“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

 

Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2025 yang menjadi salah satu pilihan AlongMurni (AM) adalah menu sajian berbuka puasa di Santa Grand Signature Kuala Lumpur dengan tema Sajian Serantau.

Santa Grand Signature Kuala Lumpur (SGSKL) menawarkan sajian Istimewa yang menggabungkan hidangan tempatan dan antarabangsa. Keunikan ini akan ditonjolkan dalam setiap masakan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

“SAJIAN SERANTAU” BUFFET RAMADAN 2025

DI SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR.

“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

Di SGSKL, ini adalah waktu yang terbaik untuk keluarga dan sahabat berkumpul dalam menyambut bulan yang mulia. Bagi membangkitkan kehangatan rasa masakan dari rumah, dan juga menghormati tradisi makanan dari seluruh pelusuk negara, sajian-sajian yang disediakan dari pihak hotel disediakan dengan sempurna.

“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

Tarikan keistimewaan sajian kali ini sudah sementinya tertumpu pada hidangan utama iaitu Kari Ikan Tanjung Dawai, Nasi Arab Kambing Bakar, Sup Kambing Dang Wangi, Asam Laksa Nyonya Peranakan, dan lebih 200 jenis aneka hidangan lain yang pelbagai. Setiap hidangan diperkaya dengan rempah ratus terbaik, mencipta ledakan rasa dalam setiap suapan.

“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

Mulakan santapan dengan Air Asam Boi Limau Kasturi atau Sirap Bandung Soda, serta pelbagai salad segar dan pembuka selera yang menawarkan keseimbangan rasa serta pengalaman yang menyenangkan.

“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

Kapitan Café yang terletak di tingkat 3 SGSKL bukan sahaja tempat untuk menjamu selera, tapi ianya sangat sesuai untuk berkumpul dalam suasana santai. Chef Mohamad Jailani Mehat merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan hidangan yang disajikan memenuhi konsep citarasa “Sajian Serantau” dan juga bahan-bahan yang digunakan berkualiti. 

Memetik kata-kata dari Chef Jailani, “Makanan yang disediakan pada malam ini adalah sebaik kerja berpasukan. Kami berharap tetamu kami akan meninggalkan bufet ini dengan hati yang penuh kepuasan.”

Pengurus Besar SGSKL, Encik Yeow Hock Siew, juga menyampaikan keterujaan beliau dalam mengalu-alukan kedatangan tetamu supaya tetamu dapat menikmati pengalaman dan peluang merasai juadah tradisi dalam bulan yang istimewa ini.

“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.
“Sajian Serantau” Buffet Ramadan 2025 di Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

"Sajian Serantau" yang dipersembahkan di SGSKL boleh dinikmati dari 3 Mac hingga 27 Mac 2025. Membuat tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan tempahan penuh pada saat-saat akhir.

Untuk maklumat lanjut dalam membuat tempahan, sila hubungi talian tempahan di: +603 2027 1969 ext. 305 atau WhatsApp +6019 339 9524 (Isnin - Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang). Kami menantikan kehadiran anda.

💥Tawaran Bufet Sajian Serantau💥

Super Early Bird: RM78 net/seorang

Early Bird: RM88 net/seorang

Harga Normal: RM118 net/seorang

Warga Emas & Kanak-kanak: RM60 net/seorang

PERIHAL SANTA GRAND HOTEL

Santa Grand Hotel terkenal dengan gabungan unik hospitaliti moden dan warisan budaya yang kaya. Ciri-ciri hotel dalam memperbudayakan dan mangangkat unsur-unsur Peranakan, Santa Grand Signature Kuala Lumpur bukan sahaja menyediakan pengalaman penginapan yang unik, tetapi juga berfungsi sebagai duta dalam memperbudayakan, mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap warisan pelbagai Malaysia, malah menjadikannya satu-satunya Hotel Peranakan Moden di Kuala Lumpur.

#SajianSerantau #SantaGrandSignatureKL #TasteOfMalaysia #peranakanbuffetdinner

#KualaLumpurEat #KapitanCafe

Post a Comment

0 Comments