AlongMurni (AM) berasa sangat terinspirasi apabila menyaksikan bagaimana Selangor Youth Community (SAY) terus konsisten memperkasakan golongan belia melalui inisiatif penuh makna. Di bawah naungan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, SAY dengan kerjasama The King’s Trust International (KTI) sekali lagi membuktikan bahawa peluang kedua dan sokongan berstruktur mampu mengubah kehidupan anak muda.
SELANGOR YOUTH COMMUNITY RAI
KEJAYAAN PENERIMA ANUGERAH 2024
KING’S TRUST INTERNATIONAL SUSTAINABILITY AWARD

Baru-baru ini, SAY menganjurkan Team Award Day 2025 bertempat di Sunway Resort Hotel, sebuah majlis penuh inspirasi yang meraikan pencapaian individu muda cemerlang serta rakan strategik yang mendukung pembangunan belia di Malaysia. Majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, selaku penaung diraja SAY.
KEJAYAAN ANAK MUDA: NURUL NAQIBAH
Antara bintang yang menyerlah tahun ini ialah Nurul Naqibah, alumni Team Programme Malaysia Cohort 16. Beliau dinobatkan sebagai 2024 King’s Trust International Regional Sustainability Award Winner for Asia.

Pengiktirafan ini diberikan atas usaha berterusan Naqibah dalam kerja sukarelawan dan pembangunan komuniti, khususnya bersama masyarakat orang asli. Dengan kepimpinan berasaskan empati, ketabahan serta pemikiran berorientasikan impak, Naqibah menjadi simbol harapan dan contoh nyata bahawa setiap belia mampu bangkit membina masa depan lebih baik.
PENGIKTIRAFAN KEPADA RAKAN STRATEGIK SAY

💥Most Supportive Corporate Partner: Sunway Group
💥Most Supportive Government Agency: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
💥Most Supportive Municipal: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
💥Perseverance Award: Syafie Husnul Yakin, atas ketabahan luar biasa dalam mengatasi cabaran hidup
TEAM PROGRAMME: PLATFORM TRANSFORMASI BELIA

AM melihat bahawa pencapaian Naqibah dan rakan-rakan lain adalah hasil daripada impak besar Team Programme, iaitu program pembangunan selama 9 minggu yang memberi fokus kepada:
💥Kemahiran komunikasi berkesan
💥Keyakinan diri dan kepimpinan
💥Kerja komuniti berpasukan
💥Persediaan ke arah pendidikan, kerjaya, atau keusahawanan
Program yang dijalankan bersama The King’s Trust International ini benar-benar membuktikan bahawa belia berisiko juga mampu menemui potensi diri apabila diberikan ruang, peluang, dan bimbingan.
TEAM PROGRAMME: PLATFORM TRANSFORMASI BELIA
Bagi AM, kisah Naqibah bukan sahaja tentang kejayaan individu, tetapi juga peringatan penting tentang kuasa perubahan apabila masyarakat, institusi dan pihak berwajib berganding bahu membina platform sokongan untuk belia.
Setiap anak muda berhak untuk diberi peluang kedua, dan dengan sistem sokongan yang mantap, mereka bukan sahaja mampu mengubah kehidupan sendiri, malah turut memberi manfaat kepada komuniti sekeliling.
✨ Tahniah buat Nurul Naqibah,
SAY, dan semua rakan strategik kerana terus menyalakan obor harapan buat belia
Malaysia! ✨
0 Comments