Selangor Lancar Pelan Tindakan dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

 SELANGOR LANCAR PELAN TINDAKAN & EKSPO EKONOMI KREATIF 2025

SELANGOR LETAK KREATIVITI SEBAGAI TUNJANG EKONOMI BAHARU

AlongMurni (AM) berpeluang menghadiri sebuah majlis bersejarah iaitu Pelancaran Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Selangor Lancar Pelan Tindakan dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

Majlis ini telah dirasmikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersama YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor. Kehadiran tetamu kehormat ini menandakan bermulanya satu fasa baharu dalam usaha meletakkan kreativiti sebagai pemacu ekonomi Negeri Selangor.

Selangor Lancar Pelan Tindakan dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

PELAN TINDAKAN EKONOMI KREATIF

Kerajaan Negeri memperkenalkan Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif dengan hala tuju 10 tahun bagi menjadikan Selangor sebagai hab kreatif serantau. Antara fokus utama pelan ini termasuk:

💥Pertumbuhan Kreatif Mampan – memupuk inovasi, keusahawanan dan peluang eksport.

💥Penyertaan Inklusif – memperkasa bakat tempatan dan membuka akses kepada platform kreatif.

💥Pemeliharaan Warisan Budaya – mengekalkan identiti unik Selangor melalui pelancongan warisan dan penglibatan komuniti.

Menariknya, pelan ini turut menyasarkan sumbangan sebanyak RM20 bilion kepada KDNK negeri menjelang 2035 melalui enam pemangkin utama termasuk pembangunan bakat, pemerkasaan digital, akses pasaran serta infrastruktur kreatif.

EKSPO EKONOMI KREATIF SELANGOR 2025 (SCEE25)

Selangor Lancar Pelan Tindakan dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

Berlansung selama dua hari, SCEE25 menjadi platform untuk merealisasikan pelan tindakan ini dengan pelbagai program menarik seperti:

🎇Townhall & Forum bersama pihak berkepentingan.

🎇CRE8Biz Xchange – pemadanan perniagaan antara usahawan, pelabur dan agensi.

🎇CRE8Fund – dana mikro untuk menyokong syarikat pemula kreatif.

🎇CRE8Stage – pameran, persembahan dan pengalaman interaktif.

🎇Sesi MoU & Networking yang membuka ruang kolaborasi merentas industri.

KEPENTINGAN EKONOMI KREATIF

Selangor Lancar Pelan Tindakan dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025

Menurut YB Najwan, ekonomi kreatif kini adalah pemacu utama inovasi, peluang pekerjaan bernilai tinggi, pelancongan, dan juga identiti global Selangor. Data tahun 2022 menunjukkan industri kreatif telah menyumbang RM8–10 bilion kepada KDNK, dan dengan pelan strategik ini, jumlah tersebut dijangka berganda menjelang 2035.

Penutup

AM melihat langkah ini sebagai satu visi besar yang memberi ruang kepada generasi muda, pencipta dan usahawan tempatan untuk bersaing di pentas global. Kreativiti bukan sahaja soal seni, tetapi juga sebuah kuasa ekonomi yang mampu mengangkat Selangor sebagai peneraju industri kreatif rantau ini.

Selangor Lancar Pelan Tindakan dan Ekspo Ekonomi Kreatif 2025


Post a Comment

0 Comments