Pembukaan Rasmi Sompoton Spa Di Hotel Dorsett Grand Subang

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Pembukaan Rasmi SOMPOTON SPA bertempat di Hotel Dorset Grand Subang. Sompoton SPA diilhamkan oleh budaya yang kaya dan falsafah dari Sabah yang diambil daripada nama seruling puak asli.

SOMPOTON SPA menampilkan pelbagai jenis rawatan penyembuhan terapeutik yang akan memikat ke dalam keadaan santai yang membahagiakan. Ianya menggabungkan bahan-bahan semula jadi daripada hasil tuaian alam semulajadi yang melimpah, dipenuhi dengan anti-oksidan, mineral dan penghidratan yang mendalam.

PEMBUKAAN RASMI SOMPOTON SPA 

DI HOTEL DORSETT GRAND SUBANG

Pembukaan Rasmi Sompoton Spa Di Hotel Dorsett Grand Subang

Majlis pelancaran ini turut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, YBhg Datuk Seri Dr. Zurainah Musa yang juga merupakan bekas Senator dengan kerjasama Miss Malaysia Kebaya. Majlis yang berprestij ini turut mendapat tajaan daripada Dorsett Grand Subang, BeauHeal, dan Lago by the Lake.

Pembukaan Rasmi Sompoton Spa Di Hotel Dorsett Grand Subang

Rawatan SOMPOTON SPA juga direka bukan sahaja untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan fizikal, tetapi juga mengimbangi saling kebergantungan badan, minda dan semangat yang menyumbang kepada keseluruhan kesejahteraan holistik.

Pembukaan Rasmi Sompoton Spa Di Hotel Dorsett Grand Subang
Pengasas Sompoton Spa: Megan Tan

"Kami sangat teruja untuk meraikan pembukaan rasmi spa kami di Dorsett Grand Subang. Ini merupakan satu pencapaian penting, dan kami berbesar hati untuk berkongsi detik istimewa ini dengan anda semua," kata Pengasas SOMPOTON SPA, Megan Tan. 

Di Dorsett Grand Subang, SOMPOTON SPA komited dalam memberikan layanan hospitaliti bertaraf dunia dengan memperkenalkan spa sebagai sebuah tempat penjagaan yang menawarkan ketenangan, pemulihan, dan kesejahteraan. Dalam dunia yang serba pantas ini, penjagaan diri adalah keperluan, dan SOMPOTON SPA direka khas untuk memberi ruang yang tenang untuk berehat dan mengembalikan keseimbangan diri. 

PENGENALAN PROGRAM PENJAGAAN WANITA 

Pembukaan Rasmi Sompoton Spa Di Hotel Dorsett Grand Subang

SOMPOTON SPA telah memperkenalkan PROGRAM PENJAGAAN WANITA, satu pengalaman kesihatan yang direka khas untuk memelihara tubuh dan minda. Program ini merangkumi: 

💥Urutan Limfatik – Membantu detoksifikasi dan meningkatkan peredaran darah, menjadikan anda berasa segar dan bertenaga. 

💥Kompres Bebola Herba – Diperkaya dengan herba penyembuhan untuk mengurangkan ketegangan otot dan memberikan kelonggaran yang mendalam. 

💥Skrub Halia – Memberikan pengelupasan lembut untuk meningkatkan keserian kulit dan peredaran darah. 

💥Minyak Urut Pelangsingan – Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menyegarkan tubuh. 

💥Rawatan Wap Herba – Membersihkan, melembapkan, dan menenangkan deria. 

Setiap elemen dalam program ini dirancang dengan teliti untuk memberikan pengalaman holistik yang menyegarkan dan memperkasakan. Selain program ini, SOMPOTON SPA juga menawarkan pelbagai rawatan lain yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan bagi memastikan setiap lawatan memberi kesegaran dan pembaharuan. 

Pembukaan Rasmi Sompoton Spa Di Hotel Dorsett Grand Subang

Untuk menikmati dan merasai sendiri program penjagaan wanita ini boleh singgah ke

Lokasi:

HOTEL DORSETT GRAND SUBANG

Level 4 Jalan SS12/1 Subang Jaya,

Petaling Jaya, 47500 Subang Jaya,

Selangor

Post a Comment

0 Comments