Pengembaraan dan Penerokaan AlongMurni Ke Pulau Langkawi

 

Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau. Semestinya Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan semula jadi dan lagenda yang menjadi destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.

PENGEMBARAAN DAN PENEROKAAN ALONGMURNI KE PULAU LANGKAWI

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

AM memilih Pakej Nature-Based Travelers 2MY yang diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola Global Travel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Menariknya adalah dalam pakej ini, AM berpeluang melawat lokasi-lokasi tempat yang menarik di samping belajar tatacara hidup masyarakat setempat. Malahan terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang disarankan seperti

💥mendaki bukit dan menerokai gua

💥melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti ATV, flying fox, go kart, dan lain-lain

💥berpeluang melakukan aktiviti sukan air seperti Snorkeling dan menaiki bot melawat keindahan hutan bakau

Semua peserta yang terlibat termasuk AM berkumpul di LRT Gombak pada jam 10 malam. Pihak QTT Group Plt telah menyediakan kenderaan untuk ke Pulau Langkawi iaitu Van 16 Seaters bagi memudahkan perjalanan kami ke sana. Van menghantar kami sehingga ke Jeti Kuala Perlis. Kemudiannya kami akan menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi.

Perjalanan ke Jeti Kuala Perlis mengambil masa kira-kira 8 jam kerana berlaku kesesakan lalu lintas memandangkan cuti sekolah bakal berakhir. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 6.30 pagi. 

PENGANGKUTAN MELALUI AIR MASUK KE PULAU LANGKAWI.

QTT Group Plt menyarankan untuk masuk ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis kerana terletak lebih dekat dengan Pulau Langkawi menjadikan jarak perjalanan feri lebih cepat berbanding Jeti Kuala Kedah. Feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi hanya mengambil masa 55 minit sahaja. Kami menaiki feri pada jam 7.00 pagi. 

Keadaan dalam feri agak selesa. Malahan terdapat jaket keselamatan tersedia di bawah kerusi setiap tempat duduk penumpang yang boleh digunakan jika sebarang kecemasan berlaku. 

Untuk makluman Harga Tiket Kuala Perlis ke Pulau Langkawi adalah seperti berikut:

JENIS PENUMPANG HARGA TAMBANG
Dewasa (Warganegara) RM 21.00
Kanak- Kanak (Warganegara) RM 16.00
Dewasa (Penduduk Langkawi) RM 15.00
Kanak-Kanak (Penduduk Langkawi) RM 10.00
Orang Kurang Upaya (OKU) RM 10.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) RM 13.00
Dewasa (Bukan Warganegara) RM 27.00
Kanak-Kanak (Bukan Warganegara) RM 19.50


TERMINAL JETI KUAH

Kami tiba seawal jam 8.00 pagi di Terminal Jeti Kuah. AM rasa teruja bila dapat melihat laut dan melihat matahari terbit ketika feri mula berlabuh. 

Di Terminal Feri Kuah juga telah tersedia troli bagi memudahkan untuk mengangkat beg keluar masuk. Tengok beg AM cuma ada dua sahaja. Harap sepanjang 5 hari 4 malam beg ini tidak 'beranak pinak'. Dalam kepala otak dah fikir dah nak beli coklat, minyak gamat dan cenderamata lain di Langkawi!

Dari Terminal Jeti Kuah dapat juga melihat mercu tanda Langkawi iaitu Burung Helang, keindahan bandar Kuah, dan lautnya yang begitu memukau pandangan.

Setibanya di Terminal Jeti Kuah, kami disambut oleh pihak QTT Group Plt dan Kola Global Travel Sdn Bhd. Sebelum bertolak ke lokasi seterusnya, kami diberi penjelasan program sepanjang 5 hari 4 malam di Pulau Langkawi.

Nantikan perkongsian AM selanjutnya di Pulau Langkawi dan Pulau Tuba berkaitan lokasi penginapan, tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti menarik yang AM lakukan dan juga lokasi tempat makanan yang sedap AM kunjungi.

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan 
Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments