Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Laksa merupakan menu hidangan yang popular di Malaysia. Malahan Saluran berita antarabangsa CNN pernah menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia itu di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia. Kesedapan Laksa bergantung pada rasa kuah yang mempunyai kombinasi rasa masam, kepedasan dan aroma dan kepekatan kuah sehingga mampu menaikkan selera untuk menikmatinya.

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis

Semasa berkunjung ke Langkawi AM berkesempatan untuk singgah ke Mak Lang Café 1952 Langkawi yang terletak di Kampung Bendang Baru. Café ini turut menyajikan hidangan laksa 7 jenis dengan pelbagai bahan sebagai topping laksa. Sememangnya setiap mangkuk Laksa mempunyai rasa yang berbeza dan keunikan tersendiri.

MAK LANG 1952 CAFÉ LANGKAWI TAWAR HIDANGAN LAKSA UTARA 7 JENIS

Pemilik café ini iaitu En Mohammad Radzi Ismail memaklumkan bahawa nama Mak Lang 1952 Café Langkawi adalah diambil sempena memperingati nama panggilan dan tahun kelahiran ibu beliau. Kuah Laksa yang menjadi ramuan rahsia menjadi warisan turun temurun yang sangat diminati oleh warga setempat.

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Pemilik Mak Lang Cafe Langkawi: En Mohammad Radzi Ismail

Café ini dibuka pada Februari 2023 berikutan dari permintaan yang tinggi dari pelajar Ilham Ceramic Studio dan penduduk setempat yang hadir untuk menyertai Bengkel Kelas Pembuatan Tembikar dan Kraftangan yang turut sama dikendalikan oleh En Radzi.

Antara 7 Laksa yang dihidangkan di sini adalah:

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Biasa (Telur Rebus Sebiji) : RM 10

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Telur Goreng (Telur Mata) : RM 10

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Udang (Telur Sebiji + Udang 2 ekor) : RM 12

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Sambal Sotong (Telur Sebiji + Sambal Sotong) : RM 12

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Isi Ketam (Telur rebus Sebiji + Isi Ketam 3 batang) : RM 12

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Siput Kepah (Telur Rebus Sebiji + Isi Kepah)

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Laksa Campur (Telur Sebiji, Isi Ketam 2 potong, Sambal Sotong dan Udang 2 ekor)

Terdapat juga menu sajian lain yang sering mendapat permintaan tinggi seperti seperti Nasi Putih Udang Masak Lemak dan Nasi lemak Udang Petai.

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis
Nasi Putih Udang Masak Lemak (Udang masak lemak 3 ekor, Ikan goreng seekor dan ulaman)

Selain itu, kuih muih tradisional yang dijual dengan harga 50 sen sebiji turut dijual di sini. Dadih cuma dijual dengan harga RM 3 dan Kek per slice dengan harga RM 7. 

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis

ILHAM CERAMIC STUDIO.

Kelas Bengkel kraftangan dan Kelas Membuat Tembikar terletak bersebelahan Mak Lang 1952 Café Langkawi. En Radzi merupakan salah seorang tenaga pengajar yang turut sama mengajar Kelas Tembikar sejak tahun 2020.

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis

Malahan terdapat juga kedai yang menjual hasil kraftangan dan tembikar yang begitu unik dan menakjubkan. Setiap barangan yang terhasil mempunyai keunikan dan identiti tersendiri. Sehingga kini, Kelas Pembuatan Tembikar dan Kraftangan masih beroperasi dan pendaftaran dibuka bagi yang berminat untuk mempelajarinya.

MAKLANG 1952 CAFÉ LANGKAWI

No 33 (150A), Kg. Bendang Baru,

Kampung Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Dibuka 8 pagi hingga 6 petang setiap hari (kecuali Jumaat)

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/xHZk7pcPpUp74R9Y8

IG: https://www.instagram.com/maklang1952

Mak Lang 1952 Café Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 jenis


SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments