Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2025
yang menjadi salah satu pilihan AlongMurni (AM) adalah menu sajian berbuka
puasa di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dengan tema Laman Tradisi.
Kemeriahan kedatangan bulan Ramadhan
yang penuh barakah kali ini, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) kembali dengan
bufet istimewa bertemakan ‘Laman Tradisi’, yang akan berlangsung dari 7 hingga
28 Mac 2025, setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam
‘LAMAN TRADISI’
BUFFET RAMADAN 2025 DI WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)

Setiap hidangan yang disajikan
diutamakan dengan kualiti dan cita rasa yang unggul, dengan itu WTCKL dengan
bangga mempersembahkan kehebatan pasukan kulinari kami, yang diketuai oleh Chef
Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, bagi menyajikan hidangan istimewa yang
pastinya akan membuka selera untuk berbuka puasa di sini.
WTCKL menyediakan lebih 300 jenis
hidangan istimewa tahun ini dengan 5 rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi
kampung dengan keunikan kepelbagaian citarasa Malaysia. Seleksi menu
menampilkan ikan patin tempoyak; gulai udang; daging rendang minang; kambing
goreng berempah; ketam masak kam heong; gulai kawah daging; lala & kerang
masak sambal; kupang goreng lada hitam dan sotong sambal petai.
Selain itu, terdapat 16 gerai
yang menghidangkan aneka juadah berbuka puasa merangkumi aneka sup berempah,
aneka kerabu, kambing panggang, masakan western, rojak, apam balik, kudapan dan
pelbagai jenis minuman. Tidak dilupakan hidangan paling popular kami yang
sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu bubur lambuk istimewa WTCKL.
Kembali atas permintaan ramai,
WTCKL berbesar hati menampilkan Nasi Kandar Saddam yang cukup popular di Kuala
Lumpur. Ia menjadi sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan ayam
goreng bawang dan daging masak hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur
rebus dan sayur pilihan. Selain itu, menu istimewa dengan Nasi Mandy dan Kunafa
dari restaurant Mandy Al Yemen.
Harga buffet Ramadan dengan
promosi Early Bird akan dijual pada harga RM118 nett seorang, manakala harga
asal bufet ramadan Laman Tradisi adalah RM148 nett seorang. Bagi warga emas dan
kanak-kanak harga standard iaitu RM85 nett seorang. Baucar pembelian awal boleh
dibeli secara langsung dari Restoran Riverside, atau hubungi talian 03 2614
6701/6702 atau klik pada pautan berikut https://riverside.wtckl.com/
Jika anda merancang untuk berbuka
puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menawarkan pilihan pakej berbuka
puasa korporat untuk dewan banquet. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik
VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system dan skrin LED. Harga bermula
RM158 nett dengan minimum 200 pax.
Paling istimewa, WTCKL
menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan selesa di Surau Ar-Rahman,
lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta Imam yang mengetuai solat Jemaah
bagi waktu Maghrib, Isyak dan Tarawih. Sebagai kemudahan tambahan, caj tempat
letak kereta semasa bulan Ramadan dikenakan pada kadar rata RM5 nett untuk
kemasukan selepas jam 5 petang.
RAIKAN RAMADAN LESTARI BERSAMA WTCKL
Eksklusif pada Ramadan ini,
raikan bulan suci ini dengan lebih lestari dengan 'Tiffin Carrier' WTCKL
berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala saiz
besar berdimensi 16cm pada harga RM79. Setiap tahun WTCKL turut mempunyai edisi
terhad yang juga bersaiz 12cm pada harga RM69 sahaja.

Dengan pembelian tiffin, tetamu
boleh membawa pulang makanan di buffet ramadan kami selepas waktu berbuka
puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah
untuk bersahur. Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu
Generic series, Ramadan series dan Batik series.
PERIHAL WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merupakan Ahli Akreditasi Premier World Trade Centers Association (WTCA) yang merupakan pusat Acara Perniagaan terkemuka di Malaysia. Terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur, WTCKL menawarkan kemudahan tanpa tandingan yang direka khas bagi hubungan global dan kemajuan ekonomi.
Infrastruktur
modennya termasuk dewan pameran yang luas, bilik persidangan yang serba guna
serta pejabat yang mempunyai khidmat moden, memenuhi pelbagai keperluan
perniagaan dan mendorong inovasi. Selain kemudahan fizikal, WTCKL menyediakan
perkhidmatan perdagangan menyeluruh yang merangkumi perhubungan perniagaan dan
acara rangkaian, semua bertujuan untuk meningkatkan hubungan perniagaan global
dan memacu pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldtradecenterkl.com
0 Comments