Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

 

Potatoes USA ialah organisasi pemasaran bagi 2,000 petani kentang komersial yang beroperasi di Amerika Syarikat. Mereka mempromosikan lima produk utama kentang: kentang segar untuk kegunaan biasa, kentang segar untuk kerepek, benih kentang, produk kentang beku, dan produk kentang kering.

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir dalam satu program acara ‘Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara bertempat di TCH Foodworks, Menara Symphony, Petaling Jaya. 

PENGEMBARAAN U.S. POTATOES 

DI DAPUR NUSANTARA

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

Satu pengalaman yang amat mengujakan kerana AM berpeluang merasai dan melihat sendiri demonstrasi memasak secara langsung dalam suasana interaktif. AM juga dapat mencuba dan mengetahui resepi dan inovasi dari chef-chef yang berpengalaman dalam mengolah masakan berasaskan kentang.

PAMERAN KENTANG YANG MENGAGUMKAN

Acara dimulakan dengan Pameran Kentang yang meriah. Malahan AM berpeluang menimba pengetahuan dan dapat mengenali pelbagai jenis kentang segar dari A.S., termasuk Russet, Red, dan Purple, serta potongan kentang beku dan campuran kentang lenyek segera dari U.S.

Bagi menambahkan keseronokan, AM turut berpeluang mengabadikan kenangan di ruang foto khas serta menyertai peraduan media sosial, menjadikan pengalaman ini lebih interaktif dan tidak dapat dilupakan.

KOLABORASI CHEF TERSOHOR

Acara memasak secara langsung ini turut menampilkan dua maestro kulinari terkenal, Chef Bob dari Malaysia dan Chef Imran dari Singapura, dalam satu kolaborasi merentas sempadan yang meraikan kepelbagaian U.S. Potatoes.

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara
Chef Bob (Malaysia) dan Chef Imran (Singapura)

Satu pengalaman yang amat berharga kerana AM dapat melihat menikmati demonstrasi eksklusif melibatkan kedua-dua chef yang telah mempersembahkan hidangan inovatif yang menonjolkan kepelbagaian kentang U.S. dalam masakan tempatan. 

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

Daripada tekstur berkrim yang kaya hingga kerangupan keemasan yang sempurna, acara ini akan menyerlahkan pelbagai cara kentang boleh diolah menjadi sajian yang menggugah selera.

PENGALAMAN INTERAKTIF DAN AKTIVITI MENARIK

Selain demonstrasi memasak, AM juga berpeluang merasai dan menikmati pengalaman gastronomi yang mengujakan dengan sesi cuba rasa makanan, permainan menarik, hadiah istimewa, serta pelbagai aktiviti interaktif.

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

Kali ini AM bertuah kerana memenangi peraduan media sosial dan juga membawa pulang hadiah kraf tangan yang eksklusif.

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara
Pemenang Peraduan Media Sosial

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara
Pemenang Sesi Soal Jawab 

AM juga berpeluang untuk merasai sendiri kuih muih dan hidangan berasaskan kentang seperti Kuih Bakar Kentang, Angku Kuih Kentang, Donut Kentang, Puding Kentang, Samosa dan Tauhu Bergedil.

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara
Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

KEMBARA GASTRONOMI NUSANTARA

Acara ini bukan sekadar satu aktiviti merasai makanan yang pastinya enak, malah ianya turut mentakrifkan semula peranan U.S. Potatoes dalam sajian harian dan hidangan perayaan.

Nikmati resipi unik yang dihasilkan oleh Chef Bob seperti: 

💥U.S. Russet Potatoes and Berries Strudel dengan Ais Krim

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

💥U.S. Russet Potato Sambal Lodeh

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

💥Lontong U.S. Hash Brown

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

serta hidangan khas oleh Chef Imran seperti

💥U.S. Potatoes Bergedil Pasta dengan Sambal Kekapis

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

💥U.S. Potatoes Donuts dengan Krim Oren

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

💥U.S. Potatoes Loaded Daging Salai Potato Wedges.

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara

Secara peribadi AM rasakan ini satu pengalaman pengembaraan kulinari yang penuh rasa dan alami sendiri keunikan U.S. Potatoes dalam dunia masakan Nusantara! Memang terbaik U.S Potatoes. 

Pengembaraan U.S. Potatoes Di Dapur Nusantara


 

Post a Comment

0 Comments