Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama hadir ke acara kemuncak SAY ASPIRE Edisi ke-6,
sebuah program unggul anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang
diasaskan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan
Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
SAY ASPIRE EDISI
KE-6
MELONJAKKAN
GENERASI USAHAWAN MUDA SELANGOR KE PENTAS DUNIA

Sebagai penulis, AM menyaksikan
sendiri bagaimana anak muda Selangor tampil penuh yakin, membawa idea segar dan
inovasi demi melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan.
Dilancarkan sejak 2017, SAY
ASPIRE bukan sekadar pertandingan perniagaan. Ia adalah platform pembinaan
ekosistem belia – bermula daripada bengkel intensif, sesi mentor bersama
pakar industri, sehinggalah ke pertandingan akhir yang menguji daya tahan,
kreativiti dan kebolehan komunikasi peserta.
PLATFORM BELIA, ASPIRASI
NEGERI
Program ini turut mendapat
sokongan penuh YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan
Selangor serta kerjasama strategik MATRADE. Malah, tahun ini turut
menerima sokongan daripada Google, App Engage dan Dr Anne Skincare Sdn Bhd
(DASC).
Kolaborasi ini membuktikan bahawa
sokongan sektor awam dan swasta adalah kunci untuk melahirkan usahawan belia
yang berdaya saing di peringkat global.
PERTANDINGAN AKHIR: 10 FINALIS
BERENTAP

Sepanjang beberapa bulan, ratusan permohonan disaring, hanya 10 syarikat belia terbaik dipilih ke peringkat akhir:DRIMS Trading Sdn Bhd
💥Hana Clinic Group Sdn Bhd💥Gritz Sdn Bhd
💥HelloQween International Sdn Bhd
💥Lotus CofY House Sdn Bhd
💥Kimyra International Sdn Bhd
💥Boohaci Infinity Sdn Bhd
💥Tungbayee Sdn Bhd
💥Kalima Group Trading (M) Sdn Bhd
💥IDEA MAN Sdn Bhd
Dewan Utama di Hotel Sunway Resort
bergema dengan tepukan dan sorakan setiap kali finalis menyampaikan
pembentangan. Ada yang tampil dengan teknologi perubatan, ada pula yang
mengetengahkan fesyen, makanan, kecantikan dan inovasi penjagaan kesihatan.
BARISAN JURI BERWIBAWA
Panel juri tahun ini terdiri
daripada tokoh berpengaruh termasuk:
- DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah
- YB Mohd Najwan Halimi (EXCO Belia, Sukan &
Keusahawanan Selangor)
- Dr Noor Amy Ismail (COO MAVCAP)
- En. Naim Abdul Rahman (Pengarah Akademi Eksport
MATRADE)
- Mr. Aw Joo Leng (Sri Ternak Group of Companies)

Kombinasi juri daripada pelbagai
bidang memberi keyakinan bahawa penilaian dibuat secara menyeluruh – bukan
sahaja dari sudut idea, tetapi juga potensi pasaran, strategi pengembangan,
serta kemampuan jangka panjang.
PEMENANG SAY ASPIRE 2025
Selepas sesi penuh inspirasi, tiga syarikat berjaya dinobatkan sebagai pemenang:

🥇 Juara Pertama: DRIMS Trading Sdn Bhd
.jpeg)
.jpeg)
Selain trofi dan sijil, para
pemenang menerima pelbagai insentif termasuk geran tunai bernilai sehingga
RM10,000, ruang pameran di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS),
bimbingan mentor selama enam bulan (SAY ASPIRE+), dan peluang menyertai
lawatan pasaran antarabangsa untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan.
LEBIH DARI SEKADAR
PERTANDINGAN
Bagi AM, apa yang menjadikan SAY
ASPIRE unik ialah semangat yang terbina. Ia bukan sekadar mencari juara,
tetapi bagaimana setiap peserta diberikan bimbingan, sokongan, dan jaringan
strategik untuk terus berkembang walaupun tidak bergelar pemenang.
SAY sendiri sejak ditubuhkan pada
2017 telah memberi impak kepada lebih 369,388 belia melalui lebih 200
inisiatif. Dengan empat teras utama iaitu Keusahawanan, Sukan &
Kesejahteraan, Seni & Kreativiti, serta Khidmat Komuniti, SAY
memastikan tiada belia yang tertinggal dalam arus pembangunan negeri.

INSPIRASI UNTUK GENERASI
BAHARU
Melihat wajah penuh semangat para
finalis, AM yakin masa depan keusahawanan belia Selangor sangat cerah. Dengan
bimbingan, sokongan dan peluang yang diberikan melalui platform seperti SAY
ASPIRE, anak muda tempatan bukan sahaja mampu menguasai pasaran domestik,
bahkan berpotensi menjadi pemain utama di pentas antarabangsa.
“SAY ASPIRE bukan sekadar
program – ia adalah perjalanan inspirasi yang melahirkan usahawan belia berdaya
saing global.”
0 Comments