Memasuki hari kedua program “KL
Experience & Explore Hunt 2026”, jadual perjalanan kami memang cukup padat
dengan pelbagai aktiviti budaya, permainan tradisional dan eksplorasi warisan
negeri Terengganu.
KL EXPERIENCE & EXPLORE HUNT 2026
Day 2 Explore Budaya & Warisan Terengganu

Seawal pagi lagi, AM bersama
Shamiera, Fatehah dan Firdaus sudah bersiap untuk meneruskan konvoi sambil
memastikan ‘misi khas’ menjaga telur masih berjalan lancar. Ribbon ungu juga
masih setia dipakai sebagai identiti team kami sepanjang program berlangsung.
Apa yang paling best untuk Day 2
ini, team kami berjaya membawa pulang beberapa kemenangan dalam aktiviti yang
dianjurkan sepanjang lawatan!
SARAPAN PAGI & PERSEDIAAN HARI KEDUA

Mulakan Hari Dengan Tenaga Baru
Pagi Day 2 dimulakan dengan
sarapan pagi di Raia Hotel Convention Centre Terengganu bersama peserta lain
sebelum bergerak ke destinasi pertama.
Suasana pagi memang santai tetapi
semua peserta dah bersedia untuk aktiviti sepanjang hari yang penuh cabaran dan
permainan berkumpulan.
LAWATAN KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Kompleks Muzium Terbesar di Asia Tenggara
Sekitar jam 9:30 pagi, kami tiba
di Muzium Negeri Terengganu yang terkenal sebagai kompleks muzium terbesar di
Asia Tenggara.
Seni Bina Tradisional Yang Sangat Cantik

Apa yang menarik perhatian AM ialah reka bentuk bangunan muzium ini yang diinspirasikan daripada seni bina istana lama Terengganu. Memang cantik dan penuh elemen warisan Melayu tradisional.
Aktiviti Treasure Hunt Yang Sangat Mencabar
Di sini, peserta diberikan
cabaran Treasure Hunt yang mempunyai lima checkpoint berbeza. Setiap checkpoint
memerlukan kami menyelesaikan teka-teki dan tugasan tertentu sebelum boleh
bergerak ke lokasi seterusnya.
Memang mencabar sebab kena
bergerak pantas sambil berfikir untuk selesaikan semua soalan. Dalam masa sama,
telur yang dibawa sepanjang program juga kena dijaga dengan baik supaya tidak
pecah!
KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU

Menghayati Kehidupan Tradisional Melayu
Selepas selesai Treasure Hunt,
kami meneruskan aktiviti di Kampung Budaya Terengganu yang terletak dalam
kawasan Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Muzium Hidup Penuh Warisan

Kampung Budaya ini mempamerkan
pelbagai rumah tradisional Melayu Terengganu yang mempunyai reka bentuk dan
fungsi tersendiri seperti Rumah Limas Belanda, Rumah Nelayan dan Istana Tengku
Long.

Bagi AM, tempat ini memang sangat
menarik sebab dapat melihat sendiri keunikan seni bina rumah Melayu lama yang
masih dikekalkan sehingga hari ini.
Team Kami Menang Permainan Tradisional
Antara aktiviti paling happening di sini ialah permainan tradisional seperti:
💥Batu Seremban
💥Boling Padang menggunakan buah kelapa
Memang tak sangka, team kami
berjaya memenangi kedua-dua permainan tersebut! Suasana memang meriah sebab
semua peserta sporting dan bersungguh-sungguh semasa bermain.
Moment boling menggunakan buah
kelapa memang antara pengalaman paling kelakar dan memorable sepanjang Day 2.
LUNCH DI RESTORAN SINGGANG BUDU

Syurga Makanan Tradisional Terengganu
Selepas penat dengan aktiviti
budaya dan permainan tradisional, kami dibawa makan tengahari di Restoran
Singgang Budu.
Lebih 38 Jenis Lauk Kampung
Restoran ini memang cukup popular
dalam kalangan pencinta makanan tradisional Terengganu. Pilihan lauk dekat sini
memang sangat banyak sampai rambang mata nak pilih.

Antara menu yang menjadi perhatian ialah:
💥Singgang
💥Ikan bakar
💥Gulai kampung
💥Ulam-ulaman
💥Sambal budu
Suasana Santai & Makanan Memang Padu
AM memang suka suasana restoran
ni sebab konsepnya santai dan penuh vibe makan tengahari cara kampung. Memang
puas makan sebelum sambung aktiviti seterusnya.
LAWATAN KE BATIK NOOR ARFA

Mengenali Seni Batik Terengganu
Pada sebelah petang, kami
bergerak ke Batik Noor Arfa yang merupakan antara pengeluar batik paling
terkenal di Terengganu.

Destinasi Wajib Peminat Batik
Noor Arfa sudah beroperasi sejak tahun 1980 dan terkenal dengan pelbagai produk batik seperti:
💥Batik sarung
💥Pakaian batik
💥Aksesori
💥Cenderamata
Di sini kami juga dapat melihat
sendiri proses pembuatan batik secara tradisional termasuk teknik mencanting.
Tempat Kedua Pertandingan Mencanting & Mewarna
Salah satu aktiviti paling
menarik di sini ialah pertandingan mencanting dan mewarna lukisan batik.
Alhamdulillah, team kami sekali
lagi berjaya meraih kemenangan apabila memperoleh tempat kedua dalam
pertandingan tersebut. Memang seronok sebab semua ahli team bekerjasama dengan
sangat baik sepanjang aktiviti berlangsung.
Misi Menjaga Telur Berjaya Diselesaikan
Di Batik Noor Arfa juga menjadi
lokasi terakhir untuk tugasan menjaga telur yang diberikan sejak Day 1. Syukur,
telur yang dijaga oleh team AM berjaya dipulangkan semula kepada pihak urusetia
dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan atau pecah.
Memang lega sebab sepanjang
perjalanan semua ahli team sangat berhati-hati menjaga telur tersebut walaupun
perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain sepanjang program berlangsung.
BERGAMBAR DI JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

Mercu Tanda Ikonik Negeri Terengganu
Sebelum makan malam, kami singgah
di Jambatan Angkat Kuala Terengganu untuk sesi fotografi.
Jambatan Angkat Pertama di Asia Tenggara
Jambatan ini merupakan antara
ikon paling terkenal di Terengganu dan juga jambatan angkat pertama di Asia
Tenggara.
Pemandangan waktu petang di sini
memang sangat cantik dengan suasana sungai dan langit senja yang cukup tenang.
Spot Bergambar Wajib Bila Datang Terengganu
Memang tak lengkap kalau datang
Kuala Terengganu tanpa singgah ambil gambar dekat sini. Semua peserta ambil
peluang merakam kenangan bersama team masing-masing.
DINNER DI MARSHIMA TOMYAM SEAFOOD
Makan Malam Ala Thailand & Melayu
Untuk makan malam, kami dibawa ke
Marshima Tomyam Seafood yang terkenal dengan hidangan makanan Thailand dan
Melayu.

Pilihan Menu Sangat Banyak
Restoran ini memang popular dalam
kalangan penduduk tempatan kerana servis yang cepat dan pilihan makanan yang
pelbagai.
Antara menu yang menjadi pilihan AM termasuk:
💥Tomyam seafood
💥Siakap stim
💥Sotong goreng tepung
💥Kerabu
💥Kailan ikan masin
💥Ketam berlada
![]() |
| Staff Restoran Marshima Tomyum Seafood |
Penutup Hari Yang Sangat Best
Lepas seharian penuh aktiviti,
dinner memang jadi sesi paling santai untuk semua peserta berehat sambil berkongsi
pengalaman sepanjang Day 2.
PENUTUP DAY 2
Penuh Aktiviti, Gelak Tawa & Kemenangan
Bagi AM, Day 2 merupakan antara
hari paling menyeronokkan sepanjang program ini berlangsung. Bermula dengan
Treasure Hunt di muzium, permainan tradisional di Kampung Budaya, pertandingan
batik hinggalah sesi bergambar di Jambatan Angkat. Sememangnya semua Lokasi ini
memberikan pengalaman yang sangat memorable.
Paling penting, team kami berjaya
membawa pulang beberapa kemenangan sepanjang aktiviti berlangsung dan misi
menjaga telur sejak Day 1 juga berjaya diselesaikan dengan baik apabila telur
dipulangkan kepada urusetia dalam keadaan selamat tanpa pecah.





0 Comments