Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Sepanjang pengembaraan AM ke Pulau Langkawi, AM berkesempatan untuk menerokai satu pulau peribadi iaitu Lion Marine Langkawi yang diuruskan oleh Lion Marine Agency. Pulau ini secara rasminya telah dibuka kepada pengunjung dan mula beroperasi pada 4 Februari 2024.

LION MARINE LANGKAWI PELIHARA ALAM SEMULAJADI DAN MILIKI PANTAI YANG INDAH

Sebenarnya Lion Marine merupakan tarikan terbaru di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Singa Besar. Dengan keluasan setengah ekar, Lion Marine dibangunkan namun masih memelihara dan menjaga keaslian alam semulajadi yang memiliki pantai yang bersih dan indah.

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

Malahan Pulau Singa Besar terletak di barat daya Langkawi amat terkenal dengan keindahan tropikanya yang asli, menawarkan pantai berpasir, hutan tebal, dan pembentukan batu kapur berceranggah yang terbentang di seluas 1,572 ekar (636 hektar).

Untuk ke Lion Marine, AM perlu menaiki bot yang disewa dari Jeti Teluk Baru. Perjalanan ke Lion Marine hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja.

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah
Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

Pertama kali menjejakkan kaki ke Lion Marine ini, AM kagum melihat keindahan Pantai yang bersih dan jernih. AM dapati banyak kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya adalah Café Jualan, tandas, pondok-pondok kecil untuk beristirehat dan kelengkapan lengkap untuk Snorkeling.

AKTIVITI MENARIK DI LION MARINE

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh lakukan di Lion Marine Langkawi adalah:

💥Snorkeling

- Jangan risau jika ingin melakukan aktiviti air di sini. Segalanya telah lengkap tersedia. Peralatan untuk menyelam dan jaket keselamatan turut disediakan oleh pihak Lion Marine. AM berkesempatan untuk melihat Terumbu Karang yang terdapat di dasar laut. 

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

💥Mandi manda

💥Bermain buaian dan membina istana pasir

- Di sini juga terdapat buaian yang telah disediakan. Jadi boleh nikmati deruan ombak pantai dan santai bermain buaian. 

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

💥OOTD

💥Beristirehat di pondok-pondok sedia ada

💥Makan dan minum di café yang tersedia

- Jangan risau jika tidak membawa wang tunai di sini. Pembelian melalui QR dan transfer juga turut disediakan bagi memudahkan urusan jual beli. Harga menu sajian di cafe ini juga sangat berpatutan. 

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

💥BBQ disediakan atas permintaan

Terdapat juga perkhidmatan penyediaan menu BBQ. AM berpeluang menikmati sajian ayam panggang, udang panggang, sosej panggang, sotong panggang dan yang paling best ada menu sate tau!

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

PAKEJ MENARIK DITAWARKAN LION MARINE AGENCY

Lion Marine Langkawi ini diuruskan oleh Lion Marine Agency dan pejabat mereka berada berdekatan dengan Jeti Teluk Baru. Terdapat pelbagai pakej menarik bermula dari harga RM 65 sehingga ke Pakej Premium iaitu RM 168.  

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh lah menghubungi En Hisham bin Yen, Pengurus Besar Lion Marine Agency di +6012-434 8400.

Lokasi: Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi

Telefon: +6012-434 8400 (En Hisham bin Yen)

Waktu Operasi: 9.00 pagi sehingga 6.00 petang

Instagram: https://www.instagram.com/lionmarinelangkawi/

Lion Marine Langkawi: Pelihara Alam Semulajadi dan Miliki Pantai Yang Indah

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY


Post a Comment

0 Comments