Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

PENGALAMAN MENEROKAI GUA WANG BULUH DI PULAU TUBA

Sepanjang berada di Pulau Tuba, AM menggunakan motosikal yang disewa dengan harga RM 20 sehari termasuk minyak. AM tidak melepaskan peluang untuk mendaki dan menerokai Gua Wang Buluh sepanjang berada 3 hari 2 malam di Pulau Tuba. Aktiviti pendakian ini turut mendapat bantuan sebagai penunjuk arah daripada Team BesTuba. 

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

AM menginap di Tuba Island Cottage. Jadi perjalanan cuma mengambil masa 5 minit dengan menggunakan motosikal untuk ke Gua Wang Buluh. Kami memulakan pendakian pada sebelah petang iaitu selepas menunaikan solat Asar.

Pendakian kali ini agak santai namun keselamatan diri tetap harus diberi keutamaan. Sepanjang laluan untuk ke Gua Wang Buluh, terdapat denai yang telah tersedia dengan laluan bertangga dan denai yang berbatu. Sesekali AM akan berhenti berehat sambil menikmati pemandangan kehijauan hutan yang masih terpelihara.

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau TubaPengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

Sebelum sampai ke Gua Wang Buluh terdapat pelantar kayu sebagai penanda aras AM telah hampir tiba ke Gua Wang Buluh. Gua ini berada pada ketinggian 110-meter dari permukaan laut dan dikatakan antara binaan semulajadi gua yang tertua di Malaysia yang terbentuk sejak jutaan tahun lalu.

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

Terdapat pelbagai stalaktit, stalagmit dan tiang tirai batu. Batuan yang cantik disuluhi cahaya dan yang istimewa, dipenghujung gua ada batuan yang di gelar "The Praying Man" (iaitu batuan persis ‘Guan Yin’). 

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba
Batuan membentuk The Praying Man (sama persis seperti Guan Yin)

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

Terdapat beberapa juraian akar ficus(spesis jejawi) yang menjulur turun dari bumbung gua dan suluhan cahaya dari lubang2 diatasnya menambahkan cantik batuan yang terkena sinaran. Gua ini dikatakan antara dua gua persembunyian penduduk semasa era pendudukan Jepun.

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

Jika mendongak ke lelangit gua, AM dapat lihat himpunan kawanan kelawar. 

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

Tips Penting: Jika terlibat sebarang pendakian atau penerokaan, sila bawa plastik sampah bersama bagi mengisi sampah yang ditelah digunakan atau turut sama mengutip sampah terbiar bagi memastikan keindahan alam semulajadi terpelihara. 

Pengalaman Menerokai Gua Wang Buluh di Pulau Tuba

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments