Edisi Khas : Set Pengurusan Jenazah KAF Digital Media

 

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita yang masih hidup ini dalam menghadapinya. Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah ini.

Di mana kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

Surah al-Nisa’ 4: 78


SET KAIN KAFAN EDISI DATO' KAZIM ELIAS

'SATU RUMAH SATU KEPERLUAN'

Edisi Khas : Set Pengurusan Jenazah KAF Digital Media

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Set Kain Kafan Edisi Dato’ Kazim Elias yang bertempat di Restoran Ketam Viral, Bangi.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Kazim Elias juga menegur segelintir masyarakat yang mengambil sikap tidak ambil tahu, memandang enteng, atau tidak merasa terpanggil untuk membantu menguruskan jenazah dalam kariah mereka. 

Mereka menganggap tugas menguruskan jenazah adalah tugas dan tanggungjawab imam, bilal dan siak melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dan mereka fikir mereka tidak perlu melibatkan diri dalam perkara tersebut.

Edisi Khas : Set Pengurusan Jenazah KAF Digital Media

Secara peribadi AM sangat bersetuju dengan kenyataan Dato’ Kazim Elias kerana AM sendiri saksikan bila  setiap kali berlaku kematian, ramai ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai datang menziarahi jenazah. Namun di kalangan mereka, ada yang membaca surah yasin dan bertahlil. Tetapi ramai yang hanya duduk dan menunggu, sambil berbual-bual.

Alangkah baiknya kalau kita sama-sama membaca Al-Fatihah, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi ataupun sama-sama membantu menguruskan jenazah, dari tugas memandi, mengkafan, menyembahyang, menggali lubang kubur serta lain-lain tugas yang berkaitan.

Menyedari bahawa kurangnya pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah, KAF Digital Media, mula mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk jualannya.

Edisi Khas : Set Pengurusan Jenazah KAF Digital Media

Membawa tagline "satu rumah, satu keperluan", KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.

Pengeluaran sebanyak 1,500 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato' Mohammad Kazim Elias bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Edisi ini menampilkan pendakwah bebas, Dato' Kazim Elias sebagai jurucakap.

Edisi Khas : Set Pengurusan Jenazah KAF Digital Media

Menariknya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. la juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan.

Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com

Syarikat KAF Digital media ditubuhkan pada tahun 2023 diasaskan oleh tiga orang anak muda iaitu Khairul Manaf, Anas Abd Rahman dan Fawzan Ismail. Setiap pengeluaran dikeluarkan sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfield, Sg. buloh.

Edisi Khas : Set Pengurusan Jenazah KAF Digital Media

KAF Digital Media juga membuka jualan secara OEM dimana jika terdapat mana mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfakan set pengurusan jenazah.


Post a Comment

0 Comments