Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23

 

Baru-baru ini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke preview Ramadan LAMAN D’ANJUNG ASTACONA dan merasai sendiri keenakan hidangan buffet Ramadan di sini yang akan dibuka bermula 8 Mac 2025 sehingga 29 Mac 2025.

Sempena Ramadan 2025, D’ANJUNG ASTACONA menawarkan lebih 50 hidangan pelbagai pilihan dengan harga berpatutan. Bertemakan "P. Ramlee", setiap menu diilhamkan daripada filem-filem lagenda ini yang menjanjikan pengalaman berbuka yang unik dan pastinya mengimbau kenangan.

LAMAN D’ANJUNG ASTACONA TAWARKAN
BUFFET RAMADAN 2025 SERENDAH RM23

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23

Menurut Tuan Haji Mohamad Fadzil, 55 tahun yang juga merupakan pengasas dan pemilik LAMAN D’ANJUNG ASTACONA ini, beliau telah berkecimpung dalam industri makanan sejak 1996 bermula dengan perkhidmatan jualan makanan di kantin sekolah sebelum berkembang ke universiti, politeknik serta perkhidmatan katering majlis perkahwinan.

Dengan pengalaman luas dalam tiga cabang utama – restoran, kantin sekolah & institusi pengajian tinggi, serta katering majlis – D’ANJUNG ASTACONA telah menjadi pilihan ramai untuk program acara perkhidmatan catering yang melibatkan jabatan korporat dan orang awam untuk majlis perkahwinan.

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23

LAMAN D’ANJUNG ASTACONA mempunyai dewan makan yang luas dan dapat menampung kapasiti sehingga 450 pax untuk satu-satu masa. Penggunaan meja bulat yang besar dapat memuatkan sehingga 8-12 pax. Malahan dekorasi berkonsepkan taman dengan kilauan Cahaya menjadi daya penarik untuk menjamu selera di LAMAN D’ANJUNG ASTACONA.

KEUNIKAN BUFFET RAMADAN D’ANJUNG ASTACONA

Dengan menawarkan harga serendah RM 23 bagi dewasa, Tuan Haji Mohamad Fadzil memastikan hidangan yang disajikan memenuhi konsep citarasa penduduk setempat dan juga bahan-bahan yang digunakan berkualiti.

Senarai menu-menu yang terdapat di sini sangat unik. Antaranya adalah Menu Keluarga 69, Menu Ahmad Albab, Menu Anak Bapak, Menu Pendekar Bujang Lapok, Menu Ibu Mertuaku, Menu Labu Labi, Menu Madu Tiga, Menu Anakku Sazali, Menu Masam-masam Manis dan Menu Nasib Do Re Mi. Walaubagaimanapun menu yang disajikan akan berubah setiap hari mengikut kesesuaian.

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23

Memetik kata-kata pemiliknya, “Seiring dengan nama Laman D’ANJUNG ASTACONA yang membawa maksud Laman Pelbagai Majlis. Semestinya setiap pelusuk setiap segi pastinya menanti hidangan Istimewa yang bakal disajikan di sini nanti”.

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23
Pengasas dan Pemilik Laman D'Anjung Astacona: Tuan Haji Mohamad Fadzil 

Beliau sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu supaya tetamu dapat menikmati pengalaman dan peluang merasai juadah tradisi dalam bulan yang istimewa ini. Berikutan harga yang sangat berpatutan ini, beliau menyarankan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan tempahan penuh pada saat-saat akhir.

Antara menu-menu sajian yang menjadi permintaan penduduk setempat dan menjadi sajian buffet Ramadan adalah: 

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23
Pilihan Lauk Pauk Nasi Minyak
Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23

Kelebihan yang menjadi ciri utama bagi LAMAN D’ANJUNG ASTACONA adalah, mempunyai sijil halal dari JAKIM bagi penyedian makanan. Jadi tetamu boleh berbuka dengan yakin dan menjamu selera dengan pelbagai pilihan menu sepanjang berada di sini.

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23
Pilihan Lauk Pauk Masakan Tradisional
Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23
Pilihan Pencuci Mulut/ Kambing Bakar/Kuih Muih Tradisional/ Rojak Buah
Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23
Pilihan Air Minuman
Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23

Paling istimewa, LAMAN D’ANJUNG ASTACONA turut menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan selesa, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk bagi waktu Maghrib, Isyak dan Tarawih.

KATEGORI

HARGA

DEWASA

RM 23

KANAK-KANAK

RM 15 (Had umur antara 4-10 tahun)

OKU / KANAK- KANAK BAWAH 4 TAHUN

PERCUMA


KEMUDAHAN LENGKAP & KOLABORASI BERSAMA VENDOR

Tahun ini merupakan tahun kelima Buffet Ramadan LAMAN D’ANJUNG ASTACONA dan tahun pertama menggunakan Dewan Astacona sebagai lokasi utama. Dewan ini bukan sahaja dilengkapi dengan pentas dan sistem audio profesional, tetapi juga menawarkan konsep berkongsi rezeki bersama vendor seperti mak andam, DJ, dan dekorasi pelamin.

Untuk maklumat lanjut dalam membuat tempahan, sila hubungi talian tempahan tertera

📍 LAMAN D'ANJUNG ASTACONA

LOT 168, KM 1 JALAN SEREMBAN, PORT DICKSON, N9

TEMPAHAN & PERTANYAAN:

📞 Hj Fadzil: 019-619 6677

📞 Faten: 016-933 7117

📞 Raihan: 011-3179 0317

📞 Sufieyza: 011-6562 7117

Laman D’Anjung Astacona Tawarkan Buffet Ramadan 2025 Serendah RM 23


Post a Comment

0 Comments