Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Selalunya untuk penginapan, AM sentiasa memilih penginapan dengan suasana kampung yang selesa,mendamaikan sambil menikmati keriangan kicauan burung di pagi hari. Tambah menarik kalau penginapan yang siap ada kolam renang. 

PAK RAJA VILLAS PENGINAPAN SELESA DENGAN SENTUHAN KLASIK INDAH

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

Sepanjang berada di Pulau Langkawi, AM berkesempatan menginap di Pak Raja Villas. Pertama kali menjejak kaki ke sini, AM rasa damai dengan pemandangan indah sawah pagi dan berlatar belakangkan Gunung Raya dan Gunung Mat Chinchang.

Lokasi Pak Raja Villas agak strategik berhampiran dengan Pusat Bandar Langkawi. Malahan ianya Cuma mengambil masa 15 minit berjalan kaki dari Pasar Malam Ulu Melaka.

PENGINAPAN DAN FASILITI PAK RAJA VILLAS

Pak Raja Villas mempunya 10-unit rumah yang siap sedia untuk didiami. AM sangat sukakan dekorasi perabot di dalam setiap unit. Setiap unit mempunyai ruangan tamu yang luas lengkap dengan perabot sofa kayu, TV, kipas dan penghawa dingin.

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

Malahan terdapat bilik air peribadi bagi setiap bilik bagi satu-satu unit. Yang paling AM suka adalah bahagian dapur yang serba lengkap siap dengan meja makan. 

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

Selain itu terdapat kelengkapan dapur seperti mikrowave, cerek elektrik, pembakar, peti sejuk dan perkakasan pinggan mangkuk. Sangat sesuai bagi yang ingin menginap bersama keluarga dengan kelengkapan yang serba lengkap ini.

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

Ruangan tempat letak kereta juga banyak kerana halaman pintu masuk ke Pak Raja Villas sangat luas. Sangat sesuai juga untuk dijadikan ruang untuk sebarang acara atau majlis di halaman yang luas ini. 

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

KOLAM RENANG

Terdapat kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa di sini. Malahan suasana lebih santai dengan meja kerusi yang tersedia untuk duduk lepak selepas mandi manda. AM sempat juga lepak mandi manda sambil makan burger yang dibeli kawasan kampung. Memang best mandi kolam renang dengan adanya suasana kampung.

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah
Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

LANDSKAP PERSEKITARAN

AM sangat sukakan kawasan persekitaran Pak Raja Villas ini yang dipenuhi dengan kehijauan pohon, kolam teratai dan jambatan yang unik dan klasik. 

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

PAK RAJA VILLAS

Lot 690, Paya Keli, Kampung Padang Gaong,

Mukim Ulu Melaka, 07000 Ulu Melaka, Kedah

IG: https://www.instagram.com/pakrajavillas/

FB: https://www.facebook.com/pakrajavillas/

Pak Raja Villas Penginapan Selesa Dengan Sentuhan Klasik Indah

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments