Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang

 

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Baharu Dr. Anne Skincare, sebuah jenama penjagaan kulit tempatan yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Majlis yang berlangsung meriah ini bukan sahaja menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan jenama ini, tetapi turut menyaksikan kejayaan manis apabila produk unggulan mereka, Advanced Metabiotic Micro Essence, diiktiraf sebagai Produk Penjagaan Kulit Tempatan Pertama Yang Menggunakan Metabiotik oleh Malaysia Book of Records.

DR. ANNE SKINCARE RASMI LANCAR 

IBU PEJABAT BAHARU DI KAJANG

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang

Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran tetamu diraja, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, yang memberikan sokongan penuh terhadap pencapaian jenama tempatan ini serta usaha-usaha memperkasa usahawan wanita dalam industri kecantikan tempatan.

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang
Sesi bicara bersama D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
(Raja Muda Selangor) dan Dr Anne 

DARI EKZEMA KEPADA EMPAYAR KECANTIKAN

Kisah kejayaan Dr. Anne Skincare bermula daripada pengalaman peribadi pengasasnya, Dr. Nurhidayah Roslan, atau lebih dikenali sebagai Dr. Anne, yang pernah berhadapan dengan masalah ekzema teruk. Cabaran kesihatan tersebut menjadi titik tolak kepada lahirnya keinginan beliau untuk membangunkan solusi sebenar kepada mereka yang turut mengalami masalah kulit yang sama.

“Saya tak pernah bayangkan suatu hari nanti saya akan meninggalkan dunia makmal yang saya impikan sejak saya kecil bagi membina perniagaan saya sendiri. Namun, pengalaman perit saya bersama ekzema telah menjadi pencetus utama untuk saya membina solusi sebenar kepada masalah kulit yang dihadapi ramai,” – Dr. Anne, Pengasas dan Ketua Saintis Dr. Anne Skincare.

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang
Dr. Nurhidayah Roslan (Dr Anne): Pengasas Dr Anne Skincare

Daripada sebuah makmal kecil, Dr. Anne Skincare kini berdiri sebagai perniagaan berimpak tinggi dengan kilang sendiri dan ibu pejabat tiga tingkat yang mampu menempatkan sehingga 100 orang staf. Satu pencapaian luar biasa bagi jenama yang baru sahaja diasaskan pada tahun 2019.

MAJLIS PELANCARAN YANG MERIAH DAN BERMAKNA

Majlis pelancaran ibu pejabat ini bukan sahaja simbol kejayaan syarikat, tetapi juga diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas untuk para pengunjung. Antaranya termasuk:

💥Jualan murah dengan potongan harga sehingga 50% untuk pelbagai produk

💥Peluang mencuba produk secara percuma

💥Analisis kulit menggunakan teknologi AI, bagi membantu pengguna memahami jenis dan keperluan kulit mereka dengan lebih tepat

💥Inisiatif kitar semula, di mana pelanggan yang membawa kembali botol kosong produk Dr. Anne Skincare berpeluang menerima produk baharu secara percuma.

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang
Produk keluaran Dr Anne Skincare

Selain itu, majlis ini turut menjadi platform kepada pengumuman pelancaran produk terbaharu, iaitu Hydrabright Lip Serum, hasil kolaborasi bersama NR Cosmetics – satu langkah strategik yang memperkukuh lagi portfolio produk Dr. Anne Skincare.

DARI KAJANG KE PASARAN ANTARABANGSA

Dengan moto "From Lab To Love: The Science of Skincare That Cares", Dr. Anne Skincare terus berpegang teguh kepada prinsip saintifik dan keikhlasan dalam penghasilan produk. Jenama ini menolak eksploitasi ketidakyakinan pengguna dan komited untuk menghasilkan produk yang selamat, berkesan dan beretika.

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang
Pejabat HQ Dr Anne Skincare

Kejayaan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records menjadi pemangkin kepada usaha menembusi pasaran antarabangsa. Antara negara sasaran awal ialah Singapura, Brunei dan Turki, menjadikan Dr. Anne Skincare sebagai antara jenama tempatan yang mula mencorakkan pengaruh di peringkat global.

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang
Perngiktirafan dan Pencapaian Dr Anne Skincare

PERIHAL DR. ANNE SKINCARE

Dr. Anne Skincare merupakan jenama penjagaan kulit tempatan yang diasaskan secara rasmi pada 6 Oktober 2019 oleh Dr. Nurhidayah Roslan. Berkelulusan dalam bidang Bioteknologi dan Sains Kesihatan, beliau memiliki pengalaman luas sebagai penyelidik sebelum membuat keputusan untuk menceburi dunia keusahawanan sepenuh masa.

Dr. Anne Skincare Rasmi Lancar Ibu Pejabat Baharu di Kajang
AM bersama Pengasas Dr Anne Skincare

Jenama ini lahir daripada keperluan peribadi pengasasnya dalam mencari penyelesaian kepada masalah ekzema, dan sejak itu telah berkembang pesat menjadi sebuah syarikat yang berlandaskan sains dan keberkesanan formulasi. 

Pada awalnya beroperasi secara dalam talian sepenuhnya, Dr. Anne Skincare kini memasuki fasa baharu dengan pelancaran ibu pejabat fizikal pertamanya sebagai simbol pertumbuhan dan keyakinan masa depan.

Post a Comment

0 Comments