Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park
Salah satu yang menjadi tarikan di Pulau Langkawi dan wajib dicuba adalah Langkawi Adventure and Xtreme Park. Lokasinya di Kilim ini telah dinobatkan sebagai Taman Warisan Dunia oleh UNESCO. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah ATV Jungle Ride, Jungle Horse Riding, Flying Fox, Indoor Go-Kart, Paint Ball, Archery, 7D Motion Cinema dan Langkawi Sky Bike.

PENGALAMAN MELAKUKAN AKTIVITI LASAK DI LANGKAWI ADVENTURE AND XTREME PARK

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

Pelbagai pakej menarik mengikut permainan lasak dengan harga yang sangat berpatutan. Sepanjang berada di Langkawi Adventure and Xtreme Park, AM sangat teruja kerana berpeluang mencuba aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan mental AM. Antara aktiviti yang sempat AM cuba adalah:

ATV JUNGLE RIDING

Bagi AM yang dah biasa menaiki ATV di setiap penggembaraan AM, laluan ini agak biasa dan santai. Melalui kawasan hutan yang dah siap dengan trek yang hanya dikhaskan untuk penunggang ATV sahaja. Bergerak dalam kumpulan memang meriah dan berpeluang melihat kehijauan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sepanjang laluan ATV.

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

Ada juga haiwan seperti kerbau yang bebas berkeliaran juga mengundang keterujaan team kami untuk melihatnya. Masa yang diambil untuk menghabiskan setiap laluan trek ATV adalah kira-kira 30 minit.

LANGKAWI SKY BIKE

Untuk makluman, Langkawi Sky Bike merupakan Sky Bike yang pertama terpanjang di Malaysia dengan jarak 150 meter. Aktiviti agak menakutkan AM kerana AM sangat takutkan ketinggian namun atas pujukan AM pun mencuba juga.

AM perlu menggunakan tangga untuk menaiki ke puncak Menara yang membolehkan aktiviti Sky Bike dilakukan. Dari puncak Menara tengok ke bawah pun AM dah rasa seram. Sebelum aktiviti Sky Bike dilakukan, AM dipakaikan ‘harness safety equipment’ sebagai Langkah keselamatan.

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

AM perlu mengayuh basikal yang digantungkan di atas kabel. Kuat AM genggam erat ‘Handle Basikal’ siap macam-macam doa AM baca sepanjang laluan dari satu Menara ke satu Menara. Mengayuh basikal di atas langit sangat mencabar meskipun terdapat jaring di bawahnya. Untuk melakukan aktiviti ini hanya berat antara 45 kg sehingga 90 kg sahaja dibenarkan.

Walaupun mengambil masa kira-kira 15 minit untuk selesai mengayuh basikal dengan jarak 150 meter di antara dua Menara namun bagi AM terasa sangat lama. Alhamdulillah AM berjaya melakukan aktiviti ini (dah selesai baru rasa roh kembali ke jasad. Kalau tak, roh AM dah pergi ke mana entah!)

INDOOR GO-KART

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

Ini merupakan pertama kali AM melakukan aktiviti Go Kart. Indoor Go Kart ini melakukan Go Kart pertama di Langkawi yang dilakukan di dalam kawasan berbumbung. Untuk menyelesaikan aktiviti ini mengambil masa kira-kira 10 minit. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama AM memandu Go Kart, namun jangan risau kerana ada bimbingan tunjuk ajar dari staff yang terlatih.

ARCHERY

Aktiviti memanah ini merupakan tuntutan sunnah Nabi Muhammad SAW dan sangat menarik untuk dicuba. Sebenarnya, memanah sebenarnya bukan saja dapat melatih fizikal malahan aktiviti memanah ini turut mendidiknya daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah.

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

Ini kerana sekiranya emosi seseorang berada dalam keadaan tertekan, panik dan marah, sudah tentu tumpuannya akan terjejas, manakala pemikiran mudah tersasar. Sangat bagus untuk melatih kita sentiasa focus dan tenang serta kawalan nafas yang betul semasa memanah ini.

KATA ALONGMURNI

Secara peribadi, AM sangat sarankan bagi yang datang berkunjung ke Pulau Langkawi untuk singgah ke Langkawi Adventure & X-Treme Park untuk merasai sendiri keseronokan, keterujaan dan cabaran dalam melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di sini.

LANGKAWI ADVENTURE & X-TREME PARK

Lot. 1453, Kampung Kilim, Jalan Ayer Hangat, Langkawi, 07000, Malaysia.

+60177756460

ecofunparklgk@gmail.com

Pengalaman Melakukan Aktiviti Lasak di Langkawi Adventure and Xtreme Park

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments