Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama
menyertai Majlis Program ‘The Flavors of Festivity: Epicurean Delights for Raya’
dan sambutan Pre-Ramadan yang dianjurkan oleh California Raisins.
Program yang berlangsung di Texture by C3 Lab di Atria
Shopping Mall mengetengahkan kebaikan dan kelebihan California Raisins, bersesuaian
dengan Ramadan dan juga sambutan Hari Raya yang akan datang.
MERIAHKAN RAMADAN DAN HARI RAYA BERSAMA CALIFORNIA RAISINS

California Raisins mengandungi banyak khasiat untuk Kesihatan
kerana ianya mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa. Malahan ianya merupakan
gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak
& kolesterol. California Raisins semestinya ialah snek yang sihat dan boleh
menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek.
RESIPI MASAKAN BERASASKAN CALIFORNIA RAISINS - RASA YANG MANIS SEMULAJADI

Sepanjang program berlangsung, AM berpeluang melihat sendiri
demonstrasi masakan kulinari dengan menggunakan California Raisins. Inovasi
kreatif ini dihasilkan oleh dua orang tukang masak pastri yang terkenal di
Malaysia menggabungkan rasa kotemporari dan tradisional iaitu Chef Aison dan
Chef Lawrence Bobo.
Pelbagai menu sajian masakan menarik terhidang hasil kombinasi bahan California Raisins yang pastinya nampak menyelerakan.


DEMONSTRASI OLEH CHEF AISON

Chef Aison merupakan seorang pakar roti yang mahir dengan
latar belakang masakan yang pelbagai, dan terkenal dengan kreativitinya dalam
menghasilkan roti yang dibakar dengan cukup baik. Beliau menggunakan bakatnya
untuk mencipta beberapa pastri California Raisins yang unik termasuk California
Raisin Hazelnut Babka, California Raisin Kouign-Amann, dan California Raisin
Carrot Cinnabon.
DEMONSTRASI OLEH CHEF LAWRENCE BOBO

Chef Lawrence Bobo pula dikenali sebagai 'The Mad Scientist'
kerana pandangan uniknya tentang pastri dan kuih-muih. Beliau menggunakan
bakatnya untuk menghasilkan hidangan manis termasuk California Raisin Apple
Tarte Tatin, Kek Oren Coklat Kismis California dan California Raisin Vanilla
Petit Gateau.
MENU SAJIAN BERASASKAN CALIFORNIA RAISINS
Antara menu sajian yang AM cuba adalah:
PEMBUKA SELERA

💥California Raisin & Calamansi Spritzer, dan California
Raisin Waldorf Salad.
AM sangat sukakan menu pembuka selera ini dengan kombinasi rasa Smokey Duck yang enak ditambah pulak dengan California Raisins yang manis.
MENU UTAMA

💥Smoked California Raisins Beef Brisket, California Raisins
Briyani Rice, dan juga California Raisins Sambal with Fried Quail Eggs.
Semestinya Nasi Beriani yang dipadukan dengan California Raisins ini sangat sedap. Satu kombinasi yang menarik bila Brisket Beef dan Sambal Quail Eggs dikombinasikan dengan California Raisins. Tak perlu lagi tambah gula atau asam kerana rasa dari California Raisins ini menyatu dalam masakan.
MANISAN


💥California Raisin Apple Tarte Tatin
💥California Raisin Chocolate Cake dan California Raisin
Vanilla Cake
Sepanjang program berlangsung, AM berasa teruja dengan hasil gabungan California Raisins ke dalam menu masakan terutama ketika menjelang Hari Raya. Sebagai pemanis semulajadi dan snek mudah, California Raisins selaras dengan aspirasi orang ramai yang mana mementingkan kesihatan.
Malahan AM sempat
mencuba Mlik Shake yang digabungkan bersama California Raison yang semestinya
akan memberi tenaga ketika menjalani ibadah bulan puasa nanti.

Acara Flavors of Festivity adalah lebih daripada pameran kulinari yang meraikan gaya hidup seimbang dan ceria yang disokong oleh California Raisins. Selepas melihat pameran kulinari ini AM terinspirasi untuk meraikan perayaan hari Raya dengan kemanisan semula jadi California Raisins.
CALIFORNIA RAISINS
Website : https://caraisins.com/
Fecebook : https://www.facebook.com/racasean/
Instagram : https://www.instagram.com/california.raisins.asean/
0 Comments