Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berkesempatan menghadiri sebuah majlis penuh elegan dan sarat emosi iaitu
Majlis Pelancaran Produk Tudung NAFESA & KOLEKSI THE ALHAMBRA MONOGRAM.
Majlis yang berlangsung dengan penuh kehangatan ini bukan sahaja menampilkan
koleksi tudung eksklusif, malah turut membawa kisah kasih seorang anak terhadap
ibunya sebagai nadi utama kelahiran jenama Nafesa.
MAJLIS PELANCARAN NAFESA & KOLEKSI THE ALHAMBRA MONOGRAM
Menghargai Kasih Ibu dan Menyokong Perjalanan Usahawan Wanita

Nafesa bukan sekadar sebuah nama. Ia adalah penghormatan. Nama ini diinspirasikan daripada ibu pengasas, Naveesof, seorang wanita yang melambangkan kelembutan, ketabahan, dan nilai seorang wanita yang begitu berharga.

Segalanya bermula di Arafah, tempat yang menjadi saksi kepada doa, rintihan jiwa dan ingatan terhadap kasih ibu. Dari detik spiritual itulah tercetusnya ilham suci yang kemudiannya dilakar menjadi rekaan tudung premium serta menjadi permulaan baru jenama Saudagaar Asia.
IDENTITI WANITA MODEN: PROFESIONAL, YAKIN & BERWIBAWA
Nafesa hadir dengan misi yang jelas iaitu meraikan keanggunan wanita masa kini yang bukan sahaja cantik pada penampilan, tetapi juga kuat, berdikari dan berwibawa.
AM turut terpesona apabila melihat Noor Kumalasari dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse. Kehadiran beliau benar-benar menyerlahkan nilai kemewahan, warisan dan keanggunan wanita Melayu yang tidak lapuk dek zaman.
KOLEKSI THE ALHAMBRA MONOGRAM: INSPIRASI DARI GRANADA
Salah satu koleksi yang paling mencuri perhatian ialah The Alhambra Monogram. Koleksi ini diinspirasikan dari seni bina agung Istana Alhambra di Granada, yang terkenal dengan kehalusan seni Islam, elemen geometri, dan simbol kekuatan tamadun.

Setiap rekaan hadir dengan mesej yang cukup mendalam iaitu "Wanita yang anggun, yakin, dan mampu mencipta rezeki melalui kecantikan."
Tidak hairanlah apabila koleksi ini disambut penuh kagum oleh tetamu kerana keunikan motifnya yang timeless dan eksklusif.
KUALITI PREMIUM UNTUK KESELESAAN SEPANJANG HARI
Sebagai pemakai tudung, AM sangat menghargai fabrik yang selesa dan mudah dibentuk. Sememangnya Nafesa memenuhi ciri tersebut dengan sempurna.
Antara kelebihan utama Koleksi The Alhambra Monogram:
💥Fabrik satin premium: lembut,
ringan, tidak jarang & selesa dipakai
💥Cetakan halus & tahan lama
💥Warna-warna sesuai dengan tona
kulit wanita Asia
💥Packaging eksklusif: sesuai
dijadikan hadiah
💥Rekaan timeless: bukan sekadar mengikut trend semasa
Koleksi ini bukan sahaja cantik pada mata, tetapi juga berkualiti pada sentuhan.
LEBIH DARIPADA SEKADAR TUDUNG: PELUANG UNTUK WANITA
Nafesa bukan hanya menjual produk. Ia membuka ruang, peluang dan inspirasi untuk wanita yang ingin:
💖tampil yakin
💖merasa dihargai
💖menjadi trendsetter
💖menjana pendapatan
💖membina komuniti sokongan sesama wanita
Sebagaimana yang diungkapkan oleh pihak pengasas: “Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai.”
.jpeg)
NAFESA, SEBUAH KISAH & PERJALANAN
Bagi AM, pelancaran Nafesa bukan sekadar majlis fesyen, tetapi sebuah kisah hati. Ia mengingatkan kita bahawa setiap wanita menyimpan kisah perjuangan, kasih seorang ibu, serta keindahan yang wujud dalam kekuatan jiwa.
Semoga kehadiran Nafesa dan
Koleksi The Alhambra Monogram menjadi pemangkin kejayaan lebih ramai wanita
Malaysia untuk terus melangkah yakin dalam apa jua bidang yang diceburi.

0 Comments