Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berpeluang menghadiri pelancaran Huawei Innovative Product Launch 2025 yang
berlangsung di Glasshouse, Seputeh. Pelancaran tersebut memperkenalkan dua
model baharu dalam siri HUAWEI WATCH FIT 4: versi standard dan versi Pro —
direka untuk gaya hidup aktif tanpa menjejaskan penampilan.

RINGAN, ANGGUN, BERPRESTASI
TINGGI
WATCH FIT 4 mengekalkan kelebihan
sebagai jam pintar ultra-nipis dan ringan — hanya 27-gram dan 9.5mm ketebalan,
manakala versi Pro lebih premium dengan berat 30.4-gram dan ketebalan 9.3mm.
Reka bentuknya menampilkan kaca nilam, bezel titanium dan badan aloi aluminium
gred penerbangan, menjadikannya tahan lasak namun bergaya.
.jpeg)
Skrin ultra-terang dengan 3000
nits kecerahan memastikan paparan jelas di bawah cahaya matahari — sesuai untuk
pelbagai aktiviti luar mahupun harian.
KECANGGIHAN UNTUK AKTIVITI
LUAR & SUKAN AIR
Siri ini menyokong lebih 100 mod
senaman, termasuk mendaki dan ski, lengkap dengan barometer terbina dalam untuk
data altitud tepat. Sistem Sunflower Dual-Frequency GNSS Huawei meningkatkan
ketepatan penjejakan hingga 30% serta menyokong peta luar talian, import
laluan, dan navigasi.

WATCH FIT 4 juga hadir dengan ciri unik untuk aktiviti air seperti pelayaran dan paddleboarding, memantau prestasi secara langsung. Versi Pro turut menawarkan peta kontur, navigasi titik semak, mod larian denai profesional dan mod golf dengan lebih 15,000 padang di seluruh dunia.
Bagi penyelam bebas, mod selaman dengan metrik seperti
kedalaman dan kelajuan serta amaran keselamatan kini tersedia untuk pengalaman
selaman yang lebih selamat dan menyeronokkan.
PENJAGA KESIHATAN PERIBADI DI
PERGELANGAN TANGAN
WATCH FIT 4 menampilkan
pemantauan HRV sepanjang masa, serta Pembantu Kesejahteraan Emosi untuk panduan
kendiri apabila tekanan melanda. Versi Pro dilengkapi sistem TruSense untuk
bacaan kesihatan lebih tepat dan fungsi ECG terbina dalam yang memantau kesihatan
jantung secara langsung.

Jam ini menyusun data penting
seperti kadar degupan jantung, tahap oksigen (SpO₂), tekanan, tidur, corak
pernafasan dan keadaan emosi ke dalam laporan lengkap serta memberi saranan
peribadi dan amaran sekiranya dikesan sebarang keabnormalan.
CIRI PINTAR UNTUK GAYA HIDUP
MODEN
WATCH FIT 4 memudahkan kehidupan
harian dengan keupayaan membalas mesej WhatsApp melalui papan kekunci penuh. Ia
juga menyokong pembayaran QR TNG — Huawei menjadi yang pertama di Malaysia
memperkenalkan ciri ini pada jam pintar.

Turut disokong: kad akses NFC,
rakaman suara, panggilan Bluetooth, ramalan cuaca, serta hayat bateri sehingga
10 hari dan pengecasan penuh hanya dalam 60 minit (versi Pro).
Mulai Jun 2025, pengguna juga
boleh menikmati aplikasi Waktu Solat Malaysia terus dari jam ini — termasuk
notifikasi waktu solat, bacaan doa dan arah kiblat. Ciri ini bakal tersedia
untuk iOS tidak lama lagi.
Lebih menarik, WATCH FIT 4 kini
menyokong aplikasi radio SYOK — kawal main balik audio kegemaran anda terus
dari pergelangan tangan, sempurna untuk multitasking semasa berjalan, bersenam
atau bersantai.
HARGA, WARNA & TAWARAN
ISTIMEWA!
WATCH FIT 4 Pro ditawarkan dalam
tiga warna elegan: Hitam, Biru dan Hijau — dengan tali fluoroelastomer beralun
atau tali nilon tenunan yang sporty. Versi standard pula hadir dalam Hitam,
Kelabu, Ungu dan Putih dengan pilihan tali nilon atau fluoroelastomer klasik.

Kini tersedia untuk pra-tempahan
di Malaysia bermula dari RM599. Pelanggan awal bakal menerima HUAWEI Scale 3
secara percuma dan keahlian Health+ selama tiga bulan — tawaran
eksklusif untuk anda memulakan perjalanan kesihatan dengan lebih yakin.

Pra-tempahan boleh dibuat di
semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, serta kedai rasmi
HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok.
Untuk maklumat lanjut dan promosi
terkini, layari laman rasmi Huawei atau ikuti saluran sosial mereka di Facebook
dan Instagram.
0 Comments