Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berpeluang menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama usahawan tersohor, Dato’ Sri
Aliff Syukri, dan pelakon serta ikon fesyen terkenal, Izara Aishah, sempena
pengumuman kolaborasi terbaharu jenama beg tempatan popular, AS Beg.
AS BEG MERUPAKAN JENAMA BEG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA TAWARKAN KERETA KEPADA PEMBELI BERTUAH

Selepas mencipta sejarah apabila
berjaya mencatat Rekod Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas menerusi platform
penstriman langsung, yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, serta
kejayaan kolaborasi bersama Sally Whoo tahun lalu, jenama beg AS sekali lagi
tampil dengan satu fenomena baharu yang dijangka mencetuskan perhatian ramai.

Kali ini, AS Beg berganding bahu
bersama Izara Aishah menerusi kolaborasi eksklusif Izara x AS, menampilkan empat
koleksi istimewa iaitu Bolaia, Belta, Bucket dan Moola. Menariknya, kesemua
rekaan ini telah dipilih sendiri oleh Izara Aishah, menjadikan koleksi ini
lebih dekat dengan cita rasa wanita moden yang mementingkan gaya, fungsi dan
nilai eksklusif.
.jpeg)
Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri,
selaku Pengasas AS Beg, koleksi eksklusif ini akan dijual pada harga yang
sangat mampu milik, sekitar RM75 hingga RM85 sahaja. Walaupun berharga rendah,
rekaan yang ditampilkan tetap mengekalkan elemen mewah, eksklusif dan
berkualiti, selari dengan misi jenama AS untuk menawarkan produk premium yang
boleh dimiliki oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.

Lebih istimewa, sebagai tanda
penghargaan terhadap sokongan berterusan para pembeli setia, Pemenang Seller
Terpaling Popular APBH Ke-37 itu turut mengumumkan satu ganjaran luar biasa. Sebuah
kereta Perodua Bezza akan dihadiahkan kepada pembeli bertuah yang membuat
pembelian koleksi Izara x AS semasa sesi pelancaran penstriman langsung pada 25
Januari 2026, jam 8:00 malam, menerusi TikTok Shop @papalarisofficial.
Pembeli yang membuat pembelian
pada malam pelancaran tersebut secara automatik akan layak menyertai cabutan
bertuah untuk memenangi kereta Perodua Bezza. Cabutan ini akan diadakan pada 31
Januari 2026, jam 8:00 malam, dan pemenang akan diumumkan secara langsung pada
sesi tersebut. Pembeli yang telah membeli pada 25 Januari perlu menonton sesi
live pada 31 Januari bagi mendapatkan kata kunci untuk dihubungi secara
langsung sekiranya terpilih sebagai pemenang.

Inisiatif ini mencipta sejarah
tersendiri apabila AS Beg menjadi jenama beg tempatan pertama di Malaysia yang
menawarkan hadiah berupa sebuah kereta kepada pembeli, sebagai tanda
penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan sejak penubuhan jenama
ini.
Sebagai tambahan, setiap pembeli
yang membuat pembelian pada malam pelancaran 25 Januari 2026 juga akan menerima
keychain eksklusif koleksi Izara x AS serta tumbler, menjadikan pembelian ini
lebih bernilai dan istimewa.
Kolaborasi Izara x AS bukan
sahaja memperkukuhkan kedudukan AS Beg sebagai jenama tempatan yang berani dan
inovatif, malah membuktikan bahawa jenama Malaysia juga mampu mencipta impak
besar dalam industri fesyen tempatan.

0 Comments