Gelombang Hallyu bukan sahaja menawan
hati peminat muzik dan drama Korea, tetapi turut mempengaruhi selera rakyat
Malaysia! Kali ini, AlongMurni (AM) sendiri tidak melepaskan peluang untuk
mencuba menu ikonik yang kembali ke semua cawangan Marrybrown® – MB® Gangjeong
Chicken, hidangan kegemaran ramai yang kembali untuk tempoh terhad!
NIKMATI KEUNIKAN RASA KOREA BERSAMA KEMBALINYA
MB GANGJEONG CHICKEN
YANG PEDAS
MENGGODA DI MARRYBROWN

Menu ini bukan sekadar pedas biasa. Ia
adalah gabungan rasa manis, masam dan pedas yang seimbang – diinspirasikan oleh
cita rasa Korea tetapi diolah dengan sentuhan tempatan yang sesuai dengan lidah
rakyat Malaysia. AM berpeluang mencuba sendiri hidangan ini di Marrybrown®
Citta Mall dan ternyata, ia benar-benar menepati selera!
MENU MUSIM KEGEMARAN RAMAI KEMBALI LAGI!
Asalnya diperkenalkan sebagai menu
bermusim, MB® Gangjeong Chicken segera mencuri hati para pelanggan dan menjadi
signature item yang sering ditagih semula. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
Marrybrown®, Encik Daniel Chan:
“Fenomena K-Wave telah mencetuskan minat mendalam terhadap menu berinspirasikan Korea. Setiap kali MB® Gangjeong Chicken diperkenalkan, sambutannya amat memberangsangkan.”
Beliau turut menambah bahawa pihak
Marrybrown® sentiasa melakukan penambahbaikan pada profil rasa agar ianya
serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia.
SENTUHAN KOREA DALAM SETIAP SAJIAN

Untuk pelancaran kali ini, Marrybrown®
turut memperkenalkan pembungkusan baharu bertemakan trend Korea — moden,
berwarna-warni dan sangat Instagram-worthy! Antara menu yang ditawarkan
termasuk:
![]() |
Kombo Gangjeong Kimchi Rice Bowl – RM13.90 |
Nasi kimchi yang unik, dihidang dengan
ayam Gangjeong dan Fanta® Strawberry.
![]() |
Kombo Gangjeong Chicken Burger – RM17.90 |
Peha ayam tanpa tulang, disaluti sos
Gangjeong pedas, diapit dalam roti hitam lembut bersama wedges dan minuman.
![]() |
Kombo Gangjeong Spicy Chicken – RM18.90 |
Empat ketul ayam disaluti sos pedas
manis, bersama wedges dan minuman.
![]() |
Gangjeong Spicy Chicken Box Meal – RM24.50 |
Hidangan lengkap: ayam, burger, wedges
dan minuman dalam satu set!
![]() |
3-pc Korean Dumplings – RM4.50 |
Dumpling rangup berinti ayam, kimchi
dan cendawan.
![]() |
Pai Kastard Strawberi – RM4.99 |
Pastri manis rangup berinti kastard
dan strawberi — pencuci mulut sempurna!
LEBIH DARIPADA SEKADAR HIDANGAN
Bagi Marrybrown®, menu ini bukan
sekadar memenuhi selera tetapi juga menjadi lambang kebersamaan dan detik
istimewa.
“Kami memahami bahawa makanan bukan sekadar santapan – ia menyatukan komuniti,” kata Encik Daniel lagi.
Kini beroperasi di lebih 600 lokasi di
16 negara, Marrybrown® terus kekal sebagai jenama tempatan Halal yang unggul
dalam kualiti, perkhidmatan dan inovasi rasa.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!
MB® Gangjeong Chicken hanya ditawarkan
untuk masa terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri sensasi
rasa Korea yang telah dimodenkan mengikut selera rakyat Malaysia!
Untuk maklumat lanjut, promosi semasa,
perkhidmatan penghantaran, atau untuk muat turun aplikasi MB, layari laman
rasmi Marrybrown® hari ini.
Jadi tunggu apa lagi? Serbu
Marrybrown® yang terdekat hari ini dan rasai sendiri MB® Gangjeong Chicken yang
pedas menggoda ini sebelum ia kembali ‘menghilang’!
📲 Untuk info lanjut & pesanan atas
talian, layari laman rasmi Marrybrown® atau muat turun aplikasi MB sekarang!
#Marrybrown #MBComeback
#GangjeongChicken #RasaKorea #KWaveCravings #SpicyAndSavory #AlongMurniEats
#JomMarrybrown
0 Comments