Untuk edisi Pengembaraan bersama
AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi
yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.
Taman Agro Teknologi MARDI
Langkawi yang seluas 35 hektar dan di bawah tanggungjawab kerajaan Malaysia
khusus untuk penyelidikan pertanian, tetapi membuka sebahagian daripada ladang
buahnya untuk menunjukkan kepada pelancong kaedah pertanian moden yang
digunakan di Malaysia.
Terdapat lebih 20 jenis buah
tropika organik, termasuk buah sitrus, mangga, nangka, rambutan, satu-satunya
anggur tempatan Malaysia dan banyak lagi. Malahan kita berpeluang untuk merasai
jenis buah yang ditanam di sini.
PENGALAMAN LAWATAN TEROKAI TAMAN AGRO TEKNOLOGI MARDI LANGKAWI
Banyak aktiviti dan tempat-tempat
menarik yang AM lakukan sepanjang lawatan mengelilingi Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi dengan menaiki trem selama 2 jam lebih.
Bagi yang ingin melakukan lawatan trem, AM sarankan untuk datang berkunjung dan
mengadakan lawatan pada awal pagi kerana cuaca waktu tersebut tidak terlalu
panas.
HARGA TIKET
Pengunjung diingatkan untuk
menyediakan wang tunai kerana pembayaran tiket hanya diterima melalui tunai dan
tiada pembayaran elektronik tersedia.
TIKET
WARGANEGARA MALAYSIA
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM5.00
TIKET WARGA
ANTARABANGSA
Dewasa: RM30.00
Kanak-kanak: RM15.00
Antara aktiviti-aktiviti yang
sempat AM lakukan adalah:
BERPELUANG MENANAM POKOK BUAH AJAIB
Aktiviti pertama yang kami
lakukan di sini adalah menanam pokok buah Ajaib yang dikenali dengan nama
saintifiknya iaitu Synsepalum dulcificum. Buah Ajaib juga agak mudah ditanam kerana
ianya dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis
semulajadi.
Uniknya buah Ajaib ini mempunyai
rasa "Tawar" sahaja akan tetapi
boleh menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa
manis. Dalam pada itu kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas
makan buah tersebut.
FLYING FOX
Flying Fox adalah aktiviti yang
menguji keberanian dan kemampuan mengambil keputusan peserta. Peralatan
keselamatan seperti tali statik, helmet dan harness amat diperlukan. Kesemua
peralatan-peralatan ini ditunjukkan
kepada AM supaya AM dapat mengenali peralatan-peralatan aktiviti Flying Fox
lebih dekat dan lebih terperinci. Seterusnya, sebelum aktiviti Flying Fox ini
bermula, sesi taklimat harus diadakan untuk menerangkan tentang peralatan aktiviti Flying Fox dan langkah
keselamatan.
Untuk ke Menara Pemerhati 4
Tingkat, AM akan menaiki tangga yang disediakan sehingga ke Pelantar. Dari Pelantar,
staff yang terlatih akan melakukan pemeriksaan ulang pada harness dalam
memastikan ketahanan pada peralatan yang telah dipasang.
Walaupun AM pernah melakukan
aktiviti Flying Fox sebelum ini, namun AM tetap merasa gementar kerana
sememangnya AM memang takut pada ketinggian. Apalagi setelah aktiviti Flying
Fox bermula, memang bergema satu Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi ini dengan
suara jeritan AM.
MEMBERI MAKAN IKAN AIR TAWAR
Dari lokasi tempat AM melakukan aktiviti Flying Fox,
terdapat kolam air tawar. Terdapat pelbagai spesies ikan terutamanya Keli
Gergasi. Malahan AM berpeluang untuk memberi makan ikan di Tasik Air Tawar ini.
Makanan untuk ikan telah dikhaskan dan boleh didapati dengan harga RM 3 bagi
satu pek.
LAWATAN MENAIKI TRAM
AM mengelilingi Taman Agro Teknologi
MARDI Langkawi dengan menaiki trem selama 30 minit. Trem akan membuat beberapa
perhentian memberi panduan untuk menerangkan projek semasa atau jenis
buah-buahan, sayur-sayuran dan herba tertentu. Perhentian termasuk taman
anggur, rumah hijau dengan dan madu yang dikumpulkan daripada lebah tanpa
sengat.
Sepanjang menaiki trem ini, AM dapati dikelilingi oleh pokok kelapa, pokok pisang, kolam air tawar dan berpuluh-puluh spesies tumbuhan lain. AM dapat temui jenis buah-buahan baharu dan mempelajari ciri-ciri perubatan tradisional herba tempatan.
MENIKMATI BUFFET BUAH-BUAHAN SEGAR
Buffet Buah-buah segar semestinya
sesuatu sajian yang dinantikan setelah lawatan. Pelbagai buah-buahan yang dihidangkan dan boleh
dicuba. Antaranya adalah buah nangka madu, Limau Bali, Mangga, tembikai, betik,
nanas dan pisang.
INFO TAMBAHAN DAN TERKINI
MARDI Langkawi akan melaksanakan program Replanting (Green Tourism) bagi Minggu Hijau Langkawi 1.0. Program terbuka kepada semua pada 26 Mei 2024 ini. Banyak program yang menarik yang akan di adakan berkaitan pertanian dan kehijauan.
Paling menarik, peluang bagi sesiapa yang ingin membina moment kenangan di Langkawi, boleh bersama sama menyumbang bagi program penghijauan semula ini dengan hanya membeli pakej serendah RM150 sahaja dan nama anda akan di abadikan bersama pokok yang di sumbangkan.
Memang menggamit kenangan bila datang ke Langkawi sekali lagi dan boleh tunjukkan kepada kawan kawan dan keluarga pokok yang telah disumbangkan terpelihara dan dijaga baik. Apa lagi, jom sama sama ambil bahagian menghijaukan kembali bumi
kita ini. Replanting, Go Tourism untuk Minggu Hijau Langkawi.
Untuk berkunjung ke Taman Agro Teknologi
MARDI Langkawi, boleh datang pada waktu, masa dan boleh hubungi detail yang
tertera.
Waktu Operasi Sabtu-Khamis: 8.30 am – 5.00 pm
JUMAAT: TUTUP
Agro Technology Park
MARDI Langkawi,
Jalan Padang Gaong,
Lubuk Semilang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon +604-9600 600
Website: https://www.lada.gov.my/taman-agroteknologi-mardi-langkawi/
SEKALUNG PENGHARGAAN:
Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba
ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays
dan disokong oleh KembaRojak.
Pakej Nature-Based Travelers 2MY
diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai
Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan
tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.
Hubungi nombor/e-mel di bawah
untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.
QTT GROUP PLT
Telefon: +60174079734
atau +60193036008
E-mel: qttgroup.management@gmail.com
0 Comments