Cahaya Ramadan Mercure Selangor Selayang Tampilkan Lebih 100 Hidangan Warisan Malaysia

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berpeluang hadir ke Ramadan Preview anjuran Mercure Selangor Selayang, sebuah majlis eksklusif yang memperkenalkan Bufet Ramadan istimewa mereka, Cahaya Ramadan. Bertempat berhampiran mercu tanda ikonik Batu Caves, majlis ini menghimpunkan rakan korporat, wakil kerajaan serta key opinion leaders dalam suasana penuh kemeriahan Ramadan, diserikan dengan hidangan tradisional, layanan mesra dan atmosfera yang cukup menyentuh jiwa.

CAHAYA RAMADAN MERCURE SELANGOR SELAYANG
TAMPILKAN LEBIH 100 HIDANGAN WARISAN MALAYSIA

Bufet Cahaya Ramadan akan berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026, setiap hari dari 6.30 petang hingga 10.00 malam di Restoran Meraki, Aras 1. Lebih 100 jenis hidangan disediakan, menjadikan pengalaman berbuka puasa ini satu perjalanan kulinari yang meraikan kepelbagaian dan kekayaan warisan masakan Malaysia.

Pengalaman menjamu selera dimulakan dengan Pilihan Pembuka Selera yang menyelerakan seperti Ulam-Ulam Campuran bersama lima jenis sambal iaitu Sambal Tempoyak, Budu, Sambal Belacan, Sos Thai dan Air Asam Jawa. Turut disajikan ialah Rojak Buah, Kerabu Taugeh, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Acar Jelatah, Begedil Daging, Tauhu Sumbat, Telur Masin, Ikan Sepat, Ikan Bulu Ayam serta aneka Keropok Ikan, Udang dan Sayur.

Antara tarikan utama bufet ini ialah stesen masakan hidup dan stesen istimewa, termasuk hidangan Gear Box lengkap dengan hati lembu, perut, sumsum tulang dan potongan daging lembu yang dihidangkan bersama daun ketumbar segar. Tidak ketinggalan Grilled Lamb bersama sayuran dan kentang, dilengkapi sos lada hitam dan sos cendawan. Pilihan Aneka Satay seperti Satay Ayam, Daging dan Kambing turut menjadi kegemaran, dihidangkan bersama kuah kacang tradisional, timun, bawang dan nasi impit.

Menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri, tetamu turut menikmati Lemang & Serunding, Ketupat Palas, Rendang Daging, Ayam dan Kambing serta Sayur Lodeh Kelantan bersama Soo Hoon & Tauhu. Di Stesen Bakar Ala Malaysia, pelbagai hidangan popular seperti Otak-Otak, Sata, Pepes, Udang Harimau, Ayam Bakar dan Bahu Kambing menanti para pengunjung.

Bagi pencinta mi, Gerai Aneka Mee menawarkan Asam Laksa, Tom Yam dan Mee Kari dengan pilihan mi yang pelbagai. Pencuci mulut pula diserikan dengan aneka Kuih Tradisional seperti Kuih Talam, Kuih Bakar Pandan, Kasturi, Koci Pulut Hitam Bersantan, Cucur Badak, Pulut Panggang, Karipap, Kole Kacang, Onde-Onde dan Popia Sira. Pengalaman manisan dilengkapkan di Stesen Ice Kacang & Aiskrim dengan pelbagai topping dan perisa.

Stesen Masakan Kuali Malaysia pula menyajikan hidangan mengenyangkan seperti Nasi Putih, Nasi Minyak, Ayam Sambal Bali, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Daging Masak Hitam, Kambing Masala, Udang Planta, Sotong Paprik, Pucuk Ubi Keledek Ikan Bilis serta Sayur Campur.

Menambah nilai kemanusiaan kepada majlis pratonton ini, Mercure Selangor Selayang turut menjemput kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang dan Pusat Tahfiz Addiniyyah. Kehadiran mereka menceriakan suasana, mencipta detik penuh makna apabila tetamu dan Heartists berkongsi senyuman, gelak tawa serta semangat kebersamaan, diiringi alunan muzik latar Ramadan dan Raya.

Sebagai tawaran istimewa, Promosi Early Bird ditawarkan untuk tempoh terhad pada harga RM88 nett bagi dewasa dan RM60 nett bagi kanak-kanak serta warga emas. Harga biasa selepas itu ialah RM118 nett bagi dewasa.

Selain bufet, hotel ini juga memperkenalkan Pakej Bilik Ramadan pada harga RM235 nett, sah dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026. Pakej ini merangkumi satu malam penginapan di Bilik Superior, sahur atau sarapan untuk dua orang serta diskaun 20% untuk hidangan iftar di Restoran Meraki.

Mercure Selangor Selayang menjemput semua untuk merasai nostalgia, keenakan hidangan dan kehangatan Ramadan menerusi Cahaya Ramadan menjadi satu perayaan tradisi, komuniti dan hospitaliti yang tulus dari hati.

Untuk tempahan dan pertanyaan:

📞 Mercure Selangor Selayang: +603-6128 9999 sambungan 8064


Post a Comment

0 Comments