A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia

 

Dunia dapur moden kini memasuki era baharu apabila Philips Domestic Appliances memperkenalkan inovasi terbaharunya buat pertama kali di Malaysia iaitu Philips Airfryer 5000 Series. Dengan gabungan fungsi Steam, Airfry dan SteamFry dalam satu peralatan berkuasa, ia benar-benar mencetuskan satu fry-volution dalam cara kita menyediakan hidangan di rumah.

A FRY-VOLUTION: PHILIPS AIRFRYER 5000 SERIES DILANCARKAN DI MALAYSIA

A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Philips Airfryer 5000 Series yang berlangsung di Christine's Bakery. Suasana majlis cukup eksklusif dan meriah dengan kehadiran wakil media, pencipta kandungan gaya hidup serta personaliti terkenal yang ingin menyaksikan sendiri inovasi terbaharu ini.

Menurut Sue-Ann, Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, inovasi ini direka untuk meningkatkan pengalaman memasak di rumah dengan hasil yang rangup di luar, berjus dan lembap di dalam. Ini semuanya dengan bantuan teknologi RapidAir™ yang menjadi tanda dagang Philips.

INOVASI STEAMFRY: REVOLUSI MASAKAN HARIAN

A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia

Apa yang menjadikan model ini begitu istimewa adalah fungsi SteamFry yang gabungan wap dan airfry yang membantu mengekalkan kelembapan serta nutrien makanan sambil menghasilkan tekstur yang sempurna.

Antara ciri utama:

Kapasiti besar 7.2L – sesuai untuk keluarga dan penyediaan hidangan lengkap sekali gus

RapidAir Technology – memasak lebih sekata tanpa kesan hangus

Fungsi Steam – mengekalkan nutrien dan kelembapan makanan

Fungsi Fry – hasil rangup dengan penggunaan minyak yang minimum atau tanpa minyak

SteamFry Function – kombinasi wap dan airfry untuk tekstur serta rasa optimum

Steam Wash Self-Cleansing – pembersihan mudah menggunakan wap untuk melonggarkan minyak dan sisa makanan

Dengan satu peralatan ini, pengguna boleh mengukus, menggoreng tanpa minyak, menggabungkan wap dan airfry, malah membersihkan menggunakan fungsi wap. Memang terbaik kerana semuanya dalam satu mesin.

PELANCARAN EKSKLUSIF & DEMONSTRASI SECARA LANGSUNG

Majlis pelancaran rasmi ini menghimpunkan wartawan dan content creator yang berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan secara langsung, sesi merasa hidangan serta eksplorasi produk secara interaktif.

Antara sorotan utama adalah demonstrasi masakan oleh influencer terkenal, Shafique Cute yang memperlihatkan bagaimana fungsi SteamFry membantu mengekalkan kualiti makanan serta memperbaiki tekstur hidangan.

A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia

Tidak ketinggalan, sesi SteamFry Showdown bersama Sarah Huang Benjamin yang menyaksikan tetamu dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menguji sendiri kehebatan airfryer ini. Hasilnya? Hidangan bertaraf restoran dengan usaha minimum!

A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia

DIREKA UNTUK KELUARGA MODEN MALAYSIA

Philips Airfryer 5000 Series direka khas untuk keluarga moden, terutamanya ibu bapa yang bekerja dan memerlukan solusi memasak yang pantas, sihat dan praktikal.

Konsepnya jelas: Elevated Meals Made Simple.

Dengan kapasiti besar, teknologi canggih dan penyelenggaraan mudah, ia membantu menyediakan makanan lebih sihat dalam masa yang singkat tanpa memerlukan pelbagai peralatan dapur.

Majlis ini turut dihadiri wakil daripada Harvey Norman, menandakan kerjasama penting dalam membawa inovasi ini ke pasaran tempatan.

HARGA & KETERSEDIAAN

A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia

Philips Airfryer 5000 Series kini boleh didapati di semua cawangan Harvey Norman di Malaysia.

💰 Harga promosi terhad bermula dari RM799

🎟️ Baucar diskaun eksklusif turut diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis pelancaran.

Dengan gabungan Steam, Airfry dan SteamFry dalam satu peralatan pintar, Philips bukan sekadar memperkenalkan airfryer baharu tetapi membuka lembaran baharu dalam dunia masakan rumah.

Bagi AM, pengalaman mencuba sendiri hidangan yang dimasak menggunakan teknologi SteamFry ini benar-benar membuktikan bahawa memasak makanan sihat dan lazat kini lebih mudah, pantas dan praktikal.

Adakah ini permulaan kepada fry-volution di dapur anda? 🍽️✨

A Fry-volution: Philips Airfryer 5000 Series Dilancarkan di Malaysia


Post a Comment

0 Comments