Perimenopaus Itu Nyata: Perkongsian Jujur Dari ‘Sip & Share’

 

Perimenopaus Itu Nyata: Perkongsian Jujur Dari ‘Sip & Share’

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berpeluang menghadiri satu sesi yang cukup bermakna dan membuka mata “Sip & Share”, sebuah café talk santai sempena pelancaran gerakan What Women Want (For Health) oleh Pantai Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama Parenthood Media melalui komuniti KitaParents.

Bertempat di Cyberjaya pada 17 Mac 2026, sesi ini mengetengahkan topik yang jarang dibincangkan secara terbuka iaitu perimenopaus.

PERIMENOPAUS ITU NYATA: PERKONGSIAN JUJUR DARI ‘SIP & SHARE’

WHAT WOMEN WANT (FOR HEALTH)

Sejak awal acara, AM dapat merasakan suasana yang sangat berbeza. Tiada suasana formal seperti seminar kesihatan biasa, sebaliknya lebih santai seperti berbual di kafe. Sesi ini memberi peluang kepada wanita untuk bersuara tanpa rasa malu atau dihakimi. Sememangnya sesuatu yang jarang diperoleh dalam perbincangan berkaitan kesihatan wanita.

Topik utama “Perimenopause Unfiltered” benar-benar membuka perspektif baru kepada AM.

Dr Premitha Damodaran, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari PHKL memberi penerangan

Menurut Dr Premitha Damodaran, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari PHKL, perimenopaus adalah fasa perubahan hormon yang memberi kesan besar kepada fizikal dan emosi wanita. Ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang melalui perimenopaus. 

AM bergambar bersama Dr Premitha Damodaran, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari PHKL

Antara simptom yang sering dialami

💥 Gangguan tidur

💥 Mood tidak stabil

💥 Keletihan melampau

💥Kitaran haid tidak menentu

Perkongsian Jujur & Interaktif

Sesi ini bukan sekadar mendengar, tetapi turut melibatkan peserta secara aktif.

SOALAN YANG “RELATABLE”

Kad soalan yang disediakan mengandungi topik seperti:

“Perkara yang saya sangka stres, tapi mungkin bukan…”

“Simptom yang saya Google pukul 2 pagi tetapi tak berani tanya sesiapa…”

Kad kad soalan

Soalan-soalan ini benar-benar dekat dengan realiti wanita masa kini. Peserta yang hadir juga boleh bertanya secara anonim. Dr Premitha Damodaran menjawab setiap persoalan dengan jelas dan mudah difahami, menjadikan sesi ini lebih bermakna.

WANITA & KEPENTINGAN MENJAGA DIRI

Dalam kesibukan kehidupan, wanita sering mengabaikan kesihatan diri sendiri. Menurut Teresa Chin, wanita hari ini memikul pelbagai peranan sebagai ibu, isteri dan pekerja hingga terlupa untuk menjaga kesejahteraan diri.

Teresa Chin mengingatkan kepentingan dan keutamaan kesihatan kepada wanita

Inisiatif seperti ini penting untuk mengingatkan bahawa menjaga kesihatan bukan satu pilihan, tetapi satu keperluan.

Acara diakhiri dengan sesi berbuka puasa dan networking dalam suasana santai dan penuh keakraban. Para peserta terus berbual dan berkongsi pengalaman, membentuk satu komuniti sokongan yang positif.

KATA ALONGMURNI

Bagi AM, pengalaman ini sangat bermakna. “Sip & Share” bukan sekadar acara biasa, tetapi satu platform yang membuka ruang perbualan jujur tentang kesihatan wanita.

Perimenopaus itu nyata, dan setiap wanita berhak untuk memahami serta menghadapinya dengan sokongan yang betul.

Jika anda mengalami simptom yang menjejaskan kualiti hidup, jangan pendam sendiri. Dapatkan nasihat pakar di Pantai Hospital Kuala Lumpur kerana setiap wanita berhak menjalani fasa ini dengan lebih yakin, sihat dan tenang. 💛



Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhh... Menarik... Mesti best dengar perkongsian dari pakar

    ReplyDelete