‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya

 

Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2025 yang menjadi salah satu pilihan AlongMurni (AM) adalah menu sajian berbuka puasa di Park Inn Radisson Putrajaya dengan tema Sajian Warisan Bonda.

Bagi menyambut kehadiran Ramadan yang penuh keberkatan, Park Inn by Radisson Putrajaya telah memperkenalkan buffet Ramadan Sajian Warisan Bonda di RBG Restaurant, yang menawarkan lebih daripada 100 hidangan istimewa.

‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya

‘SAJIAN WARISAN BONDA’ BUFFET RAMADAN 2025

DI PARK INN RADISSON PUTRAJAYA

‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya

Promosi ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 28 Mac 2025, memberi peluang kepada para tetamu untuk merasai kelazatan sajian tradisional yang diwarisi turun-temurun. Paling menarik, setiap tetamu juga turut berpeluang memenangi Duit Raya bernilai RM5,000 melalui cabutan bertuah!

‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya

Sajian Warisan Bonda di RBG menggabungkan pelbagai hidangan asli yang mengimbau selera dari dapur bonda, menampilkan resipi-resipi keluarga yang penuh dengan sejarah dan kasih sayang. Para tetamu dapat menikmati pelbagai pilihan makanan, termasuk hidangan pembuka selera, hidangan utama, serta manisan tradisional yang kaya dengan rasa dan budaya.

‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya
‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya

Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuklah gulai kawah, kambing golek, udang galah, aneka sup, lauk pauk panas, kerabu serta pelbagai jenis sambal yang pasti memikat hati setiap pengunjung. Bagi pencinta hidangan manis, jangan lepaskan peluang untuk menikmati aneka kuih-muih tradisional, bubur lambuk, puding dan banyak lagi.

‘Sajian Warisan Bonda’ Buffet Ramadan 2025 Di Park Inn Radisson Putrajaya

Pengalaman berbuka puasa di RBG bukan sekadar menikmati hidangan yang lazat, tetapi juga mencipta kenangan bersama keluarga dan sahabat dalam suasana yang penuh meriah dan harmoni. Setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan segar dan dipersembahkan dengan penuh dedikasi oleh pasukan yang diketuai oleh Chef Faizul Muhammad.

Tetamu turut dihiburkan oleh duo The Sophisticates mendendangkan irama indah sepanjang malam.

BUFET RAMADAN SAJIAN WARISAN BONDA 

💥2 Мас - 28 Мас 2025 Setiap hari dari 7.00 malam hingga 9:30 malam 

💥Harga Promosi: RM108 nett (Dewasa) RM54 nett (Warga Emas & Kanak-kanak)    

💥Promosi pembelian Early Bird RM75 nett (dewasa sahaja) boleh dibeli mulai sekarang hingga 28 Feb 2025.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi kami di +603-8911 1999 atau WhatsApp di +6010-211 4681 atau e-mel ke pdec.fnb@parkinn.com 

PERIHAL PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA

Park Inn by Radisson Putrajaya adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di persempadanan Putrajaya, Kajang dan Bangi, menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang sempurna untuk memenuhi keperluan perniagaan dan percutian.

Dengan lokasi yang strategik dan suasana yang tenang menyambut setiap ketibaan tetamu, pihak hotel sentiasa berusaha untuk memberi pengalaman penginapan yang terbaik buat pengunjung.


Post a Comment

0 Comments