Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

 

Kalau korang jenis suka hunting port sarapan pagi yang rare tapi padu, ini memang spot yang wajib masuk dalam list. AlongMurni (AM) baru discover satu hidden gem di Taman Melawati iaitu Grannies. Bukan sekadar sarapan biasa, tapi pengalaman menikmati sajian asli Terengganu dengan rasa premium yang susah nak cari di tempat lain.

PORT BREAKFAST VIRAL WAJIB SINGGAH DI TAMAN MELAWATI

Grannies Jadi Tarikan Baru Pilihan AlongMurni (AM)

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

DARI KIOSK KECIL KE NAMA BESAR SEJAK 2018

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

Grannies mula bertapak sejak tahun 2018 dan kini hampir sedekad mencipta nama dalam dunia kulinari tempatan. Bermula dengan kiosk pertama di Taman Melawati dalam Restoran Sajian Mak Lang, jenama ini perlahan-lahan membina reputasi sebagai antara penyedia nasi dagang terbaik di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

Apa yang buatkan mereka kekal relevan? Konsistensi rasa dan keaslian resipi yang masih dikekalkan hingga hari ini.

SARAPAN AWAL PAGI, AROMA BIKIN LAPAR

Waktu Operasi Mesra Kaki Breakfast

Setiap hari, seawal jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Grannies mula beroperasi dan terus menarik perhatian pelanggan dengan aroma masakan panas yang menggoda. Sama ada nak dine-in atau tapau, kedua-duanya sangat convenient untuk pengunjung.

MENU WAJIB CUBA, CONFIRM REPEAT!

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

💥Nasi Dagang Signature

Inilah menu utama yang buat ramai jatuh cinta. Nasi dagang di sini dimasak sempurna yang sememangnya lembut, berlemak dan penuh rasa autentik Terengganu.

💥Nasi Lemak Sambal Ikan

Sambal pekat, pedas manja dan cukup rasa yang memang kena dengan selera rakyat Malaysia.

💥Laksa Kuah Putih & Kuah Merah

Dua pilihan laksa yang unik dengan identiti tersendiri. Disediakan menggunakan resipi tradisional yang rare ditemui di tempat lain.

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

💥Pulut Lepa & Pulut Tapai

Pilihan klasik yang mengimbau nostalgia dan sesuai untuk yang suka makanan ringan tapi berperisa.

💥Nasi Minyak Terengganu

Wangi, lembut dan kaya dengan rempah yang sesuai untuk yang nak sarapan berat atau early lunch.

PILIHAN SELEBRITI & TOKOH TERKENAL

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati

Bukan sekadar viral biasa, Grannies juga mendapat perhatian ramai figura terkenal tanah air. Antara yang pernah menikmati hidangan ini termasuk Siti Nurhaliza, Aznil Nawawi, Neelofa serta Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bila nama-nama besar pun dah approve, memang jelas kualiti makanan di sini bukan biasa-biasa.

MUDAH DAPAT, WALAU DI MANA ANDA BERADA

Untuk korang yang jauh dari Taman Melawati, jangan risau. Nasi dagang Grannies juga boleh didapati di beberapa cawangan Kueh Cafe sekitar Lembah Klang. Lagi mudah untuk semua orang rasa hidangan viral ini.

TEMPAHAN MUDAH & KATERING TANPA MINIMUM ORDER

Grannies juga menyediakan servis katering untuk pelbagai jenis majlis samada dari kecil hingga besar. Apa yang best, tiada minimum order dikenakan. Nak order untuk diri sendiri pun boleh, apatah lagi untuk event.

Untuk tempahan, boleh hubungi: 013-9075199

KATA ALONGMURNI: SEKALI CUBA, CONFIRM REPEAT!

Grannies bukan sekadar tempat makan, tapi satu destinasi sarapan yang lengkap dengan rasa autentik, menu pelbagai, lokasi strategik dan servis mesra pelanggan.

Kalau korang tengah cari port breakfast yang lain daripada yang lain, inilah jawapannya. Ajak family, kawan-kawan atau datang solo pun tetap puas hati.

💥Warning: Sekali cuba… memang akan datang lagi!💥

Port Breakfast Viral Wajib Singgah Di Taman Melawati


Post a Comment

0 Comments