga bahagian kolam renang yang berbeza, setiap satu disesuaikan untuk memberikan tetamu pengalaman akuatik yang unik.

KOLAM UTAMA

Kolam renang utama, dikelilingi oleh kerusi berjemur yang selesa dan payung, sesuai untuk tetamu yang ingin berenang santai dan sesi berjemur matahari yang santai.

KOLAM KANAK-KANAK

Kolam Kanak-kanak mempunyai kedalaman cetek untuk memastikan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk anak-anak bermain dan mandi manda.

KOLAM ‘ZIGZAG’ (Khas untuk tetamu yang menginap di suite jenis Studio).

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Kolam terjun 'zig zag' ini hanya eksklusif untuk 16 suite Studio yang memberikan privasi dan keintiman untuk tetamu. Kolam renang peribadi ini dikhaskan untuk mereka yang menginap di suite Studio bagi membolehkan pasangan menikmati pengalaman berenang yang intim dan terpencil sepanjang penginapan mereka. Sesuai sangat untuk pasangan yang baru berkahwin.

TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK (INDOOR DAN OUTDOOR)

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri
Indoor Playground

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri
Outdoor Playground

Terdapat dua jenis taman permainan untuk kanak-kanak. Setiap satunya berkonsepkan indoor dan outdoor. Yang indoor siap dilengkapi dengan penghawa dingin. Jadi sangat sesuai untuk kanak-kanak yang ingin bermain jika cuaca terlalu panas ataupun hujan di luar.

GIMNASIUM

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Bagi tetamu yang ingin mengekalkan rutin bersenam harian meskipun ketika bercuti, Hangouts Urban + Eco Langkawi juga mempunyai gymnasium yang lengkap dengan peralatan untuk terus kekalkan gaya hidup sihat.

SAUNA

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

Kat sini juga terdapat ruangan untuk sauna berdekatan dengan tempat gymnasium. Jadi sangat sesuai bagi yang ingin membakar kalori dan mengendurkan otot. Nak kurus dan nak cantik boleh gunakan sauna yang telah disediakan secara PERCUMA.

Memang serba lengkap dengan kemudahan jika memilih untuk menginap di Hangouts Urban + Eco Langkawi ini bersama keluarga mahupun pasangan. Semua serba lengkap dengan perabot yang terpilih dan menarik dari IKEA Malaysia. Pastinya AM akan datang lagi menginap di sini bersama keluarga. Yang berminat untuk menginap boleh tengok info di bawah.

HANGOUTS URBAN + ECO LANGKAWI

LOT 1895, Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

6049502236/ 60132549576

info.hangouts@smsintergroup.com

Hangouts Urban + Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik dan Punyai Keunikan Tersendiri

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments