Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk menghadiri sesi pratonton menu Bufet Ramadan 2026 anjuran
Ibis Styles Sri Damansara, satu pengalaman berbuka puasa yang cukup
menyenangkan dan penuh dengan cita rasa tradisional Malaysia.
SANTAI RAMADAN 2026: BUFET RAMADAN ISTIMEWA
DI IBIS STYLES SRI DAMANSARA

Dengan tema “Santai Ramadan”,
acara pratonton ini berlangsung meriah di Streats Café, Tingkat 2, Ibis Styles
Sri Damansara. Terletak di kawasan bandar yang strategik di Bandar Sri
Damansara, Kuala Lumpur, hotel ini berjaya mencipta suasana berbuka yang selesa,
mesra dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan.
PERIHAL IBIS STYLES SRI DAMANSARA
Ibis Styles Kuala Lumpur Sri
Damansara merupakan hotel ekonomi premium yang bergaya dengan 144 bilik moden
serta 3 bilik mesyuarat serba guna. Para tetamu menikmati kemudahan seperti
sarapan, WiFi berkelajuan tinggi dan akses gim. Setiap bilik dilengkapi dengan
Sweet Bed™ by ibis Styles untuk keselesaan maksimum. Terletak strategik dalam
jarak berjalan kaki ke Stesen MRT Sri Damansara Barat, hotel ini sesuai untuk
penginapan perniagaan mahupun santai.
MENU SAJIAN BUFET RAMADAN DI IBIS STYLES SRI DAMANSARA
Bufet Ramadan ini akan
berlangsung dari 5 Mac 2025 hingga 26 Mac 2025, setiap hari bermula jam 6.30
petang hingga 10.00 malam, menampilkan lebih daripada 100 jenis hidangan yang
disediakan dengan penuh teliti, mengekalkan keaslian rasa warisan masakan tempatan.

Pengalaman menjamu selera dimulakan dengan pelbagai hidangan pembuka selera yang menyegarkan seperti Kerabu Kacang Botol, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga, Kerabu Daging Ala Thai, Acar Rampai dan Acar Jelatah. Turut melengkapkan selera ialah Ikan Masin Bulu Ayam, Telur Masin, tiga jenis jeruk serta Rojak Buah yang menyegarkan.
Untuk hidangan utama pula, para
tetamu pasti rambang mata dengan pilihan seperti Nasi Putih, Nasi Minyak Kismis
Manis, Ayam Bakar Percik Kelantan, Daging Masak Hitam, Kari Kepala Ikan bersama
Bendi, Sambal Tumis Sotong Kembang, Gulai Lemak Nangka Padang serta Kacang
Panjang Tumis Telur.
Tidak ketinggalan, hidangan
istimewa seperti Sup Tulang Kambing Mamak bersama Roti Bangali, Bubur Lambuk
Kampung Ibis, Satay Ayam dan Satay Daging lengkap dengan Kuah Kacang, Timun,
Bawang Merah dan Nasi Himpit turut menjadi tarikan utama. Bagi peminat laksa,
Nyonya Kari Laksa bersama pelbagai kondimen turut disediakan.

Pastinya, berbuka puasa tidak
lengkap tanpa pencuci mulut. Antara pilihan yang disajikan termasuk Bubur
Kacang Hijau, Aneka Kuih Nyonya, Kek Pelbagai Jenis, Puding Roti bersama Sos
Vanilla, Sago Gula Melaka, Assorted Fruit Pudding dan Cream Caramel. Hidangan
kegemaran ramai seperti Ais Kacang, Cendol, Buah Kurma, Buah-buahan segar serta
pelbagai perisa ais krim menjadikan penutup hidangan lebih sempurna dan manis.

Apa yang menjadikan malam
pratonton ini lebih bermakna ialah kehadiran anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni
Paya Jaras. Keriangan dan senyuman mereka jelas terpancar ketika menikmati
hidangan yang disediakan. Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan suasana,
malah membawa nilai kebersamaan dan kasih sayang yang sangat selari dengan
semangat Ramadan.
.jpeg)
Dari segi harga, promosi Early
Bird ditawarkan untuk masa terhad dengan harga RM68 bersih untuk dewasa dan
RM58 bersih untuk kanak-kanak serta warga emas. Harga asal bagi dewasa adalah
RM78 bersih. Selain itu, Ibis Styles Sri Damansara turut menawarkan Pakej Bilik
Istimewa Ramadan pada harga RM180 bersih, sah untuk penginapan dari 7 Mac
hingga 27 Mac 2025. Pakej ini merangkumi penginapan di Bilik Standard bersama
sahur atau sarapan untuk dua orang serta diskaun 10% untuk iftar di Streats
Café.
Secara keseluruhan, Bufet Ramadan
“Santai Ramadan” di Ibis Styles Sri Damansara menawarkan pengalaman berbuka
puasa yang lengkap – daripada kepelbagaian menu tradisional, suasana yang
santai dan mesra, sehinggalah layanan penuh perhatian daripada pasukan hotel.
Ia sememangnya destinasi berbuka puasa yang wajar dipertimbangkan sepanjang
Ramadan ini.
Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi:
Ibis Styles Sri Damansara di +603-6287 0700.
Kalau korang masih tercari-cari
lokasi berbuka puasa yang lengkap dengan juadah tradisional, suasana selesa dan
harga berbaloi, Bufet Ramadan Santai Ramadan di Ibis Styles Sri Damansara
memang wajib masuk dalam senarai. Jangan lepaskan peluang harga Early Bird untuk
buat tempahan awal dan nikmati pengalaman berbuka yang pasti meninggalkan
kenangan manis bersama orang tersayang.




0 Comments