Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

 

Industri hiburan digital tanah air menyaksikan satu lagi inovasi baharu dengan pelancaran Chop\\Sticks Karaoke Super App secara eksklusif di Comic Fiesta 2025, yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Acara pelancaran ini diadakan pada Sabtu, 20 Disember 2025, dari jam 3.30 petang hingga 6.00 petang, bertempat di Booth A071–72 dan 77–78.

CHOP\\STICKS KARAOKE SUPER APP 

DILANCARKAN SECARA EKSKLUSIF 

DI COMIC FIESTA 2025

Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

AlongMurni (AM) turut hadir ke sesi pelancaran (soft launch) ini dan berpeluang melihat sendiri bagaimana Chop\\Sticks bakal mengubah landskap pengalaman karaoke digital melalui satu aplikasi mudah alih bersepadu.

AM merasa unik apabila Chop\\Sticks disatukan dalam satu aplikasi bermula dari tempahan bilik, pilih lagu, rakam nyanyian sampai sistem ganjaran. Sememangnya praktikal dan relevan dengan gaya hidup sekarang.

CHOP\\STICKS SEBAGAI KARAOKE SUPER APP ALL-IN-ONE

Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

Chop\\Sticks diperkenalkan sebagai sebuah Karaoke Super App all-in-one yang menggabungkan hiburan muzik digital, tempahan karaoke secara atas talian serta sistem ganjaran dalam satu platform. Pendekatan ini memberi fokus kepada kemudahan penggunaan, keterhubungan dan pengalaman pengguna yang lebih interaktif.

Sepanjang acara Comic Fiesta 2025, pengunjung berpeluang mencuba sendiri aplikasi Chop\\Sticks melalui pelbagai aktiviti interaktif di booth. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas tetamu jemputan, iaitu Sakamoto Risa (R!N) serta Su Ling Chan menerusi sesi live voice acting, yang berjaya menarik perhatian pengunjung dan peminat industri hiburan kreatif. 

Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

Kehadiran artis dan sesi interaktif seperti ini buatkan booth Chop\\Sticks terasa hidup dan dekat dengan komuniti.

Sebagai pengguna, AM dapat melihat aplikasi ini sangat sesuai untuk generasi yang suka semuanya pantas dan ringkas. Tak perlu lompat dari satu platform ke platform lain.

CIRI-CIRI UTAMA CHOP\\STICKS KARAOKE SUPER APP

Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

Sebagai sebuah aplikasi bersepadu, Chop\\Sticks menawarkan keahlian percuma kepada semua pengguna. Antara ciri utama yang diperkenalkan termasuk:

💥Tempahan karaoke secara atas talian

💥Pengurusan senarai lagu peribadi

💥Rakaman persembahan karaoke terus dari aplikasi

💥Sistem pemarkahan Sing PK secara masa nyata

💥Fungsi permintaan lagu secara langsung

Ciri-ciri ini direka untuk menjadikan pengalaman karaoke lebih tersusun, kompetitif dan menyeronokkan sama ada untuk individu mahupun kumpulan.

SISTEM GANJARAN DIGITAL & CABARAN INTERAKTIF

Bagi menambah nilai kepada pengguna, Chop\\Sticks turut memperkenalkan sistem ganjaran digital yang merangkumi mata ganjaran, pulangan tunai terpilih, baucar digital serta e-stamp. Kesemua elemen ganjaran ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut fasa pelaksanaan aplikasi.

Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

Bersempena pelancaran, pengguna yang memuat turun aplikasi Chop\\Sticks dan mendaftar sebagai ahli layak menikmati 50% OFF Karaoke E‑Voucher. Baucar digital ini boleh ditebus sehingga 15 Januari 2025, dan menjadi antara tarikan utama sepanjang Comic Fiesta 2025. 

Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

Selain itu, pengguna juga berpeluang menyertai misi, cabaran dan cabutan bertuah yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Elemen ganjaran ini buat pengalaman karaoke jadi lebih menarik, bukan sekadar menyanyi tapi ada motivasi dan keseronokan tambahan.

MAKSUD NAMA CHOP\\STICKS & VISI MASA HADAPAN

Nama Chop\\Sticks membawa maksud “Quick to Attach”, melambangkan akses pantas serta hubungan berterusan antara aplikasi dan penggunanya. Ia juga mencerminkan inspirasi budaya Asia serta asal-usul karaoke.

Pendekatan ini selari dengan aspirasi Chop\\Sticks untuk berkembang sebagai sebuah ekosistem hiburan digital menyeluruh, bukan sekadar aplikasi karaoke semata-mata.

KONSEP MINI STUDIO KARAOKE BERASASKAN SELF-CHECK-IN 

Selain aplikasi, Chop\\Sticks turut memperkenalkan konsep Mini Studio, iaitu karaoke moden berasaskan sistem self-check-in yang menawarkan pengalaman hiburan lebih privasi dan efisien. Suasana bilik diinspirasikan daripada studio rakaman, sesuai untuk sesi solo mahupun berkumpulan.

Untuk perkembangan terkini, Mini Studio Karaoke boleh diikuti melalui media sosial rasmi @ministudioktv di Facebook, Instagram dan TikTok.

Bagi AM, konsep Mini Studio ini memang praktikal, especially untuk yang nak privasi atau sesi nyanyi spontan tanpa banyak prosedur. 

MUAT TURUN APLIKASI CHOP\\STICKS

Bagi memudahkan pengguna, kod QR serta pautan muat turun aplikasi Chop\\Sticks untuk iOS dan Android turut disediakan di booth sepanjang Comic Fiesta 2025. Pengunjung boleh terus memuat turun aplikasi, mendaftar keahlian dan menikmati promosi yang ditawarkan. 


Chop\\Sticks Karaoke Super App Dilancarkan Secara Eksklusif di Comic Fiesta 2025

Secara peribadi AM merasakan, pelancaran Chop\\Sticks Karaoke Super App di Comic Fiesta 2025 menandakan langkah awal ke arah pendekatan baharu dalam dunia karaoke digital di Malaysia. Dengan gabungan teknologi, hiburan, ganjaran dan interaksi komuniti, Chop\\Sticks dilihat berpotensi menjadi platform pilihan pencinta karaoke.



Post a Comment

0 Comments