Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk singgah menjamu selera dan mencuba menu Steakhouse Halal
Premium di Restoren Kay’s Steak & Lobster yang baru dibuka di Elmina Temu, Shah
Alam. Secara peribadi, AM sukakan konsep kasual “semi fine dine” yang nampak
eksklusif dan premium.
KAYS STEAK &
LOBSTER BUKA CAWANGAN KE 4 DI ELMINA TEMU

Restoren yang menyajikan menu
stik dan udang kara premium ini, kini melebarkan sayap dengan pembukaan
cawangan ke-4 di Elmina Temu, Shah Alam. Lokasi Elmina menjadi pilihan kerana
ia menepati sasaran pelanggan Kays Steak &Lobster yang berada di pinggiran
bandar Lembah Kelang yang sedang rancak membangun serta berpendudukan padat,
kurang persaingan dan mempunyai kuasa beli yang besar.

Majlis perasmian Restoran Kay’s
Steak & Lobster cawangan ke-4 di Elmina ini turut sama dihadiri oleh
penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahira.
.jpeg)
![]() |
Set Lobster Garlic Butter |
![]() |
Set Ribeye |
![]() |
Set Beef Wellington |
Tambah Aizuddin, pemilihan lokasi
setiap Restoren Kays Steak & Lobster yang berada di kawasan pinggiran
bandar berbanding berada di tengah tengah Kuala Lumpur kerana ia adalah salah
satu strategi untuk mengurangkan kos operasi dan juga strategi untuk bertahan
lama dan juga kekal di pasaran.
Kay’s Steak & Lobster yang
sudah beroperasi lebih 10 tahun telah mendapat pengiktirafan sijil halal dari
Jakim menyajikan hidangan popular atau pilihan ramai seperti Udang Kara, Stik
dan juga Beef Wellington. Cawangan pertama yang dibuka pada tahun 2014 adalah
di Putraheight.
Apa yang menarik dan istimewanya
tentang hidangan di sini, udang kara yang di hidangkan diimport dari Boston
atau Canada secara hidup bukannya sejuk beku, begitu juga daging stik di import
dari Australia iaitu daging jenis premium seperti daging dari pembekal
Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat sangat juicy serta tidak
dibekukan dan yang penting terjamin halal.
Hidangan stik di Kay’s Steak
& Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula dengan RM130 untuk stik ribeye manakala untuk hidangan
lobster setiap hidangan berharga di antara RM 300 dengan berat lobster antara
700 ke 800 gram.
Kay’s Steak & Lobster adalah
lokasi makan seisi keluarga termasuklah mereka yang mempunyai anak kecil dan
seringkali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan detik gembira
seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.
Menurut Aizuddin, restoren Kay’s
Steak & Lobster bakal membuka satu lagi cawangan baru di KLGCC, Kuala
Lumpur pada bulan Ogos ini dengan sedikit konsep yang berbeza dan mula
mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun
pertama 2026.
Bagi anda yang berminat untuk
mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan ,sila ikuti maklumat lanjut di https://www.kaysteaklobster.com
WAKTU OPERASI
(DIBUKA SETIAP HARI)
Isnin-Khamis: 12pm-11pm
Jumaat: 4pm - 11pm
Sabtu - Ahad: 11am -
11pm
LOKASI KAY’S STEAK
& LOBSTER
PUTRA HEIGHTS,
SUBANG JAYA
25-G, Jalan Putra
Mahkota 7/6B,
Putra Heights, 47650
Subang Jaya, Selangor
LIBERTY ARC,
AMPANG
B3-7, Arc @ Ampang
Ukay,
Persiaran Ampang
Ukay,
68000 Ampang,
Selangor
IOI CONEZION,
PUTRAJAYA
B-G-06, Ground Floor,
IOI Conezion,
Persiaran IRC 3, IOI
Resort City,
62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor
TEMU, ELMINA
27-G, Jalan Eserina Y
U16/Y,
Elmina Business Park,
40160 Shah Alam,
Selangor
1 Comments
Aduhai...sedapnya Kays & Steak..yang area KL ni pun tak pi lagi...
ReplyDelete